Monday, December 1, 2014

Bangsa Serius 24jam!

Aku tak boleh nak masuk sangat lah kalau manusia jenis hanya tau serius je 24jam. Tak boleh masuk langsung kot. Kalau boleh aku akan try avoid. Dan tak tau kenapa aku banyak jumpa makhluk-makhluk begini disekeliling ku. Orang camni kan, kalau dia ada dalam whataps group, kalau group members tu sembang topic yang tak kena ngan dia, banyak lawak2 gelak2, siap laa kena sound nanti…eh, korang tak bole cakap topic yang ilmiah sket ke? Tak pun dia tiba-tiba paste potongan hadis kata sembang benda lagha menjurus ke arah dosa etc bla bla. Habis sangat dia leave the group.

Orang camni gak, bagi aku la, dia selalu pandang orang lain tak sempurna. Dia jer terbaik. So kalau dalam ramai-ramai keluar makan, borak hal yang tak berkaitan dengan kerja atau tak ada kaitan dengan dia je, sure dia akan tiba-tiba bersuara tukar topic yang lebih serius. Terdiam terus laa yang ramai-ramai tadi dok kecoh pasal benda merapu. Dan tiba-tiba dalam ramai-ramai yang meriah tadi, senyap sunyi terus kawanan itu. Nak menyampuk topic serius yang diutarakan oleh orang pelik ni pun tak berani kot salah cakap kena smash. Adakah bagi dia, kalau kita banyak berlawak or happy gelak-gelak akan mempercepatkan penuaan atau melemahkan otak?



Pernah terjadi, dalam office, di suatu petang yang hening, saat ramai orang dah start berpinau mata ngadap PC, so ada laa sorang dua yang bangun pergi jengah workstation kawan sebelah. Borak-borak skit…then diikuti sorang dua lagi…so bila 3-4 orang berborak, maka adalah bunyi terhasil tapi masih dalam situasi terkawal…dan tiba-tiba sorang manusia pesen bangsa serius ni jerit shhhh shhhh shhh shhhh kuat gila. Haa…hamik ko. Terdiam semua orang. Even, kalau ada discussion kat meja boss (manager kat office aku tak ada bilik, pesen open workstation je) so bila suara-suara perbincangan agak meninggi, manusia serius ni akan sound suh senyap! …Kadang-kadang terpikir gak, tak paham, aku ni kerja kat library ke mana?

Dan seperti yang aku katakan tadi, orang macam ni aku jumpa banyak. Bukan sekadar di pejabat, kawan-kawan uni, sedara mara pun ada. Haha.  Banyak aku jumpa dalam whatapps group la sebab kalau dalam dunia sebenar, tak der nyer aku nak berkawan baik dengan bangsa ni. Kadang-kadang tu, bila ada perbincangan pasal design tudung aidijuma terbaru pun dia bole sound sebab tak kena ngan minat dia atau tak cukup syarie kalau dia jenis bertudung labuh. Kalau kat uni dulu, aku ni manusia biasa-biasa je. Aku kawan ngan semua orang termasuklah geng-geng masjid. So kalau dengan geng-geng thiqah ni, ramai weh type serius 24jam ni. Muka ketat je. Meeting program pun macam patung je aku rasa sebab takut weh kalau terlepas pen sebatang dari pegangan pun kang orang kata nak tarik perhatian ajnabi plak. Ehhehhehh….so serius serius serius….dalam dok serius-serius tu, meeting mau 2-3jam jugak. Kadang-kadang tak dapat gak penyelesaian so kena sambung next time. Ceh…! Tapi tak der lah bermakna meeting kena banyak gelak langsung tak serius, tu namanya bangang jugak…kang objektif tak capai langsung, aku pun hangin. Kita nak moderate la kan. Tengah-tengah. Serius pun ada bila part yang serius, dan senyum-senyum sambil minum kopi pun ada bila rasa otak jem. Bukan nya tahap sepanjang 2-3jam meeting tu, nak bangun amik kopi pun takut weh kang semua menjeling. Naya laa.


Aku penah lah termasuk beberapa meeting penting yang memang melibatkan orang-orang hebat, orang-orang besar. Ada yang memang type serius tak bole salah cakap langsung dan memang muka semua orang pun macam ketat je…asik pandang jam tangan…macam dok berdoa je cepat habis. Jiwa pun tak tenang kalau dalam meeting camni. Tapi ada jugak meeting penting melibatkan orang penting dan orang besar, tapi still bole buat lawak. Kalau chairman yang jenis cool ni, siap bole offer orang minum kopi ni, kita pun rasa sedap sket nak meeting dengan mereka. Idak lah keras otak dok paksa piker. Badan pun tak sakit sebab tak paksa mematung je duduk berjam-jam. Boleh lah pusing-pusing pinggang sket kan sambil berkriut bunyi kerusi. Dan bosses yang macam ni actually lebih nampak smart dan cool…dan insyaAllah lebih ramai staff akan doakan kebaikan untuk yang macam ni compared to bosses yang super serius 24jam…silap-silap hari-hari makan sumpah…errkkkk…

Kalau aku tak dapat nak elak kena berkomunikasi dengan orang camni, memang kena hati-hati lah bercakap. Aku ni dah ‘rempang’ mak aku kata. Maknanya macam tak serius la, suka cakap buat lawak-lawak which is adik aku pun tak suka cara aku sebab dia kategori serius gak tapi tak der lah kronik tahap 24jam. Tapi adik aku takpe, serius-serius dia pun dia comel dan cute berperangai camtu. Aku berani ngusik lagi laa..…habis sangat dia nak merajuk ngadu kat mak aku je. Haha… So kesimpulannya, hidup ni jangan lah serius sangat. Macam static je graph hidup…..eeekkk…..tak bosan ke?



**semua gambar aku google jek

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template