Wednesday, January 21, 2015

Annoyed

Breastfeeding is good. I'm happy to see majority of new mommies in my office are officially become the pumping members. But......dush!! Why arr...most people now are lacking of their common senses?



Kalau tak disebabkan jiran workstation kat belakang sisi plak tu adalah lelaki, memang dah lama aku akan selamber pam susu kat workstation. Kalau boleh, tak mau jejak bilik pam tu sebab sesak sangat. Maybe aku kena fikir alternatif pam kat surau atau bilik fail. Cuma masalah sekarang adalah peti ais lah plak. 

Bilik pam yang ada kat floor aku ni aku rasa size dia macam size lubang kubur je. Selesa untuk 2 orang sekali pam. Kalau 3 orang, dah ketat tapi still boleh duduk tapi kalau nak lalu untuk simpan barang kat peti ais memang payah. Size dia macam 8ftx4ft jek kot. Sangat kecik. Dan peti ais pun hanyalah yang kecik size hotel tu. Dan jumlah ibu mengepam aku rasa dalam 7-8 orang. Siap ada dari floor lain lagi datang tumpang sebab bangunan gah kat Malaysia ni kedekut untuk sediakan bilik ibu pam susu. 

Ok, aku dah bayangkan suasana bilik yang sangat comel kan. Yang jadi isu sekarang, masih ada ibu-ibu yang tidak bertanggungjawab dan lack of common sense yang suka simpan pam parts dalam peti ais comel tu. Tolong lahhhh....aku nak simpan susu pun dah tak muat kot. Ni penuh tupperware nak simpan pam parts yang malas nak dibasuh so simpan je terus dalam peti ais untuk kegunaan seterusnya. Kalau peti tu kosong banyak ruang, aku tak kisah. Ni sampaikan orang lain nak simpan susu pun dah tak muat, dia masih selamber letak tupperware gedabak dalam tu. Tatau lah nak cakap apa. Semoga anak yang disusukan tu besar nanti tak ngikut emaknya...tidak menyusahkan orang lain. Huhu. Baik kan doa aku.

Pastu kalau nak pam beramai-ramai sempit-sempit gitu, mesti lah dah tak selesakan. Aku sekarang minimizekan penggunaan bilik tu. Aku akan pam on the way datang dan balik kerja iaitu semasa dalam kereta. Dan hanya sekali gunakan bilik tu iaitu time tengah hari yang normally orang lain tengah lunch so tidak lah penuh manusia dalam tu. Tapi tu jadual yang ideal lah. Kadang-kadang ada gak lari-lari jadual, kena gak pam di luar waktu yang dirancang. 

Sabar je lah. Inilah antara dugaan ibu menyusu. 


0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template