Thursday, January 15, 2015

Kehilangan

Sampai office, bukak handbag...keluarkan pouch kecik yang tersimpan beberaba barangan untuk touch up muka agar tidak sebam... Rutin aku, sebelum start kerja kena belek muka kejap. Selalunya kalau sempat dalam kereta lagi aku dah touch up...ataupun kalau tak sempat sangat, sebaik sahaja masuk office macam hari ni lah. Kenapa kena touch up pepagi plak nih? Sebab utamanya...aku suka tidur dalam kereta sepanjang perjalanan ke office. Tidur tahap meleleh2 air liur tu...Memang khusyuk sungguh. Kadang-kadang bila husband nak menakalkan diri, dia kejut aku bila dah selamat parking kat office. Memang selalu aku bengang laa sebab sememeh habis tak sempat nak touch up, dah sampai depan office kan. Arrghhh...!! Tapi, itulah yang sedap jadi penumpang...kalau hari jadi driver, tak dapat laa nak layan mimpi kan...hehe.

Ok, berbalik kepada kisah aku bukak pouch tadi. Eh, mana compact powder aku? Cari dalam handbag, tak der, bukak laci office pun tak der. Pikir kejap. Last aku guna benda tu semalam, lepas solat Zohor kat office. Alamak, mana aku letak ni. Gi jenguk toilet, tak ada. Gi jenguk bilik solat pun tak ada....ok...ni namanya confirm tak ada.

Maka, mood aku untuk berkerja dengan riang hari ini terus hanyut. Sedih. Sangat sedih. Aku pun tatau kenapa aku sangat sedih. Rasa macam nak lari gi beli sekarang jugak, tapi kedai tak bukak lagi. Lari lah budget aku bulan ni. Adeh.

Compact powder adalah antara barangan paling sentimental dan sangat penting pada aku. Aku start guna compact powder sejak zaman sekolah menengah. Sejak tu, ke mana je aku pergi, mesti ada compact powder dan sebatang lip balm or lipstick. Kira dah jadi macam teman setia aku lah. Sama perasaan kalau aku terlupa atau terhilang phone atau purse. Aku pun tatau naper aku sayang sangat kat compact powder tu. Alaa...compact powder je pun. Tapi, pada aku....entahlah, aku sedih. Aku jarang beli compact powder ni. Setahun sekali kot. Haha. Selalu kumpul duit dengan menabung dulu baru aku rasa berbaloi beli seketul compact powder. Alaa...kalau compact powder yang jual kat farmasi-farmasi tu aku tak kesah. Ni yang aku beli selain dari farmasi brand. Seyes aku sangat sayang sama itu compact powder. Adeh....kopak lah mak nak beli semula.....sob sob sob....mood nak kerja pun hilang dah....kelaut.....


Baby gorilla pun cedey....



Ok, tu je nak luah kat sini pada pagi ini. Sengal. Rasa macam nak lari lepak kat The Apartment je, minum kopi sorang-sorang sambil gigit Chocolate Lava dia, layan blues sebab compact powder ilang .... Kalau anak aku tengah sedih sebab hilang barang kesayangan, aku dah datang peluk-peluk dia, kiss pipi dia, kiss dahi dia, lap air mata dia, nangis sama-sama...cakap ayat-ayat lembut kat dia...sabarlah sayang, mama kan ada ni....mama sayang anak mama...nanti kita cari ganti yang baru k....let it go~~ And now, I want the same. Sapa nak datang pampered aku neh???? Abangggg~~~~

Oh, compact powder ku~~~~

Ini sedih yang real tau....

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template