Thursday, January 3, 2013

Jalan-jalan Sampai Wang Kelian

Aritu masa balik kampung, berkesempatan jalan-jalan sambil cuci mata sampai ke Wang Kelian. Wang Kelian ni adalah sempadan Malaysia-Thailand. Kat sini ada pasar sehari...paling meriah pada hari Ahad.
Tips untuk ke sini kalau boleh datang awal pagi. Gerai dah start bukak jam 9 pagi kot. So kalau sampai sini around 9.30 tu kira dah ok. Sebab utama adalah tak mau berjalan bawah panas terik. Pulak tu kalau bawa anak kecik kan. Haishh....boleh demam panas di buatnya. Aku ritu hanya pergi dengan cik abang, adik aku dan wife dia. Anak tinggal kat tok dia....hehe....senang sket nak berjalan. By the time kitaorang nak balik tu, orang dah start ramai sampai parking jauh mana hala....dan matahari jugak semakin terik iaitu dalam kol 11.30 pagi......so selamat laa kitaorang daripada terlebih berjemur. Barang-barang jualan di sini adalah seperti di Padang Besaq laa...cuma kat sini boleh dapat harga lagi murah. Kalau pandai cakap bahasa Thai agaknya lagi murah dia bagi kot. Nanti aku kena belajar ngan adik ipar aku bahasa Thai kot. Dia pandai. Hehe.... Apa yang unik kat sini adalah umpama kita bershopping di atas bukit dan dikelilingi hutan. Haha..pemandangan pun cantik. Lagi satu pesanan aku, kalau nak guna handphone kat sini, kalau tak buat roaming, mahal lah sikit charge nyer sebab dah di kira international rate. So hati-hati jangan dok bergayut lama-lama plak bila kat sini. Lepas ni teringin nak masuk Thai lagi dalam. Adik ipar aku ada sedara mara belah sana. Mana tau kalau ada rezeki boleh melawat ke sana plak kan.

So kalau dah sampai ke Perlis, selain Padang Besaq, sila lah datang ke Wang Kelian yer.


Pondok Imigresen Malaysia....







0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template