Monday, January 26, 2015

Isu Sekolah Anak

Tahun depan insyaAllah anak dara ku akan melangkah ke darjah satu mengikut kriteria Negara Malaysia iaitu berumur 7 tahun. Aku dan suami dah mula memikirkan perihal nak memilih sekolah untuk anak. Anak pertama lah katakan. Agak pening dan kerana kepeningan itu, kami masih tak mampu membuat keputusan. Marilah teruskan istikharah semoga Allah bantu kami membuat pilihan yang terbaik.

Suatu hari, aku bersembang dengan seorang kakak a.k.a manager kat pejabat. Terluah isi hatiku pada beliau. Ku nyatakan kerisauan yang bertandang di hati. Pilihan antara dua jenis sekolah iaitu sekolah kebangsaan dan sekolah agama swasta. Sekolah agama pun ada beberapa jenis, ada yang betul-betul syadid macam sekolah tahfiz atau yang dah moden untuk anak-anak orang yang terlebih berkemampuan. Sekolah agama swasta ni, yuran dia ada yang murah dalam dua ratus lebih sebulan dan ada yang mahal sampai cecah ribuan sebulan.

Kegusaran yang ku suarakan pada akak tadi, aku risau kalau ke sekolah biasa di tengah-tengah Bandar metropolitan ni, pengaruh sekeliling yang ada boleh mengelirukan anak aku yang baru nak mengenal dunia tu. Kalau ke sekolah agama yang syadid macam sekolah tahfiz ala-ala pondok tu, aku risau anak aku akan memberontak pulak kalau suasana persekolahan dia terlalu kontra dengan dunia sekeliling dia yang serba bebas ni. Aku ada pengalaman, di sekolah dan di universiti, macam mana jadi pada kawan-kawan aku yang mak ayah dia sekolahkan dia di sekolah agama tapi jiwa dia memberontak….akhirnya cari kebebasan sampai tak kenal apa itu tudung kepala, pergaulan lelaki perempuan yang bebas seolah-olah nak balas dendam sebab zaman sekolah dia dahulu terlalu disekat dan dikongkong agar menjadi sangat ustazah. Takut weh.

Seronok tengok gambar ni...

Jadi nak cari yang sederhana tu je bukan senang. Akak manager tu senyum je. Dia kata, semua tu atas ibu bapa. Kalau dah hantar sekolah agama tahap syadid yang terlalu banyak peraturan yang semua tak boleh, pulak tu kat rumah mak ayah pun garang macam warden kat sekolah…memang tension lah budak tu. Kalau hantar sekolah biasa pun yang mudah sangat terdedah dengan budaya kegilaan K-POP bagai, tapi kalau ibu bapa kat rumah pandai toleransi dengan anak, insyaAllah anak akan lebihkan ibu bapa daripada kawan-kawan. Semua tu, dasarnya bermula dari ibu bapa di rumah. Ibu bapa yang kena seimbangkan setiap input yang anak-anak dapat dari luar. Dia sambung lagi, “Macam you, belajar di sekolah agama yang banyak rules yang you tak suka tapi you tak rebel, maybe because of your parents tak strict macam ustaz ustazah kat sekolah. So, you boleh accept.”

Hoyeh….ya tak ya jugak. Aku setuju sangat dengan kata-kata kakak tu. Memang tepat dan ada benarnya. Terus teringat mak ayah di kampong. Terus teringat macam mana cara mak ayah besarkan aku dan adik-adik dulu. Kami seperti kawan. Kami boleh bercerita semua perkara tanpa rasa takut mak dan ayah akan marah kalau tersilap cerita. Jadi, pokok pangkalnya, kita sebagai ibu bapa yang kena seimbangkan penerimaan anak-anak. Semoga ku mampu menjadi ibu mithali dan sahabat terbaik untuk anak-anak ku. Semoga Allah mudahkan aku dan suami mendidik anak-anak anugerah Allah ini sebaik mungkin untuk melayakkan mereka menjadi ahli Jannah. Amin.

Dan, aku suka nak bersembang lagi dengan kakak itu. Hehe…


Sejuk mata pandang gambar ni...photo aku rembat dari Google jek.


Meh buat amalan.

Amalan jugak ni.

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template