Monday, January 7, 2013

Packing but dunno where to go....

Masuk tahun 2013, aku kena tukar kerja baru. Tempat kerja pun baru. Tak minat dan tak minta tapi terpaksa. Dasar kuli, so kena lah ikut apa arahan bos. Bos tempat lama nak aku keluar dari department tu untuk sementara sebab katanya gelap masa depan kat tempat lama tu. Kebetulan aku tengah kerja dengan satu projek ni as a part time mate, so terus dia suruh masuk that project as a full time project team. Ok, suka gak sebab belajar benda baru dan kawan-kawan pun dah lama kenal tapi bila pikirkan relevansi kerja baru itu dengan aku nyer skill group memang out lah. So lag lagi setahun. Hurmm...

Hari ni, selepas hampir sebulan tak jejak office lama, aku datang kembali ke department lama untuk archieve email. Oh, walaupun dah berbulan aku kerja untuk project baru tu, tapi aku masih tak ada tempat or workstation sendiri. Nomad je duduk lepak tempat sapa-sapa yang tak masuk office. Kesian kan... tapi lagi kesian bila bos kat office lama pun suruh aku kemas semua barang sebab ada staff baru nak masuk ramai lagi. So tempat aku akan diduduki orang baru. Adeh. Aku dah kemaskan barang-barang...satu kotak besar dan satu kotak kecik...tapi aku tak tahu nak letak mana daa...

Nak workstation!

Korang pernah dengar orang bekerja office tanpa workstation, tanpa telefon dan tanpa PC or laptop? Hurmm....aku lah tu. Even mak cik cleaner pun ada tempat untuk dia rehat lepak-lepak kan....

Aku tak suka keadaan ini. Di sini tak suka, di sana tak sudi. Kesian nya diri aku....tak tahu lah macam mana masa depan aku dengan kerjaya ini.

Cartoon pun ada workstation


Dan tika ini, aku teringin nak tukar kerja...tapi kerja apa....hurmm....nak study balik adalah tidak mungkin dan untuk berniaga jugak adalah tidak minat. Hahaha....

1 comments:

  1. Erm.... :'( Sama la kita chuna. Aku now dok kat tempat AA (admin assistant). Dah 1 hal tmpt aku jadik kaunter pertanyaan. Tempat pinjam barang. Tempat call org. Sabooo je la. Hihi. :)

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template