Monday, December 1, 2014

Bangsa Serius 24jam!

Aku tak boleh nak masuk sangat lah kalau manusia jenis hanya tau serius je 24jam. Tak boleh masuk langsung kot. Kalau boleh aku akan try avoid. Dan tak tau kenapa aku banyak jumpa makhluk-makhluk begini disekeliling ku. Orang camni kan, kalau dia ada dalam whataps group, kalau group members tu sembang topic yang tak kena ngan dia, banyak lawak2 gelak2, siap laa kena sound nanti…eh, korang tak bole cakap topic yang ilmiah sket ke? Tak pun dia tiba-tiba paste potongan hadis kata sembang benda lagha menjurus ke arah dosa etc bla bla. Habis sangat dia leave the group.

Orang camni gak, bagi aku la, dia selalu pandang orang lain tak sempurna. Dia jer terbaik. So kalau dalam ramai-ramai keluar makan, borak hal yang tak berkaitan dengan kerja atau tak ada kaitan dengan dia je, sure dia akan tiba-tiba bersuara tukar topic yang lebih serius. Terdiam terus laa yang ramai-ramai tadi dok kecoh pasal benda merapu. Dan tiba-tiba dalam ramai-ramai yang meriah tadi, senyap sunyi terus kawanan itu. Nak menyampuk topic serius yang diutarakan oleh orang pelik ni pun tak berani kot salah cakap kena smash. Adakah bagi dia, kalau kita banyak berlawak or happy gelak-gelak akan mempercepatkan penuaan atau melemahkan otak?



Pernah terjadi, dalam office, di suatu petang yang hening, saat ramai orang dah start berpinau mata ngadap PC, so ada laa sorang dua yang bangun pergi jengah workstation kawan sebelah. Borak-borak skit…then diikuti sorang dua lagi…so bila 3-4 orang berborak, maka adalah bunyi terhasil tapi masih dalam situasi terkawal…dan tiba-tiba sorang manusia pesen bangsa serius ni jerit shhhh shhhh shhh shhhh kuat gila. Haa…hamik ko. Terdiam semua orang. Even, kalau ada discussion kat meja boss (manager kat office aku tak ada bilik, pesen open workstation je) so bila suara-suara perbincangan agak meninggi, manusia serius ni akan sound suh senyap! …Kadang-kadang terpikir gak, tak paham, aku ni kerja kat library ke mana?

Dan seperti yang aku katakan tadi, orang macam ni aku jumpa banyak. Bukan sekadar di pejabat, kawan-kawan uni, sedara mara pun ada. Haha.  Banyak aku jumpa dalam whatapps group la sebab kalau dalam dunia sebenar, tak der nyer aku nak berkawan baik dengan bangsa ni. Kadang-kadang tu, bila ada perbincangan pasal design tudung aidijuma terbaru pun dia bole sound sebab tak kena ngan minat dia atau tak cukup syarie kalau dia jenis bertudung labuh. Kalau kat uni dulu, aku ni manusia biasa-biasa je. Aku kawan ngan semua orang termasuklah geng-geng masjid. So kalau dengan geng-geng thiqah ni, ramai weh type serius 24jam ni. Muka ketat je. Meeting program pun macam patung je aku rasa sebab takut weh kalau terlepas pen sebatang dari pegangan pun kang orang kata nak tarik perhatian ajnabi plak. Ehhehhehh….so serius serius serius….dalam dok serius-serius tu, meeting mau 2-3jam jugak. Kadang-kadang tak dapat gak penyelesaian so kena sambung next time. Ceh…! Tapi tak der lah bermakna meeting kena banyak gelak langsung tak serius, tu namanya bangang jugak…kang objektif tak capai langsung, aku pun hangin. Kita nak moderate la kan. Tengah-tengah. Serius pun ada bila part yang serius, dan senyum-senyum sambil minum kopi pun ada bila rasa otak jem. Bukan nya tahap sepanjang 2-3jam meeting tu, nak bangun amik kopi pun takut weh kang semua menjeling. Naya laa.


Aku penah lah termasuk beberapa meeting penting yang memang melibatkan orang-orang hebat, orang-orang besar. Ada yang memang type serius tak bole salah cakap langsung dan memang muka semua orang pun macam ketat je…asik pandang jam tangan…macam dok berdoa je cepat habis. Jiwa pun tak tenang kalau dalam meeting camni. Tapi ada jugak meeting penting melibatkan orang penting dan orang besar, tapi still bole buat lawak. Kalau chairman yang jenis cool ni, siap bole offer orang minum kopi ni, kita pun rasa sedap sket nak meeting dengan mereka. Idak lah keras otak dok paksa piker. Badan pun tak sakit sebab tak paksa mematung je duduk berjam-jam. Boleh lah pusing-pusing pinggang sket kan sambil berkriut bunyi kerusi. Dan bosses yang macam ni actually lebih nampak smart dan cool…dan insyaAllah lebih ramai staff akan doakan kebaikan untuk yang macam ni compared to bosses yang super serius 24jam…silap-silap hari-hari makan sumpah…errkkkk…

Kalau aku tak dapat nak elak kena berkomunikasi dengan orang camni, memang kena hati-hati lah bercakap. Aku ni dah ‘rempang’ mak aku kata. Maknanya macam tak serius la, suka cakap buat lawak-lawak which is adik aku pun tak suka cara aku sebab dia kategori serius gak tapi tak der lah kronik tahap 24jam. Tapi adik aku takpe, serius-serius dia pun dia comel dan cute berperangai camtu. Aku berani ngusik lagi laa..…habis sangat dia nak merajuk ngadu kat mak aku je. Haha… So kesimpulannya, hidup ni jangan lah serius sangat. Macam static je graph hidup…..eeekkk…..tak bosan ke?



**semua gambar aku google jek

Monday, October 20, 2014

Isu Sentuh Anjing…


Pendirian ku perihal program sentuh anjing….hurm…apa pun niat penganjur, program yang menyentuh sensitiviti masyarakat seperti ini hanya akan memecah belahkan Muslim berdasarkan pendapat masing-masing. Makin terpecah, maka makin longgarlah kekuatan ikatan Muslim di Malaysia. Bila longgar, fikirlah sendiri akibatnya.
Majoriti mengatakan tujuan program adalah untuk menghilangkan persepsi masyarakat Muslim yang sangat trauma dan fobia dengan anjing. Yang kononnya sangat benci pada anjing. Lupakah kita sebagai Muslim, kita diajar agar menghormati sesame makhluk Allah? Ramai sangatkah golongan Muslim yang membenci anjing? Banyak sangat kah kes laporan penganiayaan terhadap anjing? Aku rasa, lagi banyak kes buang bayi dari kes bunuh anjing.

Ye, benar program itu tak haram. Kalau nak cakap bab hukum, banyak hujah nya. Kenapa ulama istinbat hukum anjing tu begitu begitu…sila lah kaji. Paling malas pun bacalah tulisan Dr Maza dah cukup sebagai langkah permulaan untuk belajar. Nak tahu mendalam, belajar lah ilmu fekah. Kena tengok semua sudut. Dalam Islam, selain Quran dan sunnah Rasulullah kita ada lagi Qias dan Ijmak Ulamak. Jangan tinggal, raikan semua. Masing-masing ada hujah unless kita lebih pandai dari yang dah ada tu. Kalau tak suka pendapat Imam Syafie, jangan pula dinafikan. Ada sebab dan hujah kenapa setiap Imam mengeluarkan pendapat begitu begini. Sila lah fahami.
Bawa anak sentuh anjing sebab nak nanti anak tak lari bila nampak anjing. Nak nanti anak akan kesian dan tolong kalau nampak anjing lapar or sakit kat jalan. Tak kisahlah, tu cara dan pilihan didikan anak masing-masing. Cara didikan dan asuhan anak ni hak masing-masing. Nak pilih didikan cara Rasulullah ke, cara Susan Newman ke, cara Alyson Schafer ke, cara Lukman al-Hakim ke..…terserah….tapi yang pasti dalam Islam tak suruh ajar anak bertindak kejam pada binatang ataupun mana-mana makhluk.

Walaupun ku tak join program seperti itu, ibu ku tak pernah bawa ku pegang anjing, ku tetap hormat binatang itu. Pernah ku jumpa anjing dilanggar patah kaki, terbaring kat lorong paling kanan highway. Ku sedih, ku nangis tapi ku tak berhenti menolong kerana ku tak berani. Lalu ku roger pada group yang ada kawan Chinese yang berhampiran lokasi minta derang tolong…Alhamdulillah ada yang cuba menolong walaupun selepas dia round kawasan tu anjing tu dah hilang. Maybe ada makhluk Allah yang lain dah tolong. Masa kecik, aku suka jaa watak Oodie dalam cerita Garfield. Mak ayah ku pun tak haramkan ku tengok cerita tu. Even Piglet kawan si Pooh pun ku suka sebab kartun comel. Masa sekolah, anjing Peanut tu ku ada ja koleksi barangan seperti pembaris, bekas pensil…tak diharamkan pun oleh mak ayah ku. Kini, dalam mainan anak-anak ku, Happyland Farm ada patung anjing, ku layan je anak ku main sama dengan patung kucing yang turut ada sama. Kenapa? Kerana faham! Ku terangkan pada anak kenapa anjing tak boleh pelihara macam kucing dan apa status anjing dalam Islam. Tapi ku tidak ajar anak ku baling anjing dengan batu bila nampak depan mata. Tapi ku ajar anak ku jangan dekati anjing liar yang sangat banyak di Bandar Tun Hussein Onn ini kerana banyak ku dengar kes anjing gigit orang, hatta anjing peliharaan pun gigit tuan. Ku juga dengar wujudnya kes anjing gila yang merebakkan penyakit. Kucing liar pun ku tak benarkan anakku dekati. Ku juga berjiran dengan jiran yang memelihara anjing. Tetiap pagi ramai je jiran yang bawa anjing comel kiut miut derang bersiar-siar keliling kawasan rumah kami. Aku tunjuk pada anak ku. Ku puji anjing itu comel depan anak ku. Tapi anak ku paham, anjing untuk orang Islam macam mana kalau terkena air liur nya. Tidak pula rasa dalam diri nak pindah rumah bila ramai jiran bela anjing.

Yang penting, dengan ilmu kita dapat faham. Dan kepada penganjur, please make sure u selitkan ilmu agar fahaman terus meresap dengan mudah. Jangan sekadar provoke dan kemudian tinggalkan dan kemudian memecah belahkan. Media juga please, jangan laa membatu apikan sangat.

Arrgghh…..lapar sebab ku tak breakfast lagi. K bai.





Monday, October 13, 2014

Termalu

Pernah tak berada dalam situasi termalu....

Kisahnya....

Dalam department aku, kerja utama setiap orang adalah buat presentation. Setiap orang kena buat presentation tentang apa sahaja tajuk yang berkaitan dengan business syarikat setiap bulan. Setiap orang bebas untuk buat presentation macam mana rupa dan corak sekali pun. Tak kisah asalkan menarik dan audience suka. Ku lihat, seorang kakak ni selalu buat presentation dengan template yang cantik dan gaya penyampaian yang menarik. Memang audience tak tidur lah kalau time dia present. Dia juga akan mengenakan pakaian yang cantik kalau hari dia kena present. Antara yang paling ku suka pandang pada dia adalah tudung dia yang memang cantik. Serious cantik, menarik, tertarik, kau memang da bom! Agaknya brand Fareed kot.

Disebabkan saya sampai termimpi-mimpi suka tengok koleksi tudung dia yang menarik dan template presentation beliau yang mengujakan, dengan berani nya saya bersembang dengan beliau. Saya tanya, kat mana beli tudung cantik-cantik ni. Teringin gak nak ada macam tu. Dan macam mana dapat template presentation cantik-cantik ni, saya hanya pandai guna standard Power Point je. Dia tak jawab. Dia senyum je. Senyum yang manis dan tukar topic lain borak dengan kencangnya. Oh ada dia jawab, dia kata boleh google je. Easy. A ah kan, naper aku tak fikir nak google je….hehehe….dan kami terus berborak dengan mesra melarat sampai ke topic anak-anak, hobi, cita-cita dan bla bla bla…

Then, a week after that, sampai lagi turn kakak ni present. Teruja nya ku nak tengok slide-slide beliau yang cantik dan penampilan beliau yang pasti jugak cantik. Tau apa tajuk dia present kali ini, hurmm….dia present tentang bagaimana nak hasilkan presentation yang berkesan. Dan main point dia, jangan simply tanya, kena usaha cari sendiri dari segi data, template hatta cara penyampaian. Nothing is free in this world.

Erk….sebagai seorang aku….apa patut aku rasa selepas mendengar presentation beliau pada hari itu?? Sumpah tak tanya dah. Aku termalu.

Sekian….

Thursday, October 2, 2014

Perubahan Selepas Beranak 2...

Oh, hari ni mak dah masuk kerja hari ke-2 secara rasminya. Siap terima email dari HR tanya dah datang kerja ke belum...haha...tak tahu plak mak yang kena report duty ke HR kalau balik lepas ambil cuti tanpa gaji. Dua hari sebelum masuk office, mak dah kelam kabut sebenarnya pasal kerja ni. Almaklumlah, appraisal tahunan. Tarikh last semua sebelum mak sempat masuk kerja, so nak tak nak mak kena laa buat kerja kat rumah. Adeh. Penat otak.

Eh kenapa berbahasakan diri 'mak' plak ni kan....hurmm...sebabnya....mak dah ada 2 anak. Yeay.... Haha. Tak lah, sebabnya sejak dua menjak ni, mak punya penglihatan dan agak sangat teruk. Hari pertama bekerja ja mak dah kena migrain yang teruk. Berlanjutan sampai hari ni. Mak rasa dah sampai masa mak kena cek mata. Terus tengah hari tadi pergi kedai cermin mata. Sah, power dah tinggi nak ooii....patut laa mak pening. 200 haa sebelah mata. Optometrist tu cakap, memang normal untuk certain wanita lepas melahirkan, mata pun makin kabur. Aiyayaya....petanda apa tu anak-anak??? Petanda.....tuaaa....makin menghampiri.

Oh, dah lah tahun ni jejak ke angka 3 series kan. Pastu, masa try untuk cari frame-frame yang sesuai kan, memang nampak sangat kat dalam cermin tu...oh...macam mak mak sangat. Ok, admit....memang mak kepada anak 2.

So, perubahan utama selepas beranak 2 is....lepas ni mak kena pakai spec!! Size badan tak berubah pun dari size anak pertama sebab semua baju lama adalah tak terjejas. Haish...size lama tu maknanya masih lagi obesity. Wakakaka.....

Kena tiru langkah Che Ta nih....dia plan nak pantang makan setahun kau. Huuuu...tabik.

Tuesday, September 30, 2014

Selepas 3 bulan bercuti....

Esok, 1 haribulan Oktober, saya akan mulakan kerja selepas bercuti 3 bulan lebih. Cuti bersalin 60 hari dan sambung dengan lagi sebulan cuti tanpa gaji. Seronok dapat bersama Nur Hannah. Awal bulan September saya dah mula hantar Hannah ke taska tapi tidak lah setiap hari. Tak sampai sepuluh hari rasanya sebab  bertujuan nak biasakan sahaja. Dan besok, saya dah kena hantar sepenuh hari setiap hari. Oh sangat tidak seronok rasa dihati. Alangkah bagus kalau dapat dicari penjaga khas untuk bayi saya seorang sahaja. Orang melayu kita. Saya tak berani nak ambil pembantu Indonesia. Terima kasih sahajalah. Penat dengar cerita kawan-kawan pasal pembantu rumah Indonesia ni.

Apa yang lebih rungsing, anak kecil saya sudah masuk hari ke 9 selsema dan batuk. Demam on off. Dan semalam, 29 September adalah mencatat sejarah apabila anak kecil saya seusia 3 bulan setengah dah kena buat nebulizer dan start ambil antibiotik. Sebelum ni dah macam-macam cara natural saya cuba. Bawang putih, kunyit, bawang besar, steaming air panas campur bawang putih, steaming guna euky bear dan macam-macam lah. Masih tak baik. Saya masih continue cara natural itu sampai sekarang. Tapi kahak degil dan hingus ketegaq itu masih ada. Allah, tolong kami. Semoga ketidakselesaan anakandaku itu cepat hilang. Amin.

Duduk berdua dengan Hannah seronok. Dia dah pandai senyum dan ketawa bila diagah. Dia dah pandai borak bebel-bebel bila ada orang dekat dengan dia. Bila nampak kakak dan ayah dia balik rumah masa petang, dia dah pandai tunjuk sifat teruja nak main dengan insan-insan tersayang dia. Dia dah pandai dan sangat terror merajuk. Hahaha... Dulu saya tak pandai pujuk bila dia nangis sekuat hati sebab merajuk. Bukan sebab sakit tapi sebab merajuk. Bila jadi macam tu, mesti saya pass pada ayah saya atau adik ipar saya sebab mereka pandai pujuk sampai Hannah diam. Tapi bila dah sebulan balik rumah sendiri, saya pun dah agak pandai pujuk Hannah bila dia nangis merajuk over tu. Hahaha....

Oh...perasaan saya sangat tidak gembira memikirkan esok. Kalau Hannah sihat, mungkin kurang sikit rasa gundah ini. Alhamdulillah mujur pemilik taska sangat positif bila saya suarakan kerisauan untuk hantar baby yang selsema batuk ini. Dia siap minta izin nak gunakan cara tradisional seperti guna kunyit itu ini. Saya alu-alukan sahaja. Malah dia tak lokek berkongsi petua. Mandikan lewat skit agak-agak tengah  hari katanya.  Semoga semuanya baik-baik sahaja untuk esok dan hari-hari mendatang. Amin.

Monday, September 29, 2014

Oh...Teksi KL... Aku sokong UBER

Ini pengalaman saya dengan teksi KL.      
Beberapa tahun lepas, ketika suami dalam wad ICU Prince Court Medical Centre, doktor telah memberi khabar gembira yang suami sudah boleh cuba berjalan jadi doktor minta saya belikan selipar untuk suami pakai semasa training berjalan nanti.  Pada ketika itu, saya sangat tak biasa dengan KL. Kalau di Kertih saya tahulah mana kedai yang sesuai nak cari selipar. Tapi sebab saya tak biasa dengan KL, maka saya google lokasi tempat membeli-belah terhampir dengan PCMC. Saya tidak mahu ke KLCC kerana bagi saya mall itu terlalu besar untuk sebiji selipar.         
 
Encik google menyarankan lokasi mall terhampir selain KLCC untuk kawasan Bukit Bintang adalah....Pavilion. Ya, saya pernah dengar orang cakap pasal Pavilion adalah tempat shopping tapi saya tak pernah tahu secara fizikalnya. So saya pun nak mencuba ke sana. Tak kenal kan maka tak cinta lagi.
Tak berani pergi jauh-jauh sebab fikir lagi jauh dari PCMC, lagi besar risiko.

Saya ambil keputusan untuk menggunakan perkhidmatan teksi kerana tahu kalau memandu sendiri sudah pasti sesat. Ya, di sini baru bermula kisah dengan teksi. Masa hendak pergi, saya menggunakan perkhidmatan teksi biru yang memang tersedia kat depan hospital. Orang kata mahal tapi itu sahaja yang ada. Guna meter tapi meter dia start RM6. Bila sampai Pavilion total dalam RM10. Dekat. Then bila sampai Pavilion, haaa baru ku tau fizikal tempat itu. Lagi besar dari KLCC rasanya. Entah, saya tak ukur secara specific. Nampak ada Parkson terus masuk untuk cari selipar. Selipar apa laa saya nak cari kat Pavilion neh... Pusing-pusing jumpa Crocs. Boleh lah daripada tak ada. Husband pun pernah cakap teringin nak ada Crocs sebab zaman tu memang tengah up laa Crocs ni. Mau telan duit saya RM200plus gak laa...sengal!.
Then terus cari jalan pulang. Duit dah habis pun dek kerana selipar tu kalau nak pusing kedai-kedai lain lagi.Buatnya saya nampak benda berkenan tapi tak boleh beli, kang dah mendera perasaan namanya.

Saya terus terpa deretan teksi merah yang dok menunggu kat depan Pavilion. Banyak teksi. Pergi teksi pertama dia tak nak, kedua tak nak, ketiga pun tak nak....sampai lah ada yang nak. Driver tu terus cakap, saya tak guna meter kak. RM20 Pavilion-PCMC. Masa tu bukan peak hour lagi. Saya pun sebelum nak balik dah budget timing tak nak bagi bertembung peak hour orang balik kerja. Dia cakap lagi, nak naik sila, tak nak naik sudah. Sedih. Naik lah jugak sebab nak balik kan.

Masa dalam teksi saya tanya tak leh kurang ke, dekat je pun. Dia cakap, ni murah laa harga local. Kalau expat memang dah kena RM40. Sengal. Benci. Dah laa pakat  ramai2 tak mau ambik penumpang local kan. Bila dah nak sampai depan PCMC, driver tu tanya, kak nak melawat siapa kat sini. Saya cakap suami saya sakit tenat kat icu.
Dah lah tengah susah hati husband sakit, ni kena paw plak dengan awak. Lagi sedih saya. Ok terima kasih banyak-banyak lah ye. Terus saya bukak pintu dan blah sebab dah sampai depan hospital. Tak pandang dah kat driver tu. Hempas pintu teksi kuat-kuat skit tanda protes.

So kesimpulannya, teksi merah ni bangang. Tapi tak semua la. Kalau kat depan KLCC tu nak tahan teksi merah jangan harap. Lebih baik naik teksi biru yang lebih mesra. Teksi merah ni tak layan pun kita. Saya penah kena lagi dengan teksi merah ni.

Masa tu saya tengah pregnant 8-9bulan...dari G Tower nak ke KLCC je pun. Iyer saya tau ada lrt satu stesen je tapi saya tak larat nak jalan kaki dari G Tower ke stesen dan dari stesen ke KLCC. Jauh gak weh...boleh semput mak buyong. Bila saya nak naik teksi, sekor pun tak nak layan. Sampaikan saya terpaksa merayu cakap...tolong lah antarkan, saya sanggup bayar berapa pun. Haaa....begitulah hati budi driver teksi bertauliah kat KL ni.      
         
So kesimpulan lagi, saya sokong adanya perkhidmatan UBER ni supaya dapat mewujudkan persaingan dengan teksi KL yang sengal demi mendapatkan kualiti perkhidmatan yang bermutu.

Tuesday, September 23, 2014

Cuti Tanpa Gaji

Yeayhh...lepas cuti bersalin, sambung lagi sebulan cuti tanpa gaji. Dah balik rumah sendiri selepas hampir 3 bulan di kampung. Bila dah balik rumah sendiri, ada lagi sebulan untuk mula bekerja semula. Baby Hannah dah start hantar nursery. Mulanya macam nak cuba-cuba then terus jadi hantar hari-hari sebab macam-macam kerja rumah boleh buat bila baby kat nursery.

Ohh...saya mahu masak masakan best untuk dinner suami dan anak-anak. Saya mahu pergi shopping mall beli groceries penuhkan stok makanan basah dan kering dan juga mahu penuhkan peti ais baru yang super besar. Saya juga mahu baking beberapa jenis makanan sedap kegemaran anak besar. Saya mahu hias rumah cantik-cantik sambung kembali sesi dekorasi selepas terhenti sebab penat mengandung dulu. Saya mahu beli mesin jahit dan jahit sarung bantal Hannah yang comel dan terus guna mesin jahit untuk jahit benda-benda simple at least potong kaki seluar sendiri...
Saya juga mahu spend masa lepak depan tv tengok movie best sambil kunyah kudapan sedap, sedut air kopi panas...saya mahu tidur bila rasa mengantuk....saya mahu start gardening at least ada sepasu dua pokok bunga. Hoyeah...saya juga mahu rumah sentiasa kemas dan cantik macam dalam majalah Impiana ala-ala show room....saya juga mahu dapur sentiasa kering berkilat....baju-baju semua berbasuh dan berlipat cantik...argghhh...bahagianya hidup as suri rumah....tapi dalam masa sebulan....apa eh saya berjaya??

Hahaha....

Monday, August 25, 2014

Bila Kita Diuji

Bersyukurlah bila Allah datangkan ujian kerana itu tandanya Allah masih bagi  peluang untuk kita bermuhasabah. Kadang-kadang tanpa sedar kita alpa dan kesenangan yang kita ada membuatkan kita makin jauh dari Khalik.

Kesenangan tidak semestinya dengan kekayaan wang ringgit harta berjuta. Kesenangan juga mungkin bila saat kita rasa cukup dengan apa yang ada, kesihatan, tempat tinggal, keluarga bahagia, kawan sekeliling yang berjiwa murni, pekerjaan yang baik, pasangan yang menarik dan banyak lagi. Kesenangan dari segi ini juga kadang-kadang membuatkan kita lupa untuk bersyukur. Solat wajib banyaknya di akhir waktu. Zikir-zikir amalan sunat bila teringat baru diusahakan ala kadar. Asalkan ada. Solat wajib pun berapa peratus sahaja yang mampu menghadirkan hati kita sebagai hamba. Bacaan Fatihah sekadar lalu dibibir.

Adakah dengan amalan sebegini kita rasa sudah layak untuk menghuni syurga yang suci? Cukupkah dengan sekadar solat 5 waktu yang belum tentu 100% dengan kehadiran hati dan puasa Ramadhan sahaja untuk kita bawa sebagai bekalan di hari pengadilan?


Bila datang ujian Allah, kualiti solat kita menjadi lain. Kita lebihkan berdoa. Bacaan Fatihah kita lebih penuh penghayatan akan erti makna setiap ayat. Solat sunat kita lebihkan. Sebelum ini jarang sekali kita bersedekah, tiba-tiba kita menjadi lebih ringan untuk bersedekah. Zikir-zikir lazim kita biarkan sentiasa membasahi bibir.....semua ini kerana hati kita gundah dengan ujian yang ditimpakan. Kita kembali kepada Khalik merayu pertolongan-Nya.

Sungguh, dengan ujian yang didatangkan ini sebenarnya sebagai peringatan atau lebih kepada sapaan Allah kepada hamba-Nya yang dikasihi agar kembali mendampingi-Nya.

Allah tak rugi apa-apa kalau kita semakin melupakan-Nya. Tapi Allah hantarkan ujian untuk memperingatkan kita agar kembali mendekat pada-Nya kerana Allah masih nak bagi kita peluang. Peluang untuk dirahmati dan diganjarkan pahala yang boleh memudahkan laluan kita ke syurga. Allah sayang kita. Ingatlah, laluan ke syurga itu bukan mudah....

Thursday, July 24, 2014

Hadiah

Aku dapat hadiah ni...
Gucci parfume miniature gift set


Jewellery box (gambar hiasan).

Saya suka! Saya suka!
Aku memang suka parfume. Tapi nak beli banyak-banyak, aku rasa membazir. Ada 2-3 botol pun aku dah rasa bersalah sebab...lamanya lah nak habiskan sebotol tu kan. Nak bagi cepat habis, maka jadilah parfume tu bahan untuk aku sembur bilik dan wardrobe. Haha. So, bila dapat miniature ni, boleh laa budget-budget banyak jenis bau parfume dalam koleksi aku kan.

Aku juga suka hadiah jewellery box tu. Kalau boleh nak buat collection jewellery boxes yang macam-macam design kat kedai tu kan. Siap sekali bunyi-bunyi, ada patung menari bagai. Aku tak banyak jewellery mahal-mahal. Sekadar banyak koleksi brooch pasar malam atau Padang Besaq jaa. Tapi aku suka kalau dapat susun cantik-cantik dalam tempat yang cantik di dalam bilik yang cantik. Yess...aku masih dalam misi nak cantikkan wardrobe dan meja solek ku agar bila aku duduk ja situ, datang feeling macam mak datin atau supermodel. Erkk....hurmm...pompuan kan suka berangan. 







Lagi best kan kalau dapat hadiah jewellery box yang bertingkat-tingkat gini. Hubby, semoga anda faham hint daku. Bagi lah lagi parfume banyak-banyak...yang 100ml pun OK... Chanel pun sedap...haha. Jewellery box plak, bole je nak kasi lagi benda yang sama asalkan different design. Cantik kan kalau letak kat bilik kita....ekekekeke....

Wednesday, July 23, 2014

Aktiviti Tegar Masa Pantang

Masa dalam pantang ni tidak lah rileks sangat. Selain daripada aktiviti wajib orang berpantang seperti mandi herba, makan nasi, berbengkung, lumur minyak angin, berurut, bertungku bla bla bla....kita kena juga banyak peruntukan masa untuk layan karenah si bayi. Kena pulak jenis bayi yang manja bebenor asik minta dipangku aje kan. Asal letak atas pangku, tepuk-tepuk sikit terus pejam mata tidur, tapi bila letak je kat tilam...besar haaa bijik mata dengan mulut dia nganga....adeh.

Tapi dalam sibuk-sibuk tu pun, still ada masa terluang untuk layan internet. Dan untuk pertama kalinya aku menjadi pembeli online tegar. Dalam seminggu mesti ada beberapa kali poslaju datang. Sampai si posmen dah kenal nama bapak aku yang tukang sign amik barang. Siap si posmen tolong tulis nama dan sign...bapak aku cuma sebutkan number ic je sebab yang itu posmen tak hafal. Haha. Dari motosikal sampai ke van pakcik poslaju tu melawat rumah aku. Siap si posmen minta tolong bapak aku pick up kan barang untuk jiran kami lagi...hamboi...amik kesempatan plak kan.

Aktiviti ini bermula sejak adik gegirl aku balik masa awal aku beranak ritu. Dia start membeli, maka aku pun follow. Sesungguhnya, tak dapat nak digambarkan betapa nikmat rasa tertunggu-tunggu orang poslaju datang, then bila datang, betapa nikmatnya dapat parcel kat tangan.....dan sungguh nikmat nya bila dapat bukak parcel dan pegang benda yang sebelum ni kita sekadar yakin untuk beli menerusi gambar di internet sahaja kan. Peeerrrgghhh.....hanya yang pernah rasa jer tahu nikmat tersebut.

Sebelum beranak, aku dok berangan dapat lah tambah simpanan dengan duit gaji yang aku 'yakin' tidak akan terusik banyak sebab aku duduk rumah je kan...tapi hakikatnya...hampeh. Habis serupa tu jugak. Oh suami, mujur lah kamu tak kesah dengan perangai ku ini. Ni sekarang, poslaju dah stop hantar barang sampai lepas raya. Aku dah mula rasa sangap. Lama gak tu...dalam 2 minggu aku kena berehat daripada aktiviti tidak sihat ni. Ketaq tangan weh....

Benda-benda yang aku beli mostly clothes laa....baby wearing gears, cosmetic, barang keperluan ibu berpantang, baju anak-anak, tudung bla bla bla. Mujur Tesco Online tak dak kat Perlis ni, kalau tak, for sure lori Tesco asik keluaq masuk laman rumah bapak aku.

Huhuhuu.....

Sunday, July 20, 2014

Bila Dah Beranak 2....

Rentetan kisah kelahiran baby Hannah dalam posting sebelum ni, actually lepas minom air ostad tu yang untuk pusing baby songsang, apa yang aku alami adalah, terus baby nak keluar....dan tak pusing pun. Haha. Agaknya ostad tu tersalah baca doa untuk cepat bersalin kot.

Aku menghabiskan keseluruhan tempoh berpantang di Perlis dengan mak ayah. Alyaa dengan rela hati nya aku pontengkan sekolah beliau untuk 2 bulan. Huhu... Berpantang kali ni tak sama seperti yang 1st dulu. Bertunku dan berbengkung agak limited disebabkan cser. Awal-awal tempoh pantang aku pakai strap on binder jek, dah hujung-hujung baru start pakai bengkung tradisional tapi kejap-kejap je sebab....aku lagi suka pakai yang binder tu. Hehe. Pemakanan memang mak ayah aku jaga strict laa. Nak keluar rumah pun mak aku menjeling jek kalau tak ada keperluan terdesak seperti nak gi check up mommy or baby. And now, dah hujung-hujung pantang, membuak-buak laa rasa tak sabar nak tamatkan tempoh ni kan.

Hannah plak, dah sebulan lebih ni, ramai yang komen bile tengok dia.....waa...besar dah...berisi nyaa....gedebab! Ooppss....adakah salah ibu menyusukan?? Dia lahir dengan berat 2.9kg. Kakak dulu 2.8kg....beza 100g je korang berdua...tapi nampak macam tumbesaran adik lagi pantas jek. Huhu.

Alhamdulillah, Hannah tak der demam kuning. Darah dia clear....tapikan....dia punya kekerapan berak kencing memang mantap. Dalam minggu pertama dan kedua aku rasa sehari boleh cecah 20 keping diapers kot dalam sehari. Dan sekarang dah makin berkurang lah kekerapan tu. Huhu...

Hannah punya rutin tidur masih tak tetap. Ada hari dia berjaga malam, ada hari dia tidur elok jaa malam. Tapi baru-baru ni, dia pesen tidur banyak pagi sampai petang. Then dari lewat petang time orang berbuka puasa tu, dia start berjaga sampai average pukul 2pagi. Hari-hari mama kena tidur lewat layankan Hannah nak minum, berak, kencing, minum lagi, berak lagi.....berulang-ulang sampai Hannah mengantuk balik. Adey laaa.... Yang tak tahan tu, time ayah dia balik cuti kat kampung, elok plak dia tidur banyak belah malam. Isk isk....hancur laa harapan mama nak minta ayah dia berjaga full time memalam untuk jaga Hannah. Tu lah, niat tak baik terus tak tertunai. Ekekeke.

Si kakak plak, penerimaan terhadap si adik sangat mengujakan sampai kan kalau boleh nak adik sentiasa berjaga je untuk main dengan dia. Kekerapan dok pegang-pegang dan cium-cium adik tu tak terkira lah. Minta nak angkatkan adik lah bagai. Kalau adik nangis, dia dulu lah yang pertama sampai untuk pujuk-pujuk adik. Sayang sungguh dia pada adik. Tapi, sejak mama banyak fokus kat adik, kakak banyak terbiar sket. Kesian. Mujur lah sekarang kat kampung ada tok wan, tok mama, mak ngah dan pak ngah dia, so banyak orang lagi boleh tolong layankan dia. Tapi as mama, aku rasa tak best. Rasa bersalah tak boleh nak fokus 100% kat kakak macam sepanjang 5 tahun lepas. Kadang-kadang, bila 2-2 dah tidur, baru lah mama dapat datang tidur sebalah kakak, peluk-peluk cium-cium kakak. Sedihnya. Kakak Alyaa pun cakap, mama semakin garang. Aiiyaaa....semoga daku mampu menjadi mama yang baik dan lembut dengan anak-anak. Amin.








Thursday, July 17, 2014

Kelahiran Baby Hannah

Alhamdulillah. After more than a month, now baru nak cerita pasal adik Hannah. My second princess, safely arrived on 12 June 2014 at Kedah Medical Centre thru emergency cser. Kenapa emergency? Sebab planned date asalnay 17 June baru nak cser....tapi dia nak keluar awal plak. Tak sempat mama mamam beberapa makanan yang dok teringin nak makan bila balik kampung. Hehe.

Sebelum tu, last check up mama dengan Dr Seri di PCMC adalah pada week 36. Masa jumpa ni, position baby still breech since 27 week. Tak berubah pun. So, doktor advice for caesarean lah. Doktor ada juga cakap, kalau nak jugak try normal birth, kena discuss dengan doktor yang sanggup sambut baby thru bontot dulu lah, atau pun try pusing baby dengan doktor yang pandai. Aku terus cakap tak nak. Caeser pun caeser lah....sebab, sebelum tu aku dah study dan ada jugak dengar sendiri kes tak best yang happened after trying normal birth even dah tau baby songsang dan juga kisah tak best bila gagal dalam cubaan pusing baby dalam perut. Bak kata doktor Seri, target kita sejak dari hari mula tahu mengandung adalah untuk lahirkan baby yang sihat, so better cari jalan untuk kurangkan risiko terhadap baby. Lantak ler orang nak kata aku tak pro gentle birth ke haper....ni dah nasib baby tak mo pusing kepala ke bawah kan.

Memandangkan nak kena caeser, doktor Seri suruh aku balik kampung dalam kadar segera untuk deal dengan gynea kat hospital yang aku plan nak bersalin. Esok nya terus kami sekeluarga balik Perlis. Plan asal nak start cuti week 38 bertukar kepada week 37. Bila sampai Perlis, terus arrange dengan doktor kat KMC. Aku pilih dr Zuraini sebab kakak dulu pun lahir ngan dia. Sempoi je dia. Bila aku cakap baby still breach at 37 week, dia terus gelak dan cakap, OK no choice lah. Jom kita set date bila nak bersalin. Hahaha. We plan to deliver on week 38.

Sementara menunggu hari orang kata, aku pun plan laa nak makan itu ini alang-alang dah balik Perlis kan. Nak laksa, pulut pelam, kuih muih tradisi yang sodap2, buah rambutan, manggis yang baru nak start bermusim....huuu. Tapi tak dan makan pun. Satu hari, bapak mertua aku call minta aku contact sorang ustaz ni dari Kota Bharu untuk dapatkan doa-doa mustajab untuk pusing baby songsang. Aku macam, oookkk ikut je lah walaupun aku dah tak kisah nak kena operate. Lepas call ustaz tu, dia ada cakap lepas minum air yang dia suh aku bacakan doa-doa yang dia bagi, kemungkinan besar aku akan sakit pinggang sebab baby nak pusing. Ok, memang malam tu aku start rasa tak selesa kat pinggang. Sepanjang malam aku rasa pelik. Pagi subuh makin kuat dan kerap. Haisshh......ni dah macam lain macam. Dah sama macam contraction aku rasa masa kat anak sulung dulu. Aiyakk...jangan laa nak beranak dah, husband kat KL lagi sebab dia beli tiket nak balik masa date yang kami plan nak operate tu. Aku dok berdoa je laa, jangan laa nak terberanak lagi. Haha.

Tapi, bila aku dah perati, regular contraction appeared each 15minit...aku dah tak leh ubah takdir. Kalo dok tunggu buat rilek, malam ni maybe baby akan keluar sendiri. Ekeke. So nak tak nak kena laa kemas-kemas bag untuk gi spital. Bila sampai hospital, doktor cek jalan memang dah bukak. So dia kata, kita beranak hari ni lah naa. Haha...maka jadilah emergency caesarean. Alhamdulillah baby lahir sihat, dan kami boleh balik rumah selepas 2 hari di hospital. Kali ni punya kisah bersalin aku dapat lebih lama masa untuk skin to skin contact dengan baby compared to yang 1st dulu sebab masa kakak dia dulu aku dah tak larat nak skin-to-skin contact lama-lama sebab dah letih meneran. Beranak normal kan amik masa lama sementara nak keluar baby tu. Yang kali ni, aku tak letih pun. Hahaha.

Sunday, May 25, 2014

Week 34++

Hari ni Ahad. Sejak seminggu ni pergerakan ku terbatas sebab tapak kaki kiri sakit setiap kali pijak lantai. Sakitnya macam ada tulang kaki lebih yang mencucuk isi tapak kaki everytime aku pijak. Hadoi. Nak pergi kerja pun seksa. So weekend ni memang aku duduk rumah je dediam. Masuk hari ke dua weekend, anak aku dah bising ajak keluar rumah pergi jalan-jalan. Kesian plak dia bosan. So aku paksa dia ajak ayah dia pergi mall dekat ni...walaupun sekadar pergi beli donut JCO favorite dia, at least dapat gak laa dia keluar rumah kan. Tulah akibatnya bila dah ajar anak dari kecik, asal weekend je keluar jalan-jalan. Huhu. So aku tinggal lah sengsorang kat rumah. Then ada masa sket nak update kat sini.

Weekend last week, kawan-kawan sama project datang beramai-ramai ke rumah aku. Sejak aku pindah, memang tak pernah ajak kawan-kawan datang rumah pun lagi. Yelah, lepas pindah, sibuk-sibuk kemas dan penuhkan keperluan asas dalam rumah, then kandungan pun makin sarat plak...so memang tak dak plan apa-apa lagi laa nak buat makan-makan etc. Tapi budak-budak office ni nak jugak datang melawat kan....so aku pun cakap datang lah. Tapi memang tak dak apa-apa persiapan laa dari tuan rumah yang boyot ni. Sebaliknya semua member willing to bring their own food. Buat pot luck gitu. Tuan rumah duduk je dediam...nanti semua tetamu yang uruskan. Macam tu pun ada ek...terbalik. Haha. Tapi alhamdulillah, semua berjalan lancar. Dekat 30 orang gak laa campur ngan spouse dan anak-anak derang. Meriah. Ex-project manager pun datang gak sebab kitaorang rindu kat dia. So special guest jemput lah dia. Kebetulan plak, aku baru dapat tau, yang contract aku ngan project kesayangan ni tak akan disambung lagi selepas tamat tempoh pada end of June. So maknanya, lepas cuti bersalin, terus tak join dah project. So ni kira farewell diri sendiri lah. Sedih. Sedih. Sedih sangat sebab....dah betul-betul nak masuk execution phase, aku plak kena tarik dan diganti dengan orang baru. Rasa macam semua susah payah jerih perih aku sengsorang dari department aku buat kerja kat project tu macam sia-sia sebab...tak dapat continue sampai sanction. Dan tak pasal orang lain plak nak sambung bila sampai part best kan. Hurmm...so untuk mengubat kesedihan, aku terus apply unpaid leave tambah lagi sebulan on top of my maternity nanti. Kalo ikut hati nak je sambung sampai hujung tahun, tapi gaji tak cukup lah plak kalo tak kerja lama-lama. Hehe.

Ok lantak lah part kerja tu kan. Now my maternity plan plak. Aku plan nak minta cuti awal 3 minggu dari due sebab nak balik bersalin di utagha. Cek nak bersalin dekat-dekat dengan mak ayah. Haha. Semoga doktor ku benarkan aku mc awal tanpa sebarang masalah. Pastu balik laa beranak, sambut posa dalam pantang dan beraya dalam pantang di utagha. Sedih part nak tinggalkan husband kat KL ni sorang-sorang. Bulan posa plak tu. Sentimental laa kami nanti. Saling merindu. Anak pun dah sebut-sebut nanti dia mesti rindu ayah dia. Nak bawa balik kain pelikat ayah ke kampung, kalau rindu nak cium kain tu. Ekekeke. Mujurlah rumah kami dekat benar dengan umah parents in law. So masa puasa, sahur apa bagai, husband bole tumpang makan umah mak dia laa....hehe. Masing-masing balik jadi anak mak balik k.

Ok, dah tengah hari, aku ngantuk. Bye.

Wednesday, March 5, 2014

Week 23 sudah.

Alhamdulillah, kandungan ini sudah masuki usia 23 minggu. Pantas. So far so good. Kakak hari-hari usap perut mama dan tanya pasal adik. Kakak sangat teruja menanti kehadiran adik. Mama dengan ayah jugak. Alhamdulillah, semoga semuanya berjalan lancar dan selamat.

Sekarang, masa untuk mencari semula senarai barang keperluan bayi baru lahir. Saya sudah blur. Haha. Last week, sengaja ikut kengkawan pergi Baby Expo kat KL Convec. Sumpah saya tatau nak appreciate lagi. Haha. Lagipun masih awal, sengaja amik mood dan survey latest design untuk barangan baby. Dan memang mak blur.... Sekarang baru nak cari list, then baru nak tapis apa benda yang masih ada dari barangan lama kakak. Rasanya hanya 20% je kot barang kakak yang boleh diperturunkan kepada adik terutama barangan besar-besar dan mahal-mahal.


  1. Katil baby dan tilam.
  2. Baby rocker.
  3. Car seat (newborn & todler).
  4. Stroller....hurm...ni kena cek integrity dulu sebab kakak still guna stroller until now...and i believe she will continue using it tatau sampai bila. Kalau jalan-jalan shopping ke, kalau dah berjam-jam berjalan, memang lah sapa pun tak larat, so kakak memang akan continue guna nih. Nanti kalau ada adik camne ek, tak kan nak ada 2 stroller? Hurmm.... (bapak kena pikirkan!).
  5. Breast pump...ni kena cek segala accessories yang mana patut tukar....dah 4 tahun lebih terbungkus daa...


Tu je kot barang kakak yang masih ada. Yang lain, insyaAllah kena beli baru. Baju kakak zaman baby memang dah buruk benar dan yang elok pun mama dah bagi sedara mara. So memang kena start beli balik laa...best best. Hahaha.

Set bersalin dan plan berpantang, insyaAllah sama je as per kakak dulu. Mama plan nak deliver kat Kedah, then berpantang dengan mak ayah kat Perlis. Set bersalin, setia dengan NR.....huuu....tak sabar nya nak shopping barang baby. Next week berdebar nak start check up kat PCMC. Dah nak masuk 6 bulan baru dapat buat appointment dengan doktor Seri yang glamer tu. Adeh. Start dengan detail scan plak tu. Saya cuak.

Tuesday, January 28, 2014

Demam Selsema




Anak baru baik demam dan selsema...kini suami plak ada simptom selsema dan nak demam selepas beberapa hari dia asyik travel sana sini. Adeh. Mama jangan demam eh pasni....

Next week birthday dia.....tak dak idea....adeh.

Semoga cepat sihat dan semua orang sentiasa sihat-sihat sahaja. Amin.

Monday, January 27, 2014

Hari Minggu Berdua Bersama Anak.

Hari Khamis yang lepas, husband kena outstation ke KK. Tinggal aku berdua je ngan anak. Hari Khamis tu dia kena selsema dan demam sikit so decide antar ke rumah nenek dia. Dia tak nak gi sekolah. Hari Khamis tu maka bermulalah malam pertama aku ngan anak tidur berdua je kat rumah tu. Huhu..cuak ada gak tapi ku kental kan hati sebab tak nak pegi tidur rumah in-laws. Haha. Alhamdulillah tak jadi apa-apa dan semuanya ok-ok saja sampai lah husband balik hari Sabtu.

Hari Jumaat aku amik ‘emergency leave’ sebab demam anak tak hilang-hilang. Nenek dia busy kalau hari Jumaat so aku tak nak lah menyusahkan dia  untuk tengokkan si anak. Lagipun, kerja aku kat office tengah lengai, boleh lah bercuti. Si anak pun boleh lah tidur berehat sepuas-puasnya. Best dok umah ngan anak je. 2 hari suntuk masa untuk kami berdua sahaja. Aku tak berapa larat nak mengemas rumah bagai, so banyak masa layankan untuk anak je. Hehe.

Dari pagi, masakkan untuk dia. Mandi kan dia. Siap join dia mandikan baby doll, siapkan baby doll….pastu dia kata baby doll dia lepas mandi pun asik pakai baju yang sama je. So aku pun offer buatkan baju simple untuk baby doll dia. Haha. Gigih je kami dua beranak kan. Bila bosan, kami gi shopping. Boleh plak aku round satu mall Aeon Big tu dari rak ke rak dengan dia sampai dia yang berkali-kali ajak balik sebab katanya lama sangat kita shopping. Hahaha. Selalunya aku yang suka ajak balik awal sebab tak larat nak berdiri lama-lama. Alang-alang dia dah temankan aku pusing semua rak, aku pun belikan set masak yang baru. Excited kemain. Sama je mak ngan anak. Sampai umah, aku excited nak masak lepas shopping barang-barang dapur, dia plak excited nak main masak-masak dengan set baru tu. End up, kat dapur tu, aku ngan dia sama-sama sibuk ‘memasak’. Dia dengan set dia, potong-potong sayur ikan bagai, aku ngan ikan sayur aku. Tapi bila dia tengok mama nyer ikan ngan sayur lagi real, dia plak nak nyibuk sama. Haha…bagi je laa dia chance main ikan sampai lembik. Biar dia bau sendiri, best ke tak bau hanyir ikan tu. Pastu, suruh dia asingkan kepala bilis. Dah lepas dah buat keje ni anak dara tu. Then dia nak offer basuh pinggan plak. Habis bersepah sabun ngan air melimpah-limpah haa….tak pasal kami gaduh. Tapi bila tengok dia teruskan basuh pinggan sambil nangis-nangis lap air mata, aku plak yang sayu. Hahaha. Sama-sama minta maaf then continue kecahkan dapur. Kalau ayah dia ada ni, siap haa..…jangan harap laa ayah nak bagi peluang camni. Dengan mama je bole main-main gini. Kalo dengan ayah, nak masuk dapur basuh tangan sendiri pun kena ayah temankan.  Hahaha…aku dera anak kah.

Bila time santai, kami sama-sama tengok tv, menari gelek-gelek nyanyi-nyanyi siap rekod nyanyian masing-masing kat telefon pastu gelak-gelak. Pastu sama-sama color gambar kartun kat coloring book dia. Kebetulan dia jumpa coloring book Pooh mama masa mama kat Kertih dulu, tengok hasil mama dia color yang ‘cantik’ itu…lagi laa dia teruja nak color macam mama. Hehe….mama dia ni memang suka aktiviti melukis, mewarna bagai ni…sampaikan dah kahwin pun aku ada coloring book lagi untuk lepas gian. Mujur husband boleh terima perangai bini dia ni. Kekeke….so bila anak dah besar ni, best plak kongsi hobi sesame. Nanti leh ajar dia jahit manik plak ke kann…ecececee….

Bila petang plak, kami keluar jalan-jalan pusing taman. Main playground. Best-best. Memang 2 hari tu spend masa dengan dia je. Then, hari Ahad, ayah dah ada kat umah, ayah bawa dia beli basikal plak. Mama berjaya suruh ayah belikan basikal dewasa gak supaya senang nak ikut anak naik basikal nanti. Yeah….suka riadah. Tapi tatau laa bila nak start sebab weekday balik rumah pun dah lewat….weekend  je lah harapan.

Selepas 3 hari spend masa ngan anak bersungguh-sungguh, patutnya hari ni Isnin aku boleh bekerja dengan puas hati. Tapi…hurm…tragedi pagi tadi membuatkan aku rasa tak best dan bersalah sangat. Husband pun nampak jelas yang dia pun tak puas hati dengan diri sendiri. Sebabnya, Alyaa jatuh katil masa tengah tidur pukul 2.30am. Arrgghhh….benci laaa kejadian camni. Ntah dah kali ke berapa daaa sejak dia kecik. 2 malam tidur ngan aku berdua je tak der plak dia tergolek ke haper, tapi malam tadi, dia tidur ngan kami kat tengah-tengah, then bila ayah dia bangun pegi toilet, tup tup aku dengar gedebuk and suara meraung. Tengok-tengok anak dah kat bawah katil. Sedih sangat. Dah laa katil tu tinggi dari katil biasa….adeh….frust. Husband plak pukul 5am dah kena gerak pergi airport sebab nak kejar flight pagi, end up aku sedar semula pagi ni pukol 8am OKkkk……hanya Tuhan je yang tau betapa kalutnya pagi ku…..anak pun lewat gi sekolah…hadoi!!!

Thursday, January 16, 2014

Kehamilan ke 2 dan anak pertama.



Anak sulong aku dah nak masuk umur 5 tahun. Maknanya dah hampir 5 tahun aku dan husband tumpukan perhatian hanya pada dia. Dari dulu lagi sejak kelahiran si kakak, aku selalu terfikir, mampukah aku menyayangi anak-anak selepas ini sama macam anak sulong? Adakah dengan kehadiran anak seterusnya akan mengurangkan perhatian aku pada si kakak? Aku sangat takut dan tak yakin akan dapat memberikan perhatian yang sama kepada si sulong andainya ada adik baru….oh, my bad.

Apabila si kakak dah makin membesar dan pandai bertanyakan kehadiran seorang adik sebagai teman bermain, aku mula terfikirkan keperluan untuk si kakak yang mahukan teman bermain. Memang lah sebelum ini aku dan husband mengharapkan kehadiran orang baru, tapi kami hanya menyerah pada takdir.  Apabila si kakak hari-hari menyuarakan persoalan pasal adik dan dia juga hari-hari tak putus berdoa agar dikurniakan adik, aku mula rasa bersalah kerana tidak berusaha sungguh-sungguh. Sejak itu, aku tingkatkan berdoa agar Allah murahkan rezeki kami. Alhamdulillah, doa kami makbul. Si kakak sangat excited.

Tapi apabila aku mula mengalami alahan, aku dah tak larat nak menguruskan aktiviti harian seperti biasa, aku rasa bersalah kepada si kakak. Si kakak pun kerap bertanya kenapa mama asyik muntah dan tak larat. Boleh dikatakan hampir 80% pengurusan si kakak dilakukan oleh si ayah. Mama rasa makin jauh dengan kakak. Sedihnya…..ini lah yang mama sangat tidak mahu hadapi. Terfikir jugak, adakah orang lain berperasaan begini?

Walaupun kehadiran si adik sangat dinantikan, tapi aku terfikir mampukah aku sayangi si adik sama seperti si kakak? Jahatnya aku….tak baik bezakan kasih sayang antara anak. Yes, aku kena sayang semua anak-anak sama rata.




Macam mana korang atasi rasa bersalah pada anak pertama ek….huhu. Tapi, aku bertuah kerana, bila aku suarakan pada anak aku yang mama minta maaf sebab mama tak larat etc...dia pandai pujuk. Dia kata mama rehat je la, mama kan bawa adik baby kat dalam perut. Oh, terharu sangat dengan pemahaman dia. Semoga dia menjadi kakak yang terbaik dan kakak tetap paling istimewa sebagai anak sulong. Setiap anak ada keistimewaan masing-masing kan.

We are welcoming you adik baby.... :)

Friday, January 10, 2014

I'm Expecting!


Alhamdulillah, after a few years of waiting…now I’m 15 weeks pregnant.

We are happy family!

Ayah, Alyaa dan Mama sangat gembira dan ternanti-nantikan adik baby.

Semoga Allah mudahkan segala urusan dan perjalanan harian kami. Amin.

Alhamdulillah juga pregnancy kali ini aku tidak mengalami alahan seburuk yang pertama. Actually sama sahaja cuma kali ini aku lebih bersedia dan lebih yakin untuk mengawal keadaan. Berat dah turun 6-7kg. Tapi taka da kena tahan wad. Masa Alyaa dulu, 3 x kena tahan masuk air….adeh.

Alhamdulillah.

Fasa ni dah berlalu.....alhamdulillah.

Thursday, January 9, 2014

Idea Bayangan....Home Deco!

Decoration rumah tak der laa siap sepenuhnya lagi. Masih banyak kekotak dan beg-beg besar yang belum dipunggah. Most of the kekotaks tu datang dari Kertih dulu haaa….3 tahun tertanam dalam kotak tak terusik. So bila nak memunggah tu memang slow laa sebab nak kena tapis yang mana masih boleh di pakai dan yang mana perlu di lupuskan. Dah laa kesan tenggelam banjir plak tu kan. Haaa….hazab gak tu nak mengerjakannya.


So just nak share idea deco yang kami cuba aplikasikan….ahikss…aku share ID drawing je lah ek.....kecuali dapur sebab tatau ke mana dah drawing dia.....kalau nak tengok keadaan sebenar, jemputlah datang rumah den....kikiki.

Living and dining area.

Master bedroom.

Kitchen. Aku tak der wet and dry....semua kat sini je.



Officially Pindah!

Alhamdulillah, selepas 3 tahun berhijrah ke KL, kini kami dah boleh menetap di rumah sendiri. Sebelum ini kami tinggal dengan mak dan abah suami. Huuu….best nya. Walaupun rumah tengah berselerak dan penuh kotak-kotak sana sini, tapi perasaan tu…sukar digambarkan. Hehe.

Ambil kunci bulan Julai tahun lepas, masa bulan puasa. Target nak masuk raya haji. Tapi end up, awal tahun ni baru dapat pindah masuk. Sabtu yang lepas bersamaan 4 Januari 2014, kami buat bacaan doa dan bacaan ayat suci al-Quran berjemaah untuk masuk rumah baru  bersama-sama Jemaah bebudak tahfiz yang di’arrange’ oleh abah mertua.
Mulanya saya plan nak update semua pasal progress renovate dan perpindahan kat blog ini. Tapi atas sebab beberapa factor dan keselesaan diri, rasanya biarlah semua kisah dan pengalaman tu berada dalam catatan peribadi kami je. Hehe.

Progress nak pindah tu delay beberapa bulan atas sebab beberapa factor yang tak dapat dielakkan. Kami guna banyak contractor, so nak manage satu-satu tu perlukan lebih masa. Nak kena arrange sequence siapa patut buat kerja dulu. Then contractor cabinet plak fabrication yard dia penuh, kena tunggu turn lagi. Kami juga tak banyak cuti jadi most of the works are done during weekend je. Cuti umum pun banyak…..maka, delay lah jawabnya. Tapi tak per, kami pun tak der nak rush berpindah. Even sampai ke hari ni pun, masih ada barang kami yang belum habis di angkut ke rumah baru. Sedikit demi sedikit.
Rutin harian pun dah berubah. Balik kerja, singgah rumah parents in law untuk amik anak sebab atok dia yang akan amik cucu dari sekolah dulu. Then baru balik rumah sendiri. Ok lah tu, hari-hari masih ada masa menjenguk mak dan abah. Tidak lah mereka kesunyian sangat. Rumah baru masih tak ada tong gas, so masih belum ada aktiviti masak memasak. Tunggu lah sehingga settle mengemas, baru kita fikirkan pasal masak memasak dan nak kecahkan dapur. Hahaha. Alasan sangat kan.

 Just nak share kerja renovasi yang terlibat dan contractor yang kami gunakan.

ID Design: Sky Creation. Company asal dari Singapore. Kebetulan kami ada subscribe pakej promosi pembukaan syarikat ni di Malaysia during Homedec. Setahun gak peram subscription tu. Mujur masih valid. Haha. Kami amik 3D drawing untuk living/dining area, kitchen and master bedroom je. Dia ada jugak bagi quotation kalau skali siap dia contruct semua. Tapi….harga Singapore….haha….so we stick to original plan iaitu nak pakai design dia je. Skali design je terus kami puas hati. Kena dengan concept yang kami nak iaitu resort style and modern.

Wiring, piping, cat, pasang tile kat store dan foyer, dan segala hardworks: Kerja-kerja berat dan comot ni kami gunakan service Uncle Thomas iaitu contractor yang renovate rumah PIL dulu. Mulanya macam susah nak paham cara uncle ni kerja, tapi end up….sangat reliable. Cakap je apa nak, semua dia settle kan dengan tak banyak songeh.

Grill: Kami guna Sky Steel kat Tanming Jaya. Jumpa contractor ni masa dia buat promosi kat expo home deco gak kat Putrajaya. Kebetulan kilang dia dekat je dengan rumah. Kami juga minta contractor grill yang buatkan grill rumah PIL dulu quotekan harga untuk benchmark. Harga yang both contractors ni quote untuk design yang sama adalah sama lebih kurang. So proceed je lah dengan Sky Steel. Orang nyer pun senang kerja.

Tinted: Yang ni memang aku gamble je google kat blog orang. Ada 2 blog yang promote pakcik ni. Rosdi Omar, Bio Cool Tint. So try je call nak minta quotation. Member pun ada suggest 2 lagi contractor tinted. Dalam 3 orang contractor ni, si Rosdi ni je yang reply balik untuk datang tengok rumah kami. Senang kerja ngan dia. Dia datang, bagi quotation, agreed…then terus set date untuk datang pasang. Sehari je siap. Dia sorang plak tu kerja. Harga pun ok. Kualiti tinted pun ok.  So far tak ada gelembung udara. Dah lah umah aku tu banyak cermin daripada dinding. Aku tak der benchmark harga tinted tapi testimoni dari blog-blog yang aku jumpa semua kata harga dia ok.

Curtain/wall paper/photo mural: Yang ni aku tanya pendapat member dan senior yang dah selamat berpindah rumah. Lepas study serba sikit, kami plan nak guna contractor plus consultant sebab…kalau nak pergi pilih, beli sendiri kain then hantar upah jahit…..nak pikirkan design and material etc…macam tak cukup masa, tak cukup tenaga, tak reti sangat dan…..harga pun tetap tak lari banyak. Survey ada buat kat Kamdar (masa mak aku nak tukar langsir kat umah dia), Macy, dan Tewah. Study gak kat blog orang. Tanya gak pengalaman member yang pernah survey Jakel, Nagoya etc….and derang suggest pakai je service yang ada consultation seperti Elyza tu. Tapi kami tak pergi Elyza sebalik nya di promo oleh seorang kenalan yang baru pindah rumah gak untuk try Laurea Home Deco. Kebetulan akak ni punya kakak ada buka cawangan Laurea kat Saujana Impian. Dekat dah tu dengan rumah kami. So pergi je lah situ. Mudah deal ngan akak ni. Tak reti pilih suruh je dia suggest. Hahaha. Senang kepala otak kami. 2x visit je ke kedai dia then terus settle.

Kitchen cabinet/tv cabinet/wardrobe: Yang ni kami survey banyak lah jugak. Setiap kali homedec selama 3 tahun tu memang tak penah miss. Google kat blog orang dan tanya pengalaman member. Hasilnya kami memilih Intech Kitchen kat Semenyih. Harga dan kualiti berpatutan. Tunjuk je drawing ID, dia kata bole buat tak ada masalah. ID consultant tu quote kami untuk buat living/dining area dan master bedroom sahaja tu sekian amount. Tapi si Intech ni quote kami same amount untuk the whole rumah (living room tv cabinet, master bedroom tv cabinet, bed panel, kitchen cabinet, wardrobe untuk 3 bilik). Ko bayangkannnn….. Tapi kami tak letak expectation yang tinggi lah sebab harga dia jauh sangat beza. Tapi kesudahan nya, Alhamdulillah……puas hati. Urusan semua pun senang. Tak ada masalah komunikasi.

Sliding door pemisah dapur dan dining area: Design asal rumah ni macam ala-ala open kitchen macam condo design. Main entrance pun jumpa dapur dulu. So kami decide nak buat sliding door untuk pisahkan ruang. Segan lah plak bila tetamu datang nampak kita dok joget kat dapur. So kami pilih RelianceHome. Kebetulan jumpa company ni masa Homedec October ritu. Kami berurusan dengan Sg Long branch. Dalam banyak-banyak contractor, yang ini laa yang ada sket songeh. Seorang uncle tua yang emo. Ada ke patut, dia tak reti cari rumah kami, dia nak marah kami. Hahaha. Tapi husband aku layan je atas alasan…uncle tu dah tua…hahaha. Progress memang slow sebab dia kata banyak order. Tapi Alhamdulillah, dah settle pun. Hasil pun sangat ok.

Laminated Flooring: Yang ni memang tak ada survey. Decide nak pakai Floor Depot sebab….ntah…banyak iklan dia kot dan PIL pun guna service yang sama. Tak banyak songeh gak. Buat deal masa Homedec. Service dan hasil pun ok.

Pest Control: Kami guna service Rentokil. Reason sebab, company ni je yang kami tau dan glamer. Haha. Also deal during Homedec. Contract untuk 5 tahun. Semoga tiada serangga yang tidak diingini. Reason buat pest control ni cecepat sebab rumah tu banyak guna kayu dan dah ada kesan anai-anai kat laman bila aku letak kotak kertas kat rumput dalam beberapa hari je…dah bersarang kat situ haaa….so mencegah sebelum terlambat.


Ok, tu je kot. Nak tunggu semua ni siap memang lama iaitu since Ogos sampai hujung December. Kalau sesiapa nak tanya contact mana-mana contractor yang tersenarai kat atas tu, sila laa tanya ek. Total expenditure…hurm.…lari budget asal sebab….rumah ni banyak tingkap so grill dan curtain macam double dari rumah teres biasa. Budget untuk lampu kipas pun lari 2x ganda. Ceh…tapi overall Alhamdulillah, still manageable. Perabot kami tak complete lagi sebab………..….kena tunggu next allocation. Huuu.
 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template