Sunday, January 13, 2013

Sesi Terjah....

Haritu aku cakap dah tak ada mood nak excited pikirkan nak masuk rumah baru. Tapi hari ni mood tu datang berkobar-kobar kembali. Hahaha.... Tadi masa balik dari beli barang, terperasan ada satu family tengah menjengah kat area rumah baru tu. So aku pun suruh husband usha kalau line clear untuk gi jengah sekali. Main entrance ke kawasan tu dah clear. Kitaorang pun masuk menonong. Usha kawasan sekitar, rumah kelab dan swimming pool. Pastu perasan rumah yang depan sekali pintu terbuka. Agaknya ada kontraktor nak buat kerja kot. Apa lagi...terjahhh.....!

Haha...heksited hokey. Sebab nya ni lah kali pertama nak tengok rumah tu macam mana. Sebelum ni tak ada idea langsung. Setakat tengok layout plan dan of coz tak leh nak feel kan. Luas ke sempit, tinggi ke rendah. Sekali bila dah masuk yang sebenar, baru dapat feel sebenar. Tapi itu bukan rumah kami la. Rumah kami jauh di belakang. Tapi design yang sama. Suka-suka!

Sekarang dah dapat banyak info untuk berangan. Yeay! Puas hati tengok saiz dapur sebab luas dan boleh design kitchen cabinet besar skit. Sebelum ni kami imagine kecik jek. Pastu tanah kat depan dan belakang rumah pun besar lah jugak. Sebelum ni imagine sekangkang kera betul2...tapi tengok yang sebenar boleh lah 3 kangkang manusia lebar nya. Hahaha. Husband terus cakap dia boleh letak gazebo....hahaha.... Tapi tak best bila tengok ruang untuk dining adalah kecik sebab sekali dengan living room. Hurm, kena minta uncle Kent design betul-betul bagi nampak luas. Master bedroom pun macam kecik...tidak seperti yang dibayangkan selama ini. Kalau buat walk-in wardrobe macam akan mengecilkan ruang tidur jek....ades...kena suh uncle Kent design bebetul nih.

Jom layan gambar...walaupun unit ni rumah orang tapi apa salahnya berangan kan....hahaha.

Ni patutnya laman belakang tapi ini adalah main entrance....umah style masuk ikut dapur dulu daaa....

Living room....nanti facing tasik...yeya!

Dining area....dan tangga ke atas. Macam kurang berminat dengan hand rail tangga ni....

Laman depan....

Dapur.

Dapur lagi....dia pasang tile sampai siling. Huhu...

Bilik air bilik bawah. Dah cantik pun.

Ini bilik kat bawah...besar...boleh buat bilik tamu.

Tanah depan rumah....tempat husband aku nak letak gazebo kononnya....Aku plak tengok macam sesuai nak tanam sayur ni.

Tangga ke atas.....ada tingkap lagi.

Tingkat atas.
Family area tingkat atas.

Bilik air dalam bilik atas. Siap ada cermin divide tempat mandi. Jimat duit tak payah beli dah.

Ini bilik tidur lagi. Kecik sket yang ni.

Ini bilik ke-2....besar....boleh buat bilik anak aku.

Bilik air master bedroom.

Bilik air master bedroom lagi. Dia dah buat cantik, sayang lah plak kalau nak pecah....sebab...teringin bilik air macam kat hotel. Hahaha....berangan itu free kan~

Master bedroom....aku imagine lagi besar...tapi boleh lah nak main kejar-kejar suami isteri. Hohoho

Balcony at master bedroom.

Master bedroom....ruang kecik tu bole ke convert tuk walk-in wardrobe ekk....hurmmm.....
Master bedroom lagi.

Parking area...share dengan owner rumah kat atas. Owh, ini adalah townhouse...unit kat atas ada owner lain. Kami nyer unit bawah sebab nak tanah. Huhu.

Ni jer pintu pagar rumah kami....comel kan....

Tanah depan rumah yang panjang.

Swimming pool dan rumah kelab.

Antara row setiap rumah ada taman....hehe.

Jom, sambung berangan....muahaha.

2 comments:

  1. tantekkkkkkkkk~~~~~ homaigod homaigod homaigod~~~ hahaha... serious bilik air tu pon best sbb da buat siap2 kaca tu and tingkap bilik luasssss gila. suka2! hehe. and da ditanam siap2 dgn rumput kapet. double A betoi ah! good luck babe in home deco! hihi :D :D :D
    p/s: tak sempat tunggu malam. skrg gak aku terjah. haha :p

    ReplyDelete
  2. Haha...ramai plak kengkawan yg mcm kita sama2 nak masuk umah baru...sonok2...leh share idea n sama2 excited....kan kan

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template