Thursday, January 24, 2013

I Really Miss Him....

Tatkala nama mu disebut-sebut, dipuja-puja sempena ulang tahun malam kelahiran mu, minda ku cuba mengingat kembali sejarah hidup mu dan perjalan perjuangan mu di kala hayat mu...terlalu hebat dan terlalu sukar...

Tatkala aku membaca kembali amanat terakhir mu, aku insaf. Aku sudah jarang mengingati mu seperti dulu. Sepatutnya setiap pesanan mu itu harus ku amalkan sebaik mungkin dan sebarkan kepada seramai mungkin.

Tatkala menghayati kembali saat-saat terakhir sakaratul maut yang engkau hadapi, MasyaAllah, air mata ku tak mampu tertahan. Semua orang menangisi permergianmu. Ketika malaikat Jibril menceritakan kenikmatan yang bakal kau tempuhi selepas ruh mu diangkat, kau langsung tidak teruja. Malah kau lebih bimbangkan nasib umatmu......terutama umat di akhir zaman.....bibirmu masih mampu menyebut ummati....ummati....ummati.....

Jibril berjanji, umat mu adalah yang terdahulu akan masuk ke syurga sebelum umat-umat lain menjejak kaki mereka. MasyaAllah...satu pengiktirafan yang besar buat umat akhir zaman.

Aku benar-benar merinduimu....
Aku benar-benar berharap dapat menatap wajahmu...
Aku benar-benar berazam untuk menjejak kaki berziarah dan berdoa di masjid mu....
Aku benar-benar berharap untuk mendapat syafaat mu....

Ya Rasulullah saw.....aku rindu padamu....

Salam Maulidur Rasul~

Sunday, January 20, 2013

Oh, My Bad!!

Pagi Jumaat lepas, aku kejutkan anak pagi-pagi macam biasa untuk ke sekolah. Bila bangun jek dia menangis sungguh-sungguh tak nak pergi sekolah. Merayu bagai....Alyaa tak suka sekolah. Alyaa nak duduk rumah. Alyaa tak nak pergi sekolah. Tak suka, tak suka, tak suka! Meraung kuat-kuat.

Puas pujuk elok-elok, tak jalan. Lagi kuat dia meraung adalah. Bila dah bising-bising tu, of course lah nenek dengan datok dia pun masuk campur. Nenek dengan datok dia memang akan menangkan cucu lah kan. Budak tu buat batuk skit je, terus tak payah gi sekolah. Dan pagi tu aku memang marah sangat-sangat . Sampai tahap aku tak leh cakap dan pandang muka anak aku sebab rasa nak penyek-penyek jek. Astagfirullahal'adzim. End up aku terus masuk kereta je lepas siap-siap. Biar husband aku yang setel kan budak tu dan datok nenek dia.

Dan, memang sah-sah lah budak tu berjaya untuk tak ke sekolah. Suka amat dapat duduk rumah dengan nenek dan datok dia. Malam tu bila balik rumah, aku still rasa marah ngan Alyaa. Bila nampak jek aku, dia terus terkam minta maaf. Tapi aku tetap rasa geram dan malas nak layan budak kecik tu. Dia request nak makan dengan mama pun, aku tak cakap apa-apa. Nangis-nangis dia bila mama tak nak layan dia. Kejam nya aku.

Aku pun tak tahu kenapa aku harus marah kat budak kecik tu. Padahal dia budak kan. Belum pun 4 tahun. Belum pun wajib ke sekolah. Tapi, entahlah....maybe because of some hidden reason, I cannot control myself and lepaskan rasa marah pada dia. Or maybe aku tengah marah orang lain....atau syaitan terlalu kuat mengapi-apikan aku. Then, lepas husband nasihat, mak aku pun nasihat, aku rasa bersalah sangat pada Alyaa. Menangis-nangis kami bermaafan. I LOVE U darling....

Mama minta maaf sebab mama marah Alyaa lama-lama. Mama dah buat Alyaa menangis dan sedih sebab mama langsung tak nak peduli bila Alyaa panggil mama. Malam tu sampai panas-panas badan budak tu agaknya sebab banyak nangis sedih dengan mama.....tapi mujur tak jadi demam. Mama janji, tak nak marah anak mama macam tu lagi. Ayah kata, lain kali kalau nak marah pada Alyaa, marah jek kat ayah, asalkan jangan marah Alyaa macam tu lagi. Huhu....ok, ada orang offer diri untuk jadi sasaran mama....kuang kuang kuang.

Serius, aku menyesal dan tak nak buat lagi. Sayang Alyaa!!
Kalau Isnin ni dia masih tak gi sekolah, mama nak senyum jek. Awak tanya je atok ngan nenek awak k. Ikut je apa derang kata. Mama sayang Alyaa. Hoho...

Ultraman....mama

Senget pun senget lah

Friday, January 18, 2013

Bila Nak Pindah Daa...

Nak pindah!
Nak pindah!
Nak pindah!

Aku rasa aku dah gila...selepas lebih 2 tahun duduk ngan mertua.

Aku GILA!

Cepat laa dapat pindah.

Kalau boleh nak pi kerja offshore kat Sabah.

Tak mau dok KL.

Aku dah GILA!

Sunday, January 13, 2013

Sesi Terjah....

Haritu aku cakap dah tak ada mood nak excited pikirkan nak masuk rumah baru. Tapi hari ni mood tu datang berkobar-kobar kembali. Hahaha.... Tadi masa balik dari beli barang, terperasan ada satu family tengah menjengah kat area rumah baru tu. So aku pun suruh husband usha kalau line clear untuk gi jengah sekali. Main entrance ke kawasan tu dah clear. Kitaorang pun masuk menonong. Usha kawasan sekitar, rumah kelab dan swimming pool. Pastu perasan rumah yang depan sekali pintu terbuka. Agaknya ada kontraktor nak buat kerja kot. Apa lagi...terjahhh.....!

Haha...heksited hokey. Sebab nya ni lah kali pertama nak tengok rumah tu macam mana. Sebelum ni tak ada idea langsung. Setakat tengok layout plan dan of coz tak leh nak feel kan. Luas ke sempit, tinggi ke rendah. Sekali bila dah masuk yang sebenar, baru dapat feel sebenar. Tapi itu bukan rumah kami la. Rumah kami jauh di belakang. Tapi design yang sama. Suka-suka!

Sekarang dah dapat banyak info untuk berangan. Yeay! Puas hati tengok saiz dapur sebab luas dan boleh design kitchen cabinet besar skit. Sebelum ni kami imagine kecik jek. Pastu tanah kat depan dan belakang rumah pun besar lah jugak. Sebelum ni imagine sekangkang kera betul2...tapi tengok yang sebenar boleh lah 3 kangkang manusia lebar nya. Hahaha. Husband terus cakap dia boleh letak gazebo....hahaha.... Tapi tak best bila tengok ruang untuk dining adalah kecik sebab sekali dengan living room. Hurm, kena minta uncle Kent design betul-betul bagi nampak luas. Master bedroom pun macam kecik...tidak seperti yang dibayangkan selama ini. Kalau buat walk-in wardrobe macam akan mengecilkan ruang tidur jek....ades...kena suh uncle Kent design bebetul nih.

Jom layan gambar...walaupun unit ni rumah orang tapi apa salahnya berangan kan....hahaha.

Ni patutnya laman belakang tapi ini adalah main entrance....umah style masuk ikut dapur dulu daaa....

Living room....nanti facing tasik...yeya!

Dining area....dan tangga ke atas. Macam kurang berminat dengan hand rail tangga ni....

Laman depan....

Dapur.

Dapur lagi....dia pasang tile sampai siling. Huhu...

Bilik air bilik bawah. Dah cantik pun.

Ini bilik kat bawah...besar...boleh buat bilik tamu.

Tanah depan rumah....tempat husband aku nak letak gazebo kononnya....Aku plak tengok macam sesuai nak tanam sayur ni.

Tangga ke atas.....ada tingkap lagi.

Tingkat atas.
Family area tingkat atas.

Bilik air dalam bilik atas. Siap ada cermin divide tempat mandi. Jimat duit tak payah beli dah.

Ini bilik tidur lagi. Kecik sket yang ni.

Ini bilik ke-2....besar....boleh buat bilik anak aku.

Bilik air master bedroom.

Bilik air master bedroom lagi. Dia dah buat cantik, sayang lah plak kalau nak pecah....sebab...teringin bilik air macam kat hotel. Hahaha....berangan itu free kan~

Master bedroom....aku imagine lagi besar...tapi boleh lah nak main kejar-kejar suami isteri. Hohoho

Balcony at master bedroom.

Master bedroom....ruang kecik tu bole ke convert tuk walk-in wardrobe ekk....hurmmm.....
Master bedroom lagi.

Parking area...share dengan owner rumah kat atas. Owh, ini adalah townhouse...unit kat atas ada owner lain. Kami nyer unit bawah sebab nak tanah. Huhu.

Ni jer pintu pagar rumah kami....comel kan....

Tanah depan rumah yang panjang.

Swimming pool dan rumah kelab.

Antara row setiap rumah ada taman....hehe.

Jom, sambung berangan....muahaha.

Kematian


Weekend ni ada 2 kematian yang melibatkan sedara terdekat. Pagi semalam semasa tengah berborak dengan mak di telefon, adik lelaki ku khabarkan bahawa saudara kat rumah (ayahku ngan ayah si mati adalah sepupu), maka si mati adalah duapupu aku...telah meninggal awal pagi semalam. Arwah meninggal akibat kemalangan jalan raya, kereta termasuk dalam sungai Tambun Tulang......so dia mati lemas. Umur arwah 43 tahun, meninggalkan 3 orang anak. Al fatihah.

Pagi tadi plak, mak aku telefon bagitau yang ayah adik ipar aku meninggal dunia di hospital disebabkan tekanan darah tinggi dan mungkin masalah jantung. Arwah dimasukkan ke hospital pada hari Sabtu dan sempat semalam di hospital, terus pergi mengadap Ilahi. Arwah seorang yang disenangi semua orang. Adik aku yang baru 4 bulan lebih bergelar menantu arwah sempat jugak rapat dan kerap bersama-sama arwah buat macam-macam aktiviti. Dan kini, arwah dah tiada.

Kedua-dua kematian ini adalah mengejut. It just like, baru semalam berborak bagai, tiba-tiba hari ni dah meninggal....sungguh kematian itu dekat dan rahsia Allah. Semoga arwah berdua ditempatkan dikalangan hamba-Nya yang solehin. Dan semoga kita mendapat pengakhiran yang baik. 

Al-fatihah.

**Sedih tak dapat balik rumah untuk ziarah. Nih antara reason tak best duduk jauh dari family. Uhuk.

Friday, January 11, 2013

Ingatan....

Nak jadi romantik tak semestinya dengan sejambak bunga ros dan kata2 puitis mendayu-dayu.

Hari ni, dia bagi saya sebiji mug dengan belikan majalah untuk saya baca masa weekend. Takut saya kebosanan sebab esok Sabtu tak boleh g jalan2 sebab ada himpunan tu.

Saya tak minta pun. Tapi dia faham. Saya penah cakap kat office baru tak ada mug sendiri sebab belum angkut barang dari office lama. Dan hari ni dia belikan.

Saya terharu. Tak semestinya hadiah mahal. Tapi yang penting ingatan dan dia faham apa keperluan dan kegemaran saya. Persefahaman.....memahami....itu penting. Semoga saya pun boleh lebih memahami dia sedalam-dalamnya

Saya sayang dia. Alhamdulillah.

Tuesday, January 8, 2013

Finally...dah dapat workstation!

Yeehaaa...baru semalam aku bebel pasal tak ada workstation kan, and hari ni dah pergi usha tempat baru untuk diduduki. Happy! Walaupun belum dapat PC lagi, tapi at least dah ada dedicated tempat untuk bekerja dan akan membuatkan daku rasa dihargai seperti staff yang lain. Hahaha...

Actually tempat tu pun adalah ehsan geng projek lain yang kebetulan telah berpindah ke Turkmenistan. So dapet lah daku menempet kat situ. Suka-suka....dah lah lokasi pun sangat lah privacy dan ada pemandangan yang best. Tak kisah lah, apa yang penting aku dapat tempat duduk sendiri untuk aku sepahkan. Dah dekat 2 bulan aku dok menumpang sepahkan tempat orang.....tempat laki ke pompuan semua aku rempat je...haha.

Workstation dah dapat. Tapi rumah baru belum dapat masuk lagi. Mengikut janji pemaju, bulan 12 tahun lepas dia nak kasi kunci....tapi sampai dah melangkau tahun baru masih belum dapat kunci. Seyes aku dah tak ada mood nak pikirkan rumah tu. Hahaha...merajuk! Sebenarnya kitaorang sejak awal tahun lagi dah survey pasal nak masuk umah. Boleh kata setiap kali ada Homedec or Perfect Living Expo atau yang sewaktu dengannya, mesti kitaorang pergi. Sampaikan exhibitor ada yang kenal kitaorang daa.....maybe sebab husband aku yang bertopeng tu senang untuk dikenali kot. Hahaha....

Dan yang paling koya, kitaorang dah bayar untuk interior designer hokey....tapi terpaksa hold sebab tak leh masuk umah lagi untuk amik measurement. Kambeng.....gila terlebih heksited kan...hahaha....actually interior designer tu kitaorang amik masa Homedec November aritu. Offer untuk satu rumah double storey complete with drawing for lighting etc adalah RM8k. Tapi kitaorang amik untuk 3 ruang je which is RM1.5k sebab idak lah mampu weh utk satu rumah...tu pun ntah-ntah ada drawing je, tapi realiti tak mampu nak capai. Hahaha. So now, dah tak rasa apa-apa. Hari-hari pun nampak perkembangan rumah tu sebab sebelah je gate nak masuk umah mak mertua aku ni haa...haha....

Kalo dah dapat kunci pun mesti take time gak nak pindah sebab.....aku dah tak ada mood. Haha. Boley gitu?

Monday, January 7, 2013

Packing but dunno where to go....

Masuk tahun 2013, aku kena tukar kerja baru. Tempat kerja pun baru. Tak minat dan tak minta tapi terpaksa. Dasar kuli, so kena lah ikut apa arahan bos. Bos tempat lama nak aku keluar dari department tu untuk sementara sebab katanya gelap masa depan kat tempat lama tu. Kebetulan aku tengah kerja dengan satu projek ni as a part time mate, so terus dia suruh masuk that project as a full time project team. Ok, suka gak sebab belajar benda baru dan kawan-kawan pun dah lama kenal tapi bila pikirkan relevansi kerja baru itu dengan aku nyer skill group memang out lah. So lag lagi setahun. Hurmm...

Hari ni, selepas hampir sebulan tak jejak office lama, aku datang kembali ke department lama untuk archieve email. Oh, walaupun dah berbulan aku kerja untuk project baru tu, tapi aku masih tak ada tempat or workstation sendiri. Nomad je duduk lepak tempat sapa-sapa yang tak masuk office. Kesian kan... tapi lagi kesian bila bos kat office lama pun suruh aku kemas semua barang sebab ada staff baru nak masuk ramai lagi. So tempat aku akan diduduki orang baru. Adeh. Aku dah kemaskan barang-barang...satu kotak besar dan satu kotak kecik...tapi aku tak tahu nak letak mana daa...

Nak workstation!

Korang pernah dengar orang bekerja office tanpa workstation, tanpa telefon dan tanpa PC or laptop? Hurmm....aku lah tu. Even mak cik cleaner pun ada tempat untuk dia rehat lepak-lepak kan....

Aku tak suka keadaan ini. Di sini tak suka, di sana tak sudi. Kesian nya diri aku....tak tahu lah macam mana masa depan aku dengan kerjaya ini.

Cartoon pun ada workstation


Dan tika ini, aku teringin nak tukar kerja...tapi kerja apa....hurmm....nak study balik adalah tidak mungkin dan untuk berniaga jugak adalah tidak minat. Hahaha....

Sunday, January 6, 2013

Tahun Baru...Azam Baru

Happy New Year 2013......

Hopefully tak lambat sangat aku wish selamat tahun baru. Actually, tak banyak beza sangat bagi aku. Semuanya masih sama. Azam pun tak dak. 

Cuma beza tahun ni, anak aku start masuk taska baru untuk budak 4 tahun. Mungkin ada yang kata umur sebaya anak aku masih terlalu muda untuk ke sekolah tapi anak aku tu memang sejak lepas pantang terus masuk nursery. Maklumlah duduk jauh dari adik beradik sanak saudara....so nursery day care laa tempat sasaran. Sampai lah sekarang. Semoga Allah pelihara semuanya.

Malam tahun baru dan masa 1 Januari lalu, macam-macam azam orang aku baca kat fesbuk. Seronok gak layan. Ada yang memberikan sumber inspirasi, ada yang kelakar dan ada yang memotivasikan. Satu perkara yang menyentuh perasaan ku...iaitu azam sorang manusia ni...


Serius aku sedih sangat baca status husband aku ni. Tak tahu nak gambarkan camna. Sudah lebih 2 tahun kehidupan kami berubah dan terpusing berputar-putar. Still spinning around...tak tahu kat mana noktah untuk hentikan putaran itu......sampai bila.... Rindukan kegembiraan dan life seperti dahulu....

Awak, saya faham apa yang awak rasa, tapi saya tak tahu nak tolong macam mana. Kita hadapi sama-sama k. I LOVE YOU!

Friday, January 4, 2013

Cuti-cuti: Philea Resort, Melaka

Kali ni kisah cuti-cuti lagi....dan masih kisah tahun lepas. Haha. Last December, my husband ada urusan di Melaka. Pasal kerja dia lah. It requires him to stay at Philea Resort, Melaka for 3 days. Memandangkan dah hujung tahun, aku pun plan nak ikut bersama dan tak kisah untuk menghabiskan cuti tahunan selama 3 hari semata-mata nak ikut beliau. Lagi pun kalau lepak kat rumah tanpa suami adalah sangat sangap.

Hotel ni dah selalu dengar tentang segala macam award yang dia dapat. So lagi lah teruja untuk aku ikut bermalam di sini kan. Nak datang sendiri, susah lah kot sebab...hurmm...mahal arr....haha. Benda free sapa tak mau kan?

Ok, tempat ni tak susah nak cari sebab lepas jer exit Ayer Keroh Melaka tu terus jumpa tempat ni. Sebelah Butterfly Farm. So jangan laju-laju k lepas bayar tol, kang terlepas simpang dia...satu hal plak nak kena gi pusing balik. Kesimpulannya, aku suka tempat ni. Cantikkkkkk!

Tapi ada gak laa part yang perlukan improvement. Makanan dia biasa-biasa jek. Ada satu pagi tu, makanan untuk breakfast pun dia tak top up...kutip-kutip dan kikis-kikis jek apa yang tinggal. Lalat banyak. Huish.
Lagi satu yang anak aku komen (haha..ini memang komen dari dia k)...bilik ni busyuk laa! Bau kayu kuat sangat. Memang betul-betul semulajadi laa....so aku terpaksa gi beli ambi pur sebotol untuk kasi bau sedap skit. Kalau tidak, tak larat dengar anak aku mengomel pasal bau tak sedap. Hehe....

Sebahagian lobi....deco untuk sambutan Krismas dia kureng...haha.

Resort untuk 4 bilik....
Villa untuk satu bilik...lebih luas.

Bilik untuk resort 4 bilik...kami dapat twin bed...adess.....
Abaikan lambakan mainan anak aku tu yer.

Lighting dalam bilik ni memang lah sangat romantik dan susah nak agak bila nak touch up muka weh.
Toilet tak ada paip...tapi ada nozle!

Jalan ke kawasan resort....cantik dan sangat terasa suasana yang aman damai dalam kawasan ni. Luas!
Kolam dia pun unik dan shantekkk.

We're happy!
Gambar kolam lagi.

Feeling obersea kejap!
View sudut lain.

Kolam lagi.
Kalau dapat villa depan kolam ni mesti best kan.

Lauk Daging Masak Kicap dia....hurmmm aku lagi suka yang Prince Court nyer...lagi sedap! Haha. Yang ini boleh laa~
Kami!

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template