Wednesday, January 28, 2015

Karenah Mak Bapak

Pagi ini kecoh sikit kumpulan ‘Whatsapp’ ibu bapa sekolah anak aku buat bising pasal pembayaran yuran bulanan sekolah. Kecoh sebab nya, kaedah pembayaran untuk tahun ini telah diselaraskan agar semua pembayaran hanya menerusi atas talian atau ‘online’ terus kepada ‘Head Quarters,’ (HQ). Dua tahun lepas, bayaran boleh dibuat secara check atau kad kredit di center terbabit. Setahun lepas itu, dah tak boleh tapi hanya boleh menerusi direct transfer atau CDM ke akaun HQ, then kena email plak untuk bagitahu tentang pembayaran yang telah dibuat. Ini memang leceh lah sebab banyak isu HQ tak alert, receipt tak ada dan sebagainya. Tapi tahun ini, dia dah buat ala-ala shopping cart je kat website. So bila kita login as parents, dah ada details apa yang dah bayar, apa yang tak bayar lagi, dan pembayaran pun boleh direct je tanpa perlu di emel semula kepada centre. Aku rasa cara ini lebih mudah dan memudahkan kedua-dua pihak. Aku paham, kalau bayar terus dekat center mungkin mudah untuk parents tapi tidak untuk pihak pengurusan. Cawangan ada banyak, seluruh semenanjung plak tu…kalau bayar kat setiap center yang ada, payah HQ nak monitor bagai…dan mungkin akan ada kesilapan atau ketirisan. So baik lah kalau hal melibatkan duit ni, biar satu unit je yang handle.

Tapi, mak bapak ni dok bising tak puas hati. Komen itu ini. Tak boleh login lah. Password lupa lah. Username lupalah. Website tak boleh bukak lah. Semua tu nonsense. Cikgu ni dah bagitau step-step kalau lupa username/password tu tapi dok ulang komen jugak. Nampak sangat malas nak cuba apa yang cikgu tu ajar. Cikgu siap offer untuk  tolong buatkan proses bayaran guna PC kat center tapi masih ada yang pekak badak nak bayar cash lah, kredit kad lah…kiranya…orang-orang yang sama lah yang dok bagi macam-macam alasan nih. Memang semak je mata aku nengok nyer.

Orang-orang macam ni kira nak mudah dia je. Jenis tak pikir orang lain. Dalam 100 mak bapak dalam tu, ada 3-4 orang je yang dok komen. Habis, yang majority yang tak komen tu, tak bayar langsung ke? Majoriti mak bapak lain OK je. Tolonglah guna otak tu untuk pikir lebih sikit. Kalau mak bapak macam ni, dah kira menyusahkan cikgu-cikgu. Agaknya macam mana lah anak-anak nyer nanti. Kita hantar anak menuntut ilmu ni tolonglah hormat sikit cikgu-cikgu ni. Jangan disusahkan mereka. Aku yakin, orang-orang macam ni, kalau anak dia ada ngadu apa-apa sikit confirm terus disemburnya cikgu-cikgu. Silap haribulan, kalau anak dia sorang je lambat boleh membaca dalam satu kelas tu, confirm cikgu sekolah atau silibus sekolah jugak yang disalahkannya.


Malu lah sikit weh. 

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template