Thursday, January 16, 2014

Kehamilan ke 2 dan anak pertama.



Anak sulong aku dah nak masuk umur 5 tahun. Maknanya dah hampir 5 tahun aku dan husband tumpukan perhatian hanya pada dia. Dari dulu lagi sejak kelahiran si kakak, aku selalu terfikir, mampukah aku menyayangi anak-anak selepas ini sama macam anak sulong? Adakah dengan kehadiran anak seterusnya akan mengurangkan perhatian aku pada si kakak? Aku sangat takut dan tak yakin akan dapat memberikan perhatian yang sama kepada si sulong andainya ada adik baru….oh, my bad.

Apabila si kakak dah makin membesar dan pandai bertanyakan kehadiran seorang adik sebagai teman bermain, aku mula terfikirkan keperluan untuk si kakak yang mahukan teman bermain. Memang lah sebelum ini aku dan husband mengharapkan kehadiran orang baru, tapi kami hanya menyerah pada takdir.  Apabila si kakak hari-hari menyuarakan persoalan pasal adik dan dia juga hari-hari tak putus berdoa agar dikurniakan adik, aku mula rasa bersalah kerana tidak berusaha sungguh-sungguh. Sejak itu, aku tingkatkan berdoa agar Allah murahkan rezeki kami. Alhamdulillah, doa kami makbul. Si kakak sangat excited.

Tapi apabila aku mula mengalami alahan, aku dah tak larat nak menguruskan aktiviti harian seperti biasa, aku rasa bersalah kepada si kakak. Si kakak pun kerap bertanya kenapa mama asyik muntah dan tak larat. Boleh dikatakan hampir 80% pengurusan si kakak dilakukan oleh si ayah. Mama rasa makin jauh dengan kakak. Sedihnya…..ini lah yang mama sangat tidak mahu hadapi. Terfikir jugak, adakah orang lain berperasaan begini?

Walaupun kehadiran si adik sangat dinantikan, tapi aku terfikir mampukah aku sayangi si adik sama seperti si kakak? Jahatnya aku….tak baik bezakan kasih sayang antara anak. Yes, aku kena sayang semua anak-anak sama rata.




Macam mana korang atasi rasa bersalah pada anak pertama ek….huhu. Tapi, aku bertuah kerana, bila aku suarakan pada anak aku yang mama minta maaf sebab mama tak larat etc...dia pandai pujuk. Dia kata mama rehat je la, mama kan bawa adik baby kat dalam perut. Oh, terharu sangat dengan pemahaman dia. Semoga dia menjadi kakak yang terbaik dan kakak tetap paling istimewa sebagai anak sulong. Setiap anak ada keistimewaan masing-masing kan.

We are welcoming you adik baby.... :)

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template