Tuesday, January 8, 2013

Finally...dah dapat workstation!

Yeehaaa...baru semalam aku bebel pasal tak ada workstation kan, and hari ni dah pergi usha tempat baru untuk diduduki. Happy! Walaupun belum dapat PC lagi, tapi at least dah ada dedicated tempat untuk bekerja dan akan membuatkan daku rasa dihargai seperti staff yang lain. Hahaha...

Actually tempat tu pun adalah ehsan geng projek lain yang kebetulan telah berpindah ke Turkmenistan. So dapet lah daku menempet kat situ. Suka-suka....dah lah lokasi pun sangat lah privacy dan ada pemandangan yang best. Tak kisah lah, apa yang penting aku dapat tempat duduk sendiri untuk aku sepahkan. Dah dekat 2 bulan aku dok menumpang sepahkan tempat orang.....tempat laki ke pompuan semua aku rempat je...haha.

Workstation dah dapat. Tapi rumah baru belum dapat masuk lagi. Mengikut janji pemaju, bulan 12 tahun lepas dia nak kasi kunci....tapi sampai dah melangkau tahun baru masih belum dapat kunci. Seyes aku dah tak ada mood nak pikirkan rumah tu. Hahaha...merajuk! Sebenarnya kitaorang sejak awal tahun lagi dah survey pasal nak masuk umah. Boleh kata setiap kali ada Homedec or Perfect Living Expo atau yang sewaktu dengannya, mesti kitaorang pergi. Sampaikan exhibitor ada yang kenal kitaorang daa.....maybe sebab husband aku yang bertopeng tu senang untuk dikenali kot. Hahaha....

Dan yang paling koya, kitaorang dah bayar untuk interior designer hokey....tapi terpaksa hold sebab tak leh masuk umah lagi untuk amik measurement. Kambeng.....gila terlebih heksited kan...hahaha....actually interior designer tu kitaorang amik masa Homedec November aritu. Offer untuk satu rumah double storey complete with drawing for lighting etc adalah RM8k. Tapi kitaorang amik untuk 3 ruang je which is RM1.5k sebab idak lah mampu weh utk satu rumah...tu pun ntah-ntah ada drawing je, tapi realiti tak mampu nak capai. Hahaha. So now, dah tak rasa apa-apa. Hari-hari pun nampak perkembangan rumah tu sebab sebelah je gate nak masuk umah mak mertua aku ni haa...haha....

Kalo dah dapat kunci pun mesti take time gak nak pindah sebab.....aku dah tak ada mood. Haha. Boley gitu?

1 comments:

  1. congratz da dpt workstation! hihi.

    btw, tak bole takdak mood nk pindah! hahahaha~ bestnyaaaa.. sure da x lama la tu. yeayyy~~ apa kontek interior designer tu? cer kabo sket. kitorng ni jadik interior designer memandai2 je skrg ni. kekeke :D

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template