Friday, January 4, 2013

Cuti-cuti: Philea Resort, Melaka

Kali ni kisah cuti-cuti lagi....dan masih kisah tahun lepas. Haha. Last December, my husband ada urusan di Melaka. Pasal kerja dia lah. It requires him to stay at Philea Resort, Melaka for 3 days. Memandangkan dah hujung tahun, aku pun plan nak ikut bersama dan tak kisah untuk menghabiskan cuti tahunan selama 3 hari semata-mata nak ikut beliau. Lagi pun kalau lepak kat rumah tanpa suami adalah sangat sangap.

Hotel ni dah selalu dengar tentang segala macam award yang dia dapat. So lagi lah teruja untuk aku ikut bermalam di sini kan. Nak datang sendiri, susah lah kot sebab...hurmm...mahal arr....haha. Benda free sapa tak mau kan?

Ok, tempat ni tak susah nak cari sebab lepas jer exit Ayer Keroh Melaka tu terus jumpa tempat ni. Sebelah Butterfly Farm. So jangan laju-laju k lepas bayar tol, kang terlepas simpang dia...satu hal plak nak kena gi pusing balik. Kesimpulannya, aku suka tempat ni. Cantikkkkkk!

Tapi ada gak laa part yang perlukan improvement. Makanan dia biasa-biasa jek. Ada satu pagi tu, makanan untuk breakfast pun dia tak top up...kutip-kutip dan kikis-kikis jek apa yang tinggal. Lalat banyak. Huish.
Lagi satu yang anak aku komen (haha..ini memang komen dari dia k)...bilik ni busyuk laa! Bau kayu kuat sangat. Memang betul-betul semulajadi laa....so aku terpaksa gi beli ambi pur sebotol untuk kasi bau sedap skit. Kalau tidak, tak larat dengar anak aku mengomel pasal bau tak sedap. Hehe....

Sebahagian lobi....deco untuk sambutan Krismas dia kureng...haha.

Resort untuk 4 bilik....
Villa untuk satu bilik...lebih luas.

Bilik untuk resort 4 bilik...kami dapat twin bed...adess.....
Abaikan lambakan mainan anak aku tu yer.

Lighting dalam bilik ni memang lah sangat romantik dan susah nak agak bila nak touch up muka weh.
Toilet tak ada paip...tapi ada nozle!

Jalan ke kawasan resort....cantik dan sangat terasa suasana yang aman damai dalam kawasan ni. Luas!
Kolam dia pun unik dan shantekkk.

We're happy!
Gambar kolam lagi.

Feeling obersea kejap!
View sudut lain.

Kolam lagi.
Kalau dapat villa depan kolam ni mesti best kan.

Lauk Daging Masak Kicap dia....hurmmm aku lagi suka yang Prince Court nyer...lagi sedap! Haha. Yang ini boleh laa~
Kami!

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template