Sunday, January 20, 2013

Oh, My Bad!!

Pagi Jumaat lepas, aku kejutkan anak pagi-pagi macam biasa untuk ke sekolah. Bila bangun jek dia menangis sungguh-sungguh tak nak pergi sekolah. Merayu bagai....Alyaa tak suka sekolah. Alyaa nak duduk rumah. Alyaa tak nak pergi sekolah. Tak suka, tak suka, tak suka! Meraung kuat-kuat.

Puas pujuk elok-elok, tak jalan. Lagi kuat dia meraung adalah. Bila dah bising-bising tu, of course lah nenek dengan datok dia pun masuk campur. Nenek dengan datok dia memang akan menangkan cucu lah kan. Budak tu buat batuk skit je, terus tak payah gi sekolah. Dan pagi tu aku memang marah sangat-sangat . Sampai tahap aku tak leh cakap dan pandang muka anak aku sebab rasa nak penyek-penyek jek. Astagfirullahal'adzim. End up aku terus masuk kereta je lepas siap-siap. Biar husband aku yang setel kan budak tu dan datok nenek dia.

Dan, memang sah-sah lah budak tu berjaya untuk tak ke sekolah. Suka amat dapat duduk rumah dengan nenek dan datok dia. Malam tu bila balik rumah, aku still rasa marah ngan Alyaa. Bila nampak jek aku, dia terus terkam minta maaf. Tapi aku tetap rasa geram dan malas nak layan budak kecik tu. Dia request nak makan dengan mama pun, aku tak cakap apa-apa. Nangis-nangis dia bila mama tak nak layan dia. Kejam nya aku.

Aku pun tak tahu kenapa aku harus marah kat budak kecik tu. Padahal dia budak kan. Belum pun 4 tahun. Belum pun wajib ke sekolah. Tapi, entahlah....maybe because of some hidden reason, I cannot control myself and lepaskan rasa marah pada dia. Or maybe aku tengah marah orang lain....atau syaitan terlalu kuat mengapi-apikan aku. Then, lepas husband nasihat, mak aku pun nasihat, aku rasa bersalah sangat pada Alyaa. Menangis-nangis kami bermaafan. I LOVE U darling....

Mama minta maaf sebab mama marah Alyaa lama-lama. Mama dah buat Alyaa menangis dan sedih sebab mama langsung tak nak peduli bila Alyaa panggil mama. Malam tu sampai panas-panas badan budak tu agaknya sebab banyak nangis sedih dengan mama.....tapi mujur tak jadi demam. Mama janji, tak nak marah anak mama macam tu lagi. Ayah kata, lain kali kalau nak marah pada Alyaa, marah jek kat ayah, asalkan jangan marah Alyaa macam tu lagi. Huhu....ok, ada orang offer diri untuk jadi sasaran mama....kuang kuang kuang.

Serius, aku menyesal dan tak nak buat lagi. Sayang Alyaa!!
Kalau Isnin ni dia masih tak gi sekolah, mama nak senyum jek. Awak tanya je atok ngan nenek awak k. Ikut je apa derang kata. Mama sayang Alyaa. Hoho...

Ultraman....mama

Senget pun senget lah

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template