Tuesday, January 27, 2015

Merajuk dengan aidijuma...muahaha

Aku peminat tudung bawal. Sejak aidijuma keluarkan tudung bawal plain sekeping RM8…aku memang pembeli setia. Kemudian makin berkembang kepada macam-macam design. Dari plain ke dua tona, tiga tona, bertona-tona dan bercorak-corak. Tapi tidak lah aku beli semua design dia. Aku beli yang mana aku berkenan je lah. Harga pun not bad lah. RM30 ke bawah untuk sekeping tudung aku boleh terima lagi lah.

Tapi………itu semua keindahan cerita dulu. Sejak dua menjak ni, aku macam dah meluat dengan aidijuma. Eh, bukan aidijuma yang ku benci tapi keadaan yang membuatkan aku menyampah. Design cantik. Menarik. Tertarik. Peminat makin ramai. Tapi…payah sungguh nak membeli nya. Jualan atas talian tak pernah ada stok. Siap ada system reseller. Kalau reseller harga sama ngan online atau lebih 2-3 ringgit tak per lah jugak. Ni mark up double kot. Nak beli kat ‘concept store’ pun harga lain. Kalau harga online boleh dapat RM30, tapi kalau beli kat re-seller ni atau di concept store mau RM50. Aku rasa macam tak boleh terima.

So, marilah beralih kepada tudung-tudung bawal yang tak dak nama tapi design boleh setanding aidijuma. Dia yang buat system bagi payah nak membeli so kita cari lah sumber lain yang lebih senang. Huhu…..kat kiosk-kiosk kecik kat pasaraya besar ada macam-macam jenis tudung yang murah dan cantik. Bukan aidijuma pun tak apa lah.

Disclaimer: kepada peminat tegar ‘jenama’ tudung, ini pendapat peribadi yer. Jangan emo-emo.


0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template