Tuesday, January 27, 2015

Keluhan Isu Parkir

Aku bekerja di Kuala Lumpur. Specific nya KLCC. Kerja kat sini, sudah pasti nya tiada kemudahan parking percuma. Nak dapat parking berbayar pun bukan nyer senang. Setakat berjalan kaki sepuluh minit dari tempat parking tu normal kot. Kalau tak naik kereta pun, kena gak bayar tiket train. Bayaran parking nya pulak, sehari nak dapat RM10 susah dan macam mencari semut hitam di atas batu hitam di dalam kegelapan malam yang hitam pekat.


Sekarang, yang menjadi isu, kawan-kawan yang bernaung di bawah syarikat yang sama tapi bekerja di Terengganu sana tengah bising dan masing-masing tak puas hati sebab pihak pentadbiran baru nak mengenakan bayaran untuk parking. Rasanya tak semahal rate di KL. Dan bayaran ini katanya bersifat sementara dan kesuluruhannya akan disalurkan ke tabung banjir. Mereka bising-bising dalam group, layan je lah. Benda baru memanglah bising awal-awal ni. Nanti lama-lama diam lah tu. Macam isu-isu lain dalam negara ni….stereotype…Malaysian.

Tapi yang membuatkan aku tercuit nak tulis kat sini, bilamana ada yang awal-awal lagi dah bagi disclaimer bahawa jangan samakan atau compare atau bandingkan situasi mereka di Pantai Timur dengan gi KLCC. Kenapa? Tak tahu lah…maybe tak nak terima pendapat lain selain yang menyokong rasa tak puas hati mereka atau maybe situasi tak sama….tapi apa yang pasti, tangga gaji pekerja syarikat ni sama ja either kau kerja KL ke Terengganu. Kalau Sabah Sarawak lain lah sebab ada elaun lain. Kalau dah jadual penggajian sama je, so apa beza nya dengan orang kerja KL. Kita dapat gaji sama jugak cuma komitmen nak bayar setiap bulan je,  siapa yang lebih siapa yang kurang? So apa yang tak boleh nak dibanding dengan orang kerja KL tu ntah la. 

Kena pasang GPS nak cari lokasi kereta kalau parking camni.

Padat. Bersyukurlah kalau dapat parking yang murah or free, selesa dan kurang risiko kereta nak kemek or calar hari-hari. 


Jom minum kopi pagi-pagi. Kasi tenang sikit otak. Banyak lagi benda lagi berat nak difikirkan. Kecoh dan berfikiran negatif adalah tidak baik untuk kesihatan.


0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template