Monday, September 29, 2014

Oh...Teksi KL... Aku sokong UBER

Ini pengalaman saya dengan teksi KL.      
Beberapa tahun lepas, ketika suami dalam wad ICU Prince Court Medical Centre, doktor telah memberi khabar gembira yang suami sudah boleh cuba berjalan jadi doktor minta saya belikan selipar untuk suami pakai semasa training berjalan nanti.  Pada ketika itu, saya sangat tak biasa dengan KL. Kalau di Kertih saya tahulah mana kedai yang sesuai nak cari selipar. Tapi sebab saya tak biasa dengan KL, maka saya google lokasi tempat membeli-belah terhampir dengan PCMC. Saya tidak mahu ke KLCC kerana bagi saya mall itu terlalu besar untuk sebiji selipar.         
 
Encik google menyarankan lokasi mall terhampir selain KLCC untuk kawasan Bukit Bintang adalah....Pavilion. Ya, saya pernah dengar orang cakap pasal Pavilion adalah tempat shopping tapi saya tak pernah tahu secara fizikalnya. So saya pun nak mencuba ke sana. Tak kenal kan maka tak cinta lagi.
Tak berani pergi jauh-jauh sebab fikir lagi jauh dari PCMC, lagi besar risiko.

Saya ambil keputusan untuk menggunakan perkhidmatan teksi kerana tahu kalau memandu sendiri sudah pasti sesat. Ya, di sini baru bermula kisah dengan teksi. Masa hendak pergi, saya menggunakan perkhidmatan teksi biru yang memang tersedia kat depan hospital. Orang kata mahal tapi itu sahaja yang ada. Guna meter tapi meter dia start RM6. Bila sampai Pavilion total dalam RM10. Dekat. Then bila sampai Pavilion, haaa baru ku tau fizikal tempat itu. Lagi besar dari KLCC rasanya. Entah, saya tak ukur secara specific. Nampak ada Parkson terus masuk untuk cari selipar. Selipar apa laa saya nak cari kat Pavilion neh... Pusing-pusing jumpa Crocs. Boleh lah daripada tak ada. Husband pun pernah cakap teringin nak ada Crocs sebab zaman tu memang tengah up laa Crocs ni. Mau telan duit saya RM200plus gak laa...sengal!.
Then terus cari jalan pulang. Duit dah habis pun dek kerana selipar tu kalau nak pusing kedai-kedai lain lagi.Buatnya saya nampak benda berkenan tapi tak boleh beli, kang dah mendera perasaan namanya.

Saya terus terpa deretan teksi merah yang dok menunggu kat depan Pavilion. Banyak teksi. Pergi teksi pertama dia tak nak, kedua tak nak, ketiga pun tak nak....sampai lah ada yang nak. Driver tu terus cakap, saya tak guna meter kak. RM20 Pavilion-PCMC. Masa tu bukan peak hour lagi. Saya pun sebelum nak balik dah budget timing tak nak bagi bertembung peak hour orang balik kerja. Dia cakap lagi, nak naik sila, tak nak naik sudah. Sedih. Naik lah jugak sebab nak balik kan.

Masa dalam teksi saya tanya tak leh kurang ke, dekat je pun. Dia cakap, ni murah laa harga local. Kalau expat memang dah kena RM40. Sengal. Benci. Dah laa pakat  ramai2 tak mau ambik penumpang local kan. Bila dah nak sampai depan PCMC, driver tu tanya, kak nak melawat siapa kat sini. Saya cakap suami saya sakit tenat kat icu.
Dah lah tengah susah hati husband sakit, ni kena paw plak dengan awak. Lagi sedih saya. Ok terima kasih banyak-banyak lah ye. Terus saya bukak pintu dan blah sebab dah sampai depan hospital. Tak pandang dah kat driver tu. Hempas pintu teksi kuat-kuat skit tanda protes.

So kesimpulannya, teksi merah ni bangang. Tapi tak semua la. Kalau kat depan KLCC tu nak tahan teksi merah jangan harap. Lebih baik naik teksi biru yang lebih mesra. Teksi merah ni tak layan pun kita. Saya penah kena lagi dengan teksi merah ni.

Masa tu saya tengah pregnant 8-9bulan...dari G Tower nak ke KLCC je pun. Iyer saya tau ada lrt satu stesen je tapi saya tak larat nak jalan kaki dari G Tower ke stesen dan dari stesen ke KLCC. Jauh gak weh...boleh semput mak buyong. Bila saya nak naik teksi, sekor pun tak nak layan. Sampaikan saya terpaksa merayu cakap...tolong lah antarkan, saya sanggup bayar berapa pun. Haaa....begitulah hati budi driver teksi bertauliah kat KL ni.      
         
So kesimpulan lagi, saya sokong adanya perkhidmatan UBER ni supaya dapat mewujudkan persaingan dengan teksi KL yang sengal demi mendapatkan kualiti perkhidmatan yang bermutu.

1 comments:

  1. Pengalaman yg sama. Teksi merah banyak songeh... Kena cari cari taxi dan kena lambai lambai.. Uber ndak perlu buat mcm tu.. Terus ambil di tempat kita n tiada wang perlu dlm poket sebab semuanya dlm kredit card...

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template