Tuesday, August 6, 2013

Imbau Kembali

Hari ni aku masih bekerja. Ruang pejabat dah mula lengang. Atas jalan raya pun dah boleh pederas laju. Parkir pun tak perlu pusing banyak kali untuk cari tempat kosong. Damai sangat. Cuaca pun damai. Memang sepanjang minggu ni cuaca sejuk damai je. Matahari pun tak terik bila tengah hari. Hari-hari aku ngan husband dok lawan teka...adakah malam tadi lailatul qadar?? Huu...

Hari ni plan nak balik awal sikit dari biasa. Sebabnya, nak kejar kapal terbang. Yaa, insyaAllah malam ni akan pulang ke kampung laman. Seronok tapi tak excited...sebabnya....balik kejap sangat. Raya kedua dah kena balik KL.....membunuh mood betul kan.

Persediaan raya kali ni melancholic je....tak macam dulu-dulu masa muda remaja. Kalau kat rumah, mesti aku ngan adik lelaki dah sibuk pasang pelita depan rumah. Ayah pasang lampu raya kelip kelip. Pastu boleh main mercun bungai api...seronot!! Petang sebelum raya pakat berkumpul kat rumah tok buat ketupat palas ramai-ramai. Selalu mak laa yang tokey sebab dalam adik beradik mak, mak ngan wa ja yang pandai balut ketupat....aku pun pandai. Huu...berjaya mak peturun ilmu balut ketupat palas (jantan) kat aku. Ayah pun pandai. Tapi sekarang, mak order saja....kadang-kadang bulih hat sedap, kadang-kadang bulih hat keras kiang....dan selalunya ketupat beli ni...tak tahan lama....mai petang raya jaa dah lembik benyai nak basi. Mak dah tak macam dulu. Mak dah tak larat duduk lama, berdiri lama, berjalan lama....sebab kaki mak sakit....medical term kata Osteoarthritis

Raya tahun ni macam kurang meriah ja rasanya. Sebabnya, adik pompuan aku tak balik. Raya di Jordan. Dia balik 2 minggu lepas raya. Adik lelaki plak balik raya pertama rumah mak mertua dia sebab ni kan 1st raya dia ngan wife dia. So tinggal aku ngan husband dan anak je laa di pagi raya nak beraya bersama mak ayah. Mak mesti teriak punyalah pagi raya ni sebab rindu kat adik. Haha...tak mo kacau mak di pagi raya...

Duit raya semua dah tukar dan siap masuk dalam sampul. Kalau dulu, tolong mak masukkan duit yang dia tukar kat bank dalam sampul, tapi sekarang, aku yang tukar kat bank dan masukkan sendiri. Sapa laa tolong mak buat kerja ni. Kalau dulu, malam raya mesti sibuk tahap maksima dok kemas rumah. Mak jenis tak boleh rumah sepah. Kena cuci calat merlip merlap. Kadang tu pagi raya pun dia dan lagi dok tolak longkang keliling rumah. Haish.....suka sangat kerja berat, tu pasal tak dan tua sangat dah sakit tulang. Haaa...kan dah kena bebel. Aku memang suka bebel kat mak aku macam mana dia suka bebel kat aku. Sama-sama bebel pastu tatau sapa yang dengaq sapa. Haha...rindu nya kat mak. Malam ni kita jumpa peluk cium eh...

Dulu, dekat-dekat nak raya ni, mesti kerja aku untuk tolong ayah basuh cermin tingkap dan grill pintu. Tonyoh bilik ayaq pun kepakaran aku. Adik-adik aku tak pandai buat kerja ni. Laa ni aku dok jauh, tatau laa sapa tolong. Ayah buat semua sorang lah kot. Kesian ayah.....suruh upah orang dia tak mau....bajet dia larat nak buat semua. Hahaha.

Rindunya suasana raya dulu-dulu. Masa family aku masih berlima. Pagi raya paling best. Feeling dia tatau nak habaq camna. Memang rasa sangat hari untuk merayakan kemenangan umat Islam...hari yang Allah peruntukan untuk kita bergembira dan bersyukur. Selalunya lepas solat sunat Aidilfitri, kami akan makan ketupat rendang ramai-ramai...salam-salam bermaafan....pastu pi rumah tok jumpa sanak sedara kat sana. Makan lagi ramai-ramai. Pastu start jalan-jalan rumah adik beradik. Masa aku sekolah, sebelum pi rumah tok, sempat aku naik gerek pi rumah kawan-kawan terutama Sarah ngan Ida....hehe...rindu plak kat kawan-kawan. 

Pagi raya ni insyaAllah tak nak bagi mak sedih-sedih teringat kat adik sangat. Nanti kita telecon ngan adik ye mak....adik pun please make yourself ready for telecon during raya k. And to my sis, hang jangan sedih-sedih. Enjoy ur raya ngan kawan-kawan kat sana and feel the difference from our culture. Pengalaman mahai tuu...tak semua orang dapat. Lepas 2minggu, hang dah nak balik sambung raya kat Malaysia kan....tak pa jangan bimbang, mood raya tu ada lagi. Haha... Kena ajak mak ayah pi rumah tok cepat-cepat pagi raya sebab tak mo mak sedih lama-lama. Huuu

Musim raya ni jugak, adik ipaq aku bakal nak timang anak. Yeay nak dapat anak sedara. Adik ipaq aku mesti sedih sebab tahun ni raya pertama dia ngan family beraya tanpa ayah dia. Ayah dia baru meninggal beberapa bulan lepas. Sedih....sayu....mesti terbayang-bayangkan lagak si ayah waktu raya masa dia masih hidup dulu. Semoga mereka tabah. 

Bestnya raya. Sedihnya Ramadhan dah nak habis. Semoga kita semua dapat peluang untuk bersama Ramadhan lagi next-next year...amin. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN SEMUA.....

Google source



Pssst....persiapan raya kat umah KL ni tak best....tak feel pun....sekian!!


1 comments:

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template