Sunday, January 13, 2013

Kematian


Weekend ni ada 2 kematian yang melibatkan sedara terdekat. Pagi semalam semasa tengah berborak dengan mak di telefon, adik lelaki ku khabarkan bahawa saudara kat rumah (ayahku ngan ayah si mati adalah sepupu), maka si mati adalah duapupu aku...telah meninggal awal pagi semalam. Arwah meninggal akibat kemalangan jalan raya, kereta termasuk dalam sungai Tambun Tulang......so dia mati lemas. Umur arwah 43 tahun, meninggalkan 3 orang anak. Al fatihah.

Pagi tadi plak, mak aku telefon bagitau yang ayah adik ipar aku meninggal dunia di hospital disebabkan tekanan darah tinggi dan mungkin masalah jantung. Arwah dimasukkan ke hospital pada hari Sabtu dan sempat semalam di hospital, terus pergi mengadap Ilahi. Arwah seorang yang disenangi semua orang. Adik aku yang baru 4 bulan lebih bergelar menantu arwah sempat jugak rapat dan kerap bersama-sama arwah buat macam-macam aktiviti. Dan kini, arwah dah tiada.

Kedua-dua kematian ini adalah mengejut. It just like, baru semalam berborak bagai, tiba-tiba hari ni dah meninggal....sungguh kematian itu dekat dan rahsia Allah. Semoga arwah berdua ditempatkan dikalangan hamba-Nya yang solehin. Dan semoga kita mendapat pengakhiran yang baik. 

Al-fatihah.

**Sedih tak dapat balik rumah untuk ziarah. Nih antara reason tak best duduk jauh dari family. Uhuk.

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template