Tuesday, September 30, 2014

Selepas 3 bulan bercuti....

Esok, 1 haribulan Oktober, saya akan mulakan kerja selepas bercuti 3 bulan lebih. Cuti bersalin 60 hari dan sambung dengan lagi sebulan cuti tanpa gaji. Seronok dapat bersama Nur Hannah. Awal bulan September saya dah mula hantar Hannah ke taska tapi tidak lah setiap hari. Tak sampai sepuluh hari rasanya sebab  bertujuan nak biasakan sahaja. Dan besok, saya dah kena hantar sepenuh hari setiap hari. Oh sangat tidak seronok rasa dihati. Alangkah bagus kalau dapat dicari penjaga khas untuk bayi saya seorang sahaja. Orang melayu kita. Saya tak berani nak ambil pembantu Indonesia. Terima kasih sahajalah. Penat dengar cerita kawan-kawan pasal pembantu rumah Indonesia ni.

Apa yang lebih rungsing, anak kecil saya sudah masuk hari ke 9 selsema dan batuk. Demam on off. Dan semalam, 29 September adalah mencatat sejarah apabila anak kecil saya seusia 3 bulan setengah dah kena buat nebulizer dan start ambil antibiotik. Sebelum ni dah macam-macam cara natural saya cuba. Bawang putih, kunyit, bawang besar, steaming air panas campur bawang putih, steaming guna euky bear dan macam-macam lah. Masih tak baik. Saya masih continue cara natural itu sampai sekarang. Tapi kahak degil dan hingus ketegaq itu masih ada. Allah, tolong kami. Semoga ketidakselesaan anakandaku itu cepat hilang. Amin.

Duduk berdua dengan Hannah seronok. Dia dah pandai senyum dan ketawa bila diagah. Dia dah pandai borak bebel-bebel bila ada orang dekat dengan dia. Bila nampak kakak dan ayah dia balik rumah masa petang, dia dah pandai tunjuk sifat teruja nak main dengan insan-insan tersayang dia. Dia dah pandai dan sangat terror merajuk. Hahaha... Dulu saya tak pandai pujuk bila dia nangis sekuat hati sebab merajuk. Bukan sebab sakit tapi sebab merajuk. Bila jadi macam tu, mesti saya pass pada ayah saya atau adik ipar saya sebab mereka pandai pujuk sampai Hannah diam. Tapi bila dah sebulan balik rumah sendiri, saya pun dah agak pandai pujuk Hannah bila dia nangis merajuk over tu. Hahaha....

Oh...perasaan saya sangat tidak gembira memikirkan esok. Kalau Hannah sihat, mungkin kurang sikit rasa gundah ini. Alhamdulillah mujur pemilik taska sangat positif bila saya suarakan kerisauan untuk hantar baby yang selsema batuk ini. Dia siap minta izin nak gunakan cara tradisional seperti guna kunyit itu ini. Saya alu-alukan sahaja. Malah dia tak lokek berkongsi petua. Mandikan lewat skit agak-agak tengah  hari katanya.  Semoga semuanya baik-baik sahaja untuk esok dan hari-hari mendatang. Amin.

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template