Tuesday, January 28, 2014

Demam Selsema




Anak baru baik demam dan selsema...kini suami plak ada simptom selsema dan nak demam selepas beberapa hari dia asyik travel sana sini. Adeh. Mama jangan demam eh pasni....

Next week birthday dia.....tak dak idea....adeh.

Semoga cepat sihat dan semua orang sentiasa sihat-sihat sahaja. Amin.

Monday, January 27, 2014

Hari Minggu Berdua Bersama Anak.

Hari Khamis yang lepas, husband kena outstation ke KK. Tinggal aku berdua je ngan anak. Hari Khamis tu dia kena selsema dan demam sikit so decide antar ke rumah nenek dia. Dia tak nak gi sekolah. Hari Khamis tu maka bermulalah malam pertama aku ngan anak tidur berdua je kat rumah tu. Huhu..cuak ada gak tapi ku kental kan hati sebab tak nak pegi tidur rumah in-laws. Haha. Alhamdulillah tak jadi apa-apa dan semuanya ok-ok saja sampai lah husband balik hari Sabtu.

Hari Jumaat aku amik ‘emergency leave’ sebab demam anak tak hilang-hilang. Nenek dia busy kalau hari Jumaat so aku tak nak lah menyusahkan dia  untuk tengokkan si anak. Lagipun, kerja aku kat office tengah lengai, boleh lah bercuti. Si anak pun boleh lah tidur berehat sepuas-puasnya. Best dok umah ngan anak je. 2 hari suntuk masa untuk kami berdua sahaja. Aku tak berapa larat nak mengemas rumah bagai, so banyak masa layankan untuk anak je. Hehe.

Dari pagi, masakkan untuk dia. Mandi kan dia. Siap join dia mandikan baby doll, siapkan baby doll….pastu dia kata baby doll dia lepas mandi pun asik pakai baju yang sama je. So aku pun offer buatkan baju simple untuk baby doll dia. Haha. Gigih je kami dua beranak kan. Bila bosan, kami gi shopping. Boleh plak aku round satu mall Aeon Big tu dari rak ke rak dengan dia sampai dia yang berkali-kali ajak balik sebab katanya lama sangat kita shopping. Hahaha. Selalunya aku yang suka ajak balik awal sebab tak larat nak berdiri lama-lama. Alang-alang dia dah temankan aku pusing semua rak, aku pun belikan set masak yang baru. Excited kemain. Sama je mak ngan anak. Sampai umah, aku excited nak masak lepas shopping barang-barang dapur, dia plak excited nak main masak-masak dengan set baru tu. End up, kat dapur tu, aku ngan dia sama-sama sibuk ‘memasak’. Dia dengan set dia, potong-potong sayur ikan bagai, aku ngan ikan sayur aku. Tapi bila dia tengok mama nyer ikan ngan sayur lagi real, dia plak nak nyibuk sama. Haha…bagi je laa dia chance main ikan sampai lembik. Biar dia bau sendiri, best ke tak bau hanyir ikan tu. Pastu, suruh dia asingkan kepala bilis. Dah lepas dah buat keje ni anak dara tu. Then dia nak offer basuh pinggan plak. Habis bersepah sabun ngan air melimpah-limpah haa….tak pasal kami gaduh. Tapi bila tengok dia teruskan basuh pinggan sambil nangis-nangis lap air mata, aku plak yang sayu. Hahaha. Sama-sama minta maaf then continue kecahkan dapur. Kalau ayah dia ada ni, siap haa..…jangan harap laa ayah nak bagi peluang camni. Dengan mama je bole main-main gini. Kalo dengan ayah, nak masuk dapur basuh tangan sendiri pun kena ayah temankan.  Hahaha…aku dera anak kah.

Bila time santai, kami sama-sama tengok tv, menari gelek-gelek nyanyi-nyanyi siap rekod nyanyian masing-masing kat telefon pastu gelak-gelak. Pastu sama-sama color gambar kartun kat coloring book dia. Kebetulan dia jumpa coloring book Pooh mama masa mama kat Kertih dulu, tengok hasil mama dia color yang ‘cantik’ itu…lagi laa dia teruja nak color macam mama. Hehe….mama dia ni memang suka aktiviti melukis, mewarna bagai ni…sampaikan dah kahwin pun aku ada coloring book lagi untuk lepas gian. Mujur husband boleh terima perangai bini dia ni. Kekeke….so bila anak dah besar ni, best plak kongsi hobi sesame. Nanti leh ajar dia jahit manik plak ke kann…ecececee….

Bila petang plak, kami keluar jalan-jalan pusing taman. Main playground. Best-best. Memang 2 hari tu spend masa dengan dia je. Then, hari Ahad, ayah dah ada kat umah, ayah bawa dia beli basikal plak. Mama berjaya suruh ayah belikan basikal dewasa gak supaya senang nak ikut anak naik basikal nanti. Yeah….suka riadah. Tapi tatau laa bila nak start sebab weekday balik rumah pun dah lewat….weekend  je lah harapan.

Selepas 3 hari spend masa ngan anak bersungguh-sungguh, patutnya hari ni Isnin aku boleh bekerja dengan puas hati. Tapi…hurm…tragedi pagi tadi membuatkan aku rasa tak best dan bersalah sangat. Husband pun nampak jelas yang dia pun tak puas hati dengan diri sendiri. Sebabnya, Alyaa jatuh katil masa tengah tidur pukul 2.30am. Arrgghhh….benci laaa kejadian camni. Ntah dah kali ke berapa daaa sejak dia kecik. 2 malam tidur ngan aku berdua je tak der plak dia tergolek ke haper, tapi malam tadi, dia tidur ngan kami kat tengah-tengah, then bila ayah dia bangun pegi toilet, tup tup aku dengar gedebuk and suara meraung. Tengok-tengok anak dah kat bawah katil. Sedih sangat. Dah laa katil tu tinggi dari katil biasa….adeh….frust. Husband plak pukul 5am dah kena gerak pergi airport sebab nak kejar flight pagi, end up aku sedar semula pagi ni pukol 8am OKkkk……hanya Tuhan je yang tau betapa kalutnya pagi ku…..anak pun lewat gi sekolah…hadoi!!!

Thursday, January 16, 2014

Kehamilan ke 2 dan anak pertama.



Anak sulong aku dah nak masuk umur 5 tahun. Maknanya dah hampir 5 tahun aku dan husband tumpukan perhatian hanya pada dia. Dari dulu lagi sejak kelahiran si kakak, aku selalu terfikir, mampukah aku menyayangi anak-anak selepas ini sama macam anak sulong? Adakah dengan kehadiran anak seterusnya akan mengurangkan perhatian aku pada si kakak? Aku sangat takut dan tak yakin akan dapat memberikan perhatian yang sama kepada si sulong andainya ada adik baru….oh, my bad.

Apabila si kakak dah makin membesar dan pandai bertanyakan kehadiran seorang adik sebagai teman bermain, aku mula terfikirkan keperluan untuk si kakak yang mahukan teman bermain. Memang lah sebelum ini aku dan husband mengharapkan kehadiran orang baru, tapi kami hanya menyerah pada takdir.  Apabila si kakak hari-hari menyuarakan persoalan pasal adik dan dia juga hari-hari tak putus berdoa agar dikurniakan adik, aku mula rasa bersalah kerana tidak berusaha sungguh-sungguh. Sejak itu, aku tingkatkan berdoa agar Allah murahkan rezeki kami. Alhamdulillah, doa kami makbul. Si kakak sangat excited.

Tapi apabila aku mula mengalami alahan, aku dah tak larat nak menguruskan aktiviti harian seperti biasa, aku rasa bersalah kepada si kakak. Si kakak pun kerap bertanya kenapa mama asyik muntah dan tak larat. Boleh dikatakan hampir 80% pengurusan si kakak dilakukan oleh si ayah. Mama rasa makin jauh dengan kakak. Sedihnya…..ini lah yang mama sangat tidak mahu hadapi. Terfikir jugak, adakah orang lain berperasaan begini?

Walaupun kehadiran si adik sangat dinantikan, tapi aku terfikir mampukah aku sayangi si adik sama seperti si kakak? Jahatnya aku….tak baik bezakan kasih sayang antara anak. Yes, aku kena sayang semua anak-anak sama rata.




Macam mana korang atasi rasa bersalah pada anak pertama ek….huhu. Tapi, aku bertuah kerana, bila aku suarakan pada anak aku yang mama minta maaf sebab mama tak larat etc...dia pandai pujuk. Dia kata mama rehat je la, mama kan bawa adik baby kat dalam perut. Oh, terharu sangat dengan pemahaman dia. Semoga dia menjadi kakak yang terbaik dan kakak tetap paling istimewa sebagai anak sulong. Setiap anak ada keistimewaan masing-masing kan.

We are welcoming you adik baby.... :)

Friday, January 10, 2014

I'm Expecting!


Alhamdulillah, after a few years of waiting…now I’m 15 weeks pregnant.

We are happy family!

Ayah, Alyaa dan Mama sangat gembira dan ternanti-nantikan adik baby.

Semoga Allah mudahkan segala urusan dan perjalanan harian kami. Amin.

Alhamdulillah juga pregnancy kali ini aku tidak mengalami alahan seburuk yang pertama. Actually sama sahaja cuma kali ini aku lebih bersedia dan lebih yakin untuk mengawal keadaan. Berat dah turun 6-7kg. Tapi taka da kena tahan wad. Masa Alyaa dulu, 3 x kena tahan masuk air….adeh.

Alhamdulillah.

Fasa ni dah berlalu.....alhamdulillah.

Thursday, January 9, 2014

Idea Bayangan....Home Deco!

Decoration rumah tak der laa siap sepenuhnya lagi. Masih banyak kekotak dan beg-beg besar yang belum dipunggah. Most of the kekotaks tu datang dari Kertih dulu haaa….3 tahun tertanam dalam kotak tak terusik. So bila nak memunggah tu memang slow laa sebab nak kena tapis yang mana masih boleh di pakai dan yang mana perlu di lupuskan. Dah laa kesan tenggelam banjir plak tu kan. Haaa….hazab gak tu nak mengerjakannya.


So just nak share idea deco yang kami cuba aplikasikan….ahikss…aku share ID drawing je lah ek.....kecuali dapur sebab tatau ke mana dah drawing dia.....kalau nak tengok keadaan sebenar, jemputlah datang rumah den....kikiki.

Living and dining area.

Master bedroom.

Kitchen. Aku tak der wet and dry....semua kat sini je.



Officially Pindah!

Alhamdulillah, selepas 3 tahun berhijrah ke KL, kini kami dah boleh menetap di rumah sendiri. Sebelum ini kami tinggal dengan mak dan abah suami. Huuu….best nya. Walaupun rumah tengah berselerak dan penuh kotak-kotak sana sini, tapi perasaan tu…sukar digambarkan. Hehe.

Ambil kunci bulan Julai tahun lepas, masa bulan puasa. Target nak masuk raya haji. Tapi end up, awal tahun ni baru dapat pindah masuk. Sabtu yang lepas bersamaan 4 Januari 2014, kami buat bacaan doa dan bacaan ayat suci al-Quran berjemaah untuk masuk rumah baru  bersama-sama Jemaah bebudak tahfiz yang di’arrange’ oleh abah mertua.
Mulanya saya plan nak update semua pasal progress renovate dan perpindahan kat blog ini. Tapi atas sebab beberapa factor dan keselesaan diri, rasanya biarlah semua kisah dan pengalaman tu berada dalam catatan peribadi kami je. Hehe.

Progress nak pindah tu delay beberapa bulan atas sebab beberapa factor yang tak dapat dielakkan. Kami guna banyak contractor, so nak manage satu-satu tu perlukan lebih masa. Nak kena arrange sequence siapa patut buat kerja dulu. Then contractor cabinet plak fabrication yard dia penuh, kena tunggu turn lagi. Kami juga tak banyak cuti jadi most of the works are done during weekend je. Cuti umum pun banyak…..maka, delay lah jawabnya. Tapi tak per, kami pun tak der nak rush berpindah. Even sampai ke hari ni pun, masih ada barang kami yang belum habis di angkut ke rumah baru. Sedikit demi sedikit.
Rutin harian pun dah berubah. Balik kerja, singgah rumah parents in law untuk amik anak sebab atok dia yang akan amik cucu dari sekolah dulu. Then baru balik rumah sendiri. Ok lah tu, hari-hari masih ada masa menjenguk mak dan abah. Tidak lah mereka kesunyian sangat. Rumah baru masih tak ada tong gas, so masih belum ada aktiviti masak memasak. Tunggu lah sehingga settle mengemas, baru kita fikirkan pasal masak memasak dan nak kecahkan dapur. Hahaha. Alasan sangat kan.

 Just nak share kerja renovasi yang terlibat dan contractor yang kami gunakan.

ID Design: Sky Creation. Company asal dari Singapore. Kebetulan kami ada subscribe pakej promosi pembukaan syarikat ni di Malaysia during Homedec. Setahun gak peram subscription tu. Mujur masih valid. Haha. Kami amik 3D drawing untuk living/dining area, kitchen and master bedroom je. Dia ada jugak bagi quotation kalau skali siap dia contruct semua. Tapi….harga Singapore….haha….so we stick to original plan iaitu nak pakai design dia je. Skali design je terus kami puas hati. Kena dengan concept yang kami nak iaitu resort style and modern.

Wiring, piping, cat, pasang tile kat store dan foyer, dan segala hardworks: Kerja-kerja berat dan comot ni kami gunakan service Uncle Thomas iaitu contractor yang renovate rumah PIL dulu. Mulanya macam susah nak paham cara uncle ni kerja, tapi end up….sangat reliable. Cakap je apa nak, semua dia settle kan dengan tak banyak songeh.

Grill: Kami guna Sky Steel kat Tanming Jaya. Jumpa contractor ni masa dia buat promosi kat expo home deco gak kat Putrajaya. Kebetulan kilang dia dekat je dengan rumah. Kami juga minta contractor grill yang buatkan grill rumah PIL dulu quotekan harga untuk benchmark. Harga yang both contractors ni quote untuk design yang sama adalah sama lebih kurang. So proceed je lah dengan Sky Steel. Orang nyer pun senang kerja.

Tinted: Yang ni memang aku gamble je google kat blog orang. Ada 2 blog yang promote pakcik ni. Rosdi Omar, Bio Cool Tint. So try je call nak minta quotation. Member pun ada suggest 2 lagi contractor tinted. Dalam 3 orang contractor ni, si Rosdi ni je yang reply balik untuk datang tengok rumah kami. Senang kerja ngan dia. Dia datang, bagi quotation, agreed…then terus set date untuk datang pasang. Sehari je siap. Dia sorang plak tu kerja. Harga pun ok. Kualiti tinted pun ok.  So far tak ada gelembung udara. Dah lah umah aku tu banyak cermin daripada dinding. Aku tak der benchmark harga tinted tapi testimoni dari blog-blog yang aku jumpa semua kata harga dia ok.

Curtain/wall paper/photo mural: Yang ni aku tanya pendapat member dan senior yang dah selamat berpindah rumah. Lepas study serba sikit, kami plan nak guna contractor plus consultant sebab…kalau nak pergi pilih, beli sendiri kain then hantar upah jahit…..nak pikirkan design and material etc…macam tak cukup masa, tak cukup tenaga, tak reti sangat dan…..harga pun tetap tak lari banyak. Survey ada buat kat Kamdar (masa mak aku nak tukar langsir kat umah dia), Macy, dan Tewah. Study gak kat blog orang. Tanya gak pengalaman member yang pernah survey Jakel, Nagoya etc….and derang suggest pakai je service yang ada consultation seperti Elyza tu. Tapi kami tak pergi Elyza sebalik nya di promo oleh seorang kenalan yang baru pindah rumah gak untuk try Laurea Home Deco. Kebetulan akak ni punya kakak ada buka cawangan Laurea kat Saujana Impian. Dekat dah tu dengan rumah kami. So pergi je lah situ. Mudah deal ngan akak ni. Tak reti pilih suruh je dia suggest. Hahaha. Senang kepala otak kami. 2x visit je ke kedai dia then terus settle.

Kitchen cabinet/tv cabinet/wardrobe: Yang ni kami survey banyak lah jugak. Setiap kali homedec selama 3 tahun tu memang tak penah miss. Google kat blog orang dan tanya pengalaman member. Hasilnya kami memilih Intech Kitchen kat Semenyih. Harga dan kualiti berpatutan. Tunjuk je drawing ID, dia kata bole buat tak ada masalah. ID consultant tu quote kami untuk buat living/dining area dan master bedroom sahaja tu sekian amount. Tapi si Intech ni quote kami same amount untuk the whole rumah (living room tv cabinet, master bedroom tv cabinet, bed panel, kitchen cabinet, wardrobe untuk 3 bilik). Ko bayangkannnn….. Tapi kami tak letak expectation yang tinggi lah sebab harga dia jauh sangat beza. Tapi kesudahan nya, Alhamdulillah……puas hati. Urusan semua pun senang. Tak ada masalah komunikasi.

Sliding door pemisah dapur dan dining area: Design asal rumah ni macam ala-ala open kitchen macam condo design. Main entrance pun jumpa dapur dulu. So kami decide nak buat sliding door untuk pisahkan ruang. Segan lah plak bila tetamu datang nampak kita dok joget kat dapur. So kami pilih RelianceHome. Kebetulan jumpa company ni masa Homedec October ritu. Kami berurusan dengan Sg Long branch. Dalam banyak-banyak contractor, yang ini laa yang ada sket songeh. Seorang uncle tua yang emo. Ada ke patut, dia tak reti cari rumah kami, dia nak marah kami. Hahaha. Tapi husband aku layan je atas alasan…uncle tu dah tua…hahaha. Progress memang slow sebab dia kata banyak order. Tapi Alhamdulillah, dah settle pun. Hasil pun sangat ok.

Laminated Flooring: Yang ni memang tak ada survey. Decide nak pakai Floor Depot sebab….ntah…banyak iklan dia kot dan PIL pun guna service yang sama. Tak banyak songeh gak. Buat deal masa Homedec. Service dan hasil pun ok.

Pest Control: Kami guna service Rentokil. Reason sebab, company ni je yang kami tau dan glamer. Haha. Also deal during Homedec. Contract untuk 5 tahun. Semoga tiada serangga yang tidak diingini. Reason buat pest control ni cecepat sebab rumah tu banyak guna kayu dan dah ada kesan anai-anai kat laman bila aku letak kotak kertas kat rumput dalam beberapa hari je…dah bersarang kat situ haaa….so mencegah sebelum terlambat.


Ok, tu je kot. Nak tunggu semua ni siap memang lama iaitu since Ogos sampai hujung December. Kalau sesiapa nak tanya contact mana-mana contractor yang tersenarai kat atas tu, sila laa tanya ek. Total expenditure…hurm.…lari budget asal sebab….rumah ni banyak tingkap so grill dan curtain macam double dari rumah teres biasa. Budget untuk lampu kipas pun lari 2x ganda. Ceh…tapi overall Alhamdulillah, still manageable. Perabot kami tak complete lagi sebab………..….kena tunggu next allocation. Huuu.
 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template