Thursday, August 15, 2013

Topik Perbualan Semasa Berziarah Raya

Masa raya ni mesti kita akan berziarah ke rumah saudara-mara yang dah lama tak jumpa. Saudara-mara jauh di kampung. Bila dah berjumpa mesti banyak benda boleh dibualkan. Tapi kalau saudara-mara yang tak rapat dan tak mesra alam, payah jugak nak cari topik perbualan. Huhu.

Alkisahnya, aku rasa, paling tak sesuai kalau masa ziarah raya ni kita asyik bercerita pasal kejayaan dan kekayaan kita...erkk...

Kena pulak kalau saudara yang diziarah tu tak berapa 'berada' seperti kita.....so cuba fikirkan apa perasaan dia kalau kita sibuk bercerita berapa bijik dan apa jenis kereta yang kita ada, berapa ekor lembu dalam ladang kita yang kita beli 'cash', berapa keuntungan kita dapat lepas dapat jual durian dari kebun sendiri etc.....

Hadey...bawa-bawa insaf la. Tak semestinya semua orang suka nak dengar kejayaan dan kekayaan kita. Mungkin ada yang suka dengar tapi...hurm...tengok tempat lah beb.

Ok, sekian.

Tuesday, August 6, 2013

Imbau Kembali

Hari ni aku masih bekerja. Ruang pejabat dah mula lengang. Atas jalan raya pun dah boleh pederas laju. Parkir pun tak perlu pusing banyak kali untuk cari tempat kosong. Damai sangat. Cuaca pun damai. Memang sepanjang minggu ni cuaca sejuk damai je. Matahari pun tak terik bila tengah hari. Hari-hari aku ngan husband dok lawan teka...adakah malam tadi lailatul qadar?? Huu...

Hari ni plan nak balik awal sikit dari biasa. Sebabnya, nak kejar kapal terbang. Yaa, insyaAllah malam ni akan pulang ke kampung laman. Seronok tapi tak excited...sebabnya....balik kejap sangat. Raya kedua dah kena balik KL.....membunuh mood betul kan.

Persediaan raya kali ni melancholic je....tak macam dulu-dulu masa muda remaja. Kalau kat rumah, mesti aku ngan adik lelaki dah sibuk pasang pelita depan rumah. Ayah pasang lampu raya kelip kelip. Pastu boleh main mercun bungai api...seronot!! Petang sebelum raya pakat berkumpul kat rumah tok buat ketupat palas ramai-ramai. Selalu mak laa yang tokey sebab dalam adik beradik mak, mak ngan wa ja yang pandai balut ketupat....aku pun pandai. Huu...berjaya mak peturun ilmu balut ketupat palas (jantan) kat aku. Ayah pun pandai. Tapi sekarang, mak order saja....kadang-kadang bulih hat sedap, kadang-kadang bulih hat keras kiang....dan selalunya ketupat beli ni...tak tahan lama....mai petang raya jaa dah lembik benyai nak basi. Mak dah tak macam dulu. Mak dah tak larat duduk lama, berdiri lama, berjalan lama....sebab kaki mak sakit....medical term kata Osteoarthritis

Raya tahun ni macam kurang meriah ja rasanya. Sebabnya, adik pompuan aku tak balik. Raya di Jordan. Dia balik 2 minggu lepas raya. Adik lelaki plak balik raya pertama rumah mak mertua dia sebab ni kan 1st raya dia ngan wife dia. So tinggal aku ngan husband dan anak je laa di pagi raya nak beraya bersama mak ayah. Mak mesti teriak punyalah pagi raya ni sebab rindu kat adik. Haha...tak mo kacau mak di pagi raya...

Duit raya semua dah tukar dan siap masuk dalam sampul. Kalau dulu, tolong mak masukkan duit yang dia tukar kat bank dalam sampul, tapi sekarang, aku yang tukar kat bank dan masukkan sendiri. Sapa laa tolong mak buat kerja ni. Kalau dulu, malam raya mesti sibuk tahap maksima dok kemas rumah. Mak jenis tak boleh rumah sepah. Kena cuci calat merlip merlap. Kadang tu pagi raya pun dia dan lagi dok tolak longkang keliling rumah. Haish.....suka sangat kerja berat, tu pasal tak dan tua sangat dah sakit tulang. Haaa...kan dah kena bebel. Aku memang suka bebel kat mak aku macam mana dia suka bebel kat aku. Sama-sama bebel pastu tatau sapa yang dengaq sapa. Haha...rindu nya kat mak. Malam ni kita jumpa peluk cium eh...

Dulu, dekat-dekat nak raya ni, mesti kerja aku untuk tolong ayah basuh cermin tingkap dan grill pintu. Tonyoh bilik ayaq pun kepakaran aku. Adik-adik aku tak pandai buat kerja ni. Laa ni aku dok jauh, tatau laa sapa tolong. Ayah buat semua sorang lah kot. Kesian ayah.....suruh upah orang dia tak mau....bajet dia larat nak buat semua. Hahaha.

Rindunya suasana raya dulu-dulu. Masa family aku masih berlima. Pagi raya paling best. Feeling dia tatau nak habaq camna. Memang rasa sangat hari untuk merayakan kemenangan umat Islam...hari yang Allah peruntukan untuk kita bergembira dan bersyukur. Selalunya lepas solat sunat Aidilfitri, kami akan makan ketupat rendang ramai-ramai...salam-salam bermaafan....pastu pi rumah tok jumpa sanak sedara kat sana. Makan lagi ramai-ramai. Pastu start jalan-jalan rumah adik beradik. Masa aku sekolah, sebelum pi rumah tok, sempat aku naik gerek pi rumah kawan-kawan terutama Sarah ngan Ida....hehe...rindu plak kat kawan-kawan. 

Pagi raya ni insyaAllah tak nak bagi mak sedih-sedih teringat kat adik sangat. Nanti kita telecon ngan adik ye mak....adik pun please make yourself ready for telecon during raya k. And to my sis, hang jangan sedih-sedih. Enjoy ur raya ngan kawan-kawan kat sana and feel the difference from our culture. Pengalaman mahai tuu...tak semua orang dapat. Lepas 2minggu, hang dah nak balik sambung raya kat Malaysia kan....tak pa jangan bimbang, mood raya tu ada lagi. Haha... Kena ajak mak ayah pi rumah tok cepat-cepat pagi raya sebab tak mo mak sedih lama-lama. Huuu

Musim raya ni jugak, adik ipaq aku bakal nak timang anak. Yeay nak dapat anak sedara. Adik ipaq aku mesti sedih sebab tahun ni raya pertama dia ngan family beraya tanpa ayah dia. Ayah dia baru meninggal beberapa bulan lepas. Sedih....sayu....mesti terbayang-bayangkan lagak si ayah waktu raya masa dia masih hidup dulu. Semoga mereka tabah. 

Bestnya raya. Sedihnya Ramadhan dah nak habis. Semoga kita semua dapat peluang untuk bersama Ramadhan lagi next-next year...amin. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN SEMUA.....

Google source



Pssst....persiapan raya kat umah KL ni tak best....tak feel pun....sekian!!


Monday, August 5, 2013

Quotation Langsir

Rumah aku masih dalam fasa menerima lawatan contractor untuk buat quotation. Defect pun makin hari makin bertambah. So far dari report yang pertama kami buat, baru 30% kot pemaju dah amik tindakan. Yang major works seperti paip bocor dan dinding basah (suspected ada internal leak) masih dia tak buat apa-apa. Ini bole menyebabkan hangin sebab selagi derang tak baiki defect, aku tak berani nak suruh contractor start kerja.....kang pemaju buat alasan contractor aku plak penyebab defect tu kan...takper, lepas raya kita ambush.

Last weekend, pergi minta quotation langsir. Kebetulan tokey langsir tu adalah sedara kepada senior aku ngan husband.....so dia lah yang rekemen. Kedai dia Laurea Home Furnishing.....Saujana Impian nyer branch. Dekat lah ngan umah kami. Lepas ukur-ukur bincang-bincang....total untuk seluruh rumah tu termasuk lah wall paper adalah.....RM14k..... @_@

Mahal kan....haha. Tapi ini baru quotation laa...aku tak kata aku dah agree nak bagi job kat kedai ni. Lek luu...langsir ni last sekali setel. Cuma sekadar nak tahu market price.....kalau aku minta quotation dari Elyza pun aku rasa lebih kurang atau pun maybe mahai lagi. Harga tu menurut akak tu, leh adjust lagi berdasarkan jenis kain yang kita pilih. Yang harga dia propose mahai gedabak tu sebab dia letak harga kain yang mahal laaa.....semua RM70/semeter kot. Hurmm.....tak kan laa untuk bilik kosong pun nak letak kain mahal kan.

Upah dia pun sekali ngan pemasangan dan khidmat nasihat kira ok la. Yang penting khidmat nasihat tu. So kita tak payah pening pikir color nak match, jenis kain camner etc...sebab semua dia yang pikirkan dan kita just agree or not je. Angguk or geleng. Kalau kita nak cari kain sendiri then hantar upah tu...pening dan penat gak...nak cari kain, corak, color, nak kira berapa meter perlu, nak imagine sesuai ke tak, material tu sesuai ngan cuaca dan keguaan ruang ke tak dan sebagainya lah nak kena pikir.....tapi memang akan dapat lebih murah...at least sikit.

Lagi satu, harga ni jugak jadi mahal...maybe double from other double story-house sebab rumah aku design pelik. Menurut akak ni, selalu nya rumah customer yang terrace 2 tingkat akan ada dalam 6 panel tingkap dan sliding...tapi rumah aku ada 12 panel ok. Tokey grill pun cakap rumah aku nyer pintu tingkap double dari rumah biasa....cis cis sangat kan.

So itu je lah hasil yang aku dapat last week. Very slow kan sebab hanya weekend baru pikirkan hal rumah. Bila nak boleh pindah tatau laa...maybe 2-3 bulan lagi kot.

 


Thursday, August 1, 2013

Grill Rumah

Apakah itu grill dan kenapa kena ada grill? Grill ada lah besi untuk setiap pintu dan tingkap dan fungsi utama adalah untuk lambatkan proses atau kalau boleh elakkah pencuri terjah rumah kita. Aku ngan husband tak pernah buat survey kat grill ni. Masa gi satu pameran barangan rumah ni, terus bayar deposit dengan satu tokey grill yang katanya harga yang dia tawar tu dah murah. Haha. Masa 1st cerita-cerita ngan dia, dia bajet pemasangan grill untuk rumah aku yang aku describe ala-ala standard teres 2 tingkat adalah dalam RM6k. Ok setuju.

Then last weekend tokey tu datang ukur yang betul-betul. Sekali dia quote total RM10k. Pengsan!! Reason dia sebab tingkap rumah tu 2x ganda rumah teres biasa. So bila dah dapat final quote mahai gila baru laa tergerak nak try usha tokey grill yang lain. Kebetulan parents in law ada member tokey grill. Bila minta pakcik tu datang ukur, dia pun quote RM10k.....ok nampaknya itu memang harga sebenar tak leh kata apa dah.

And now....mari kita keraskan usaha meningkat kan hasil tabungan. Baru grill je nih....haha. 

Gambar sekadar hiasan...google image

Wednesday, July 24, 2013

Cerita Iftar Hari Weekend

Last weekend, plan to have Iftar kat luar. Sebabnya kami nak pergi MF3 kat KL Convec so alang-alang dah kat KLCC, terus lah iftar kat sana. Sehari sebelum dah called and booked for 3 kat Aseana Cafe. Dia tak sediakan buffet tapi hanya ada 3 options makanan dengan bayaran RM45++ Pilihan dia hanya lah nasi lemak set, atau asam pedas set atau pasta set. Air teh tarik segelas atau air bandung (free refill). Pilihan macam tak best tapi sebab pikirkan Aseana ni macam tak crowded sangat tempat makan dia, so aku pilih nak makan sini.

Lepas kitaorang round MF3, tepat kol 6.30pm dah sampai terpacak kat Aseana Cafe. Lagipun masa called dia dah mention kena sampai kol 6.30pm untuk order dulu. Kitaorang pun duduk lah kat tempat yang dia tulis reserved. Tunggu punya tunggu dia tak datang amik order pun. Masa tu baru ada 2-3 meja je yang ada orang. Aku bangun tanya pada pelayan, dia kata jap lagi dia akan amik order. Tunggu lagi. Tak datang lagi.

Tiba-tiba anak aku bitau dia kencing bocor kena seluar. Haduss...dah lah tak bawa seluar spare. Cepat-cepat aku ngan husband lari cari toilet. Satu hal plak nak cuci mek tu dan kemudian keringkan seluar dia ngan hand dryer dalam toilet. Lama gak nak tunggu kering. So kitaorang sampai balik kat Aseana Cafe tu dalam kol 7.10pm. Lama gak berdiri dan tanya kan tempat reserved under my name.Tempat yang duduk tadi dah kena rembat. Lama gila baru dia layan suh duduk kat mana kosong. Masa tu dah agak penuh cafe bangsat tu. Then kami pun duduk. Tunggu dan terus menuggu. Ada orang meja sebelah dok bertekak ngan pelayan sebab makanan dia tak sampai lagi. Rupa-rupanya pelayan tak amik order pun, pakcik tu ingat ada buffet sebab dia pun order thru phone. Sampai lah azan berkumandang, memang derang tak layan kami yang biasa-biasa ni. Tak classy kot. Tak ala mak datin kot. So bila dah azan, apa lagi, blah arr. Seyes aku panas gila dalam hati. Hanya suami ku saja yang tahu apa perasaan aku time tu sebab dia nampak muka dan expresi aku. Haha. Mujur aku tak bakar kedai tu.

Kitaorang decide gi solat dulu then nanti cari restoran lain. Selalunya lepas solat Maghrib orang dah mula habis makan dan restoran akan ada kekosongan. So tapau air teh Gong Cha je sebagai alas untuk berbuka. Lepas solat dalam kol 8pm tu naik level 4. Usha restoran yang ada tempat kosong. Chakri Palace ngan Madam Kwan masih ramai beratur di luar. So decide pergi Bumbu Desa je. Sebab selain dari restoran di atas, memang bukan untuk tekak kami. Hahaha.

Mujur Bumbu Desa masih open untuk buffet dia. RM60 kot per pax for adult. Tak ingat harga sebab time tu ingat makanan je. Haha. Dari awal nak masuk sampai ke nak keluar pelayan dia bagi layanan terbaik. Siap kenalkan setiap lauk yang dia ada. Siap tolong amik kan buah-buahan untuk kami bila tengok nasi dah nak habis makan. So terawat kembali hati ku yang sakit tadi. Lauk pun banyak pilihan daripada nasi lemak dan asam pedas tadi tu kan.

So puas hati. Lepas makan singgah Kinokuniya. Suruh si kecik pilih buku apa dia nak as a reward sebab dia sangat baik dan bagus akhlak sepanjang hari tu walaupun mak ayah dia tengah hangat diuji dengan Cafe bangsat. Hahaha. 

Tak silap aku dah 2 kali aku kena pelayan Aseana Cafe ni tak layan nak amik order walaupun dah lama terpacak kat meja dalam cafe tu. Hurmm......pilih bulu sungguh la. Lain laa kalo aku makan suh masuk buku 555 kan....

Aseana Cafe yang sangat teruk servis nya!!

Bumbu Desa yang pandai melayan tetamu.

Cerita Weekend: Survey dan Beli Lampu

Last weekend, sempat bawa consultant datang tengok rumah untuk sama-sama berimaginasi bagaimanakah susun atur dalaman rumah nanti. Tatau lah pasni leh jadi Singapore life style ke haper…haha. Sebabnya consultant yang kitaorang deal ni dari Singapore. Terbuat deal ngan dia masa Homedec last year. Murah jek…so apa salahnya mencuba.

Sempat survey kat internet pasal kedai lampu terbaik. Ramai sungguh suka pi beli kat House of Lighthing kat Puchong sebab murah katanya. Aku malas nak ajak husband gi usha belah-belah Puchong sana sebab macam jauh dan sesak. So aku ajak gi survey kat Avalon, Nilai 3 which is lagi dekat dari rumah aku. Ok la, harga dia bole dikatakan murah sebab aku compare harga kipas angin DEKA yang dijual masa MF3 exhibition aritu adalah lebih mahal sedikit dari harga di Avalon ni. Sedangkan harga masa exhibition tu dah di claim harga promosi. So aku assumed harga barang lain pun murah lah kot kat sini. Haha. Sempat lah rembat kipas angin beberapa ketol dan lampu-lampu basic beberapa ketul. Lampu-lampu utama dan kipas utama tak berani beli lagi sebab tak tahu lagi design camner orang nak propose nanti. So tunggu dulu. Kat Avalon ni murah laa tapi design dia tak canggih dan tak moden dan tak berapa updated la. Bole laa….. Kalau nak cari design gempak macam ko selalu belek dalam magazine rumah-rumah kat Singapore bagai tu memang susah lah nak cari kat situ. 

Tu jek update lampu. Bila dia nak antar pun tatau lagi. So far kitaorang dah tabor banyak deposit dan beli beberapa barang tapi satu pun tak dihantar lagi sebab tatau nak simpan mana lagi. Semua simpan kedai dulu. Haha.

Saturday, July 20, 2013

Yeay dapat Hadiah Birthday

10 July ritu birthday aku yang ke 29....alamak lepas ni dah 3-series.... @_@
Alhamdulillah.
Tapi hadiah birthday baru dapat 2 hari lepas. Haha...tapi a bit surprise sebab aku tak expect akan dapat hadiah lagi sebab masa birthday ritu dah dapat kad bagai. Agaknya sepanjang bulan July ni still bole demand hadiah kot ngan husband...huhu.

Husband belikan aku GPS (adakah sebab bini dia suka sesat dalam KL then bebel tak hengat?) dan perfume (adakah bini dia selalu busuk?) hahahaha

Actually 2 benda tu adalah benda yang aku rungutkan last week sebab Garmin lama aku rosak dan perfume aku dah nak habis...tup tup dah ada orang bagikan...yeya!!

Thanks my beloved hubby. Lagi touching bila I baca ur tulisan about me in your blog...oh tak sangka abang suka kawin ngan saya....muahahaha.....saya pun suka....ahikss

Essential series nuvi42...

Garmin ni yang basic sekali kot. Yang lama yang rosak tu cam lagi best jek....tapi still function sama lah kan untuk tunjukkan jalan. Berguna benda ni untuk aku yang memang tak pandai jalan-jalan dalam KL ni walaupun dah 3 tahun dok sini....hahaha.... Tapi bukan dalam KL je laa...kadang-kadang bila kita pergi tempat baru dan asing, memang benda ni sangat menolong.
Manifesto...ooo baru tau husband suka bau cenggini rupanya...hurm....

Tapi kalo bukan time besday pun, benda-benda keperluan cenggini memang husband yang beli dan bayarkan pun....hahahaha...
TQ honey!

Ramadhan Karim!!

Dah lepas 10 hari puasa baru nak ucap Ramadhan Karim. Haha...watever...tapi still dalam bulan mulia ni kan. Last weekend aku sambut Ramadhan dengan mak ayah kat Perlis. Best!
Weekend kali ni aku ngan husband plan nak bukak luar. Mana tu tatau lagi. Hikss

Hari ni Sabtu, plan nak gi cek defect umah baru dan 1st visit by our ID consultant. Aku masih tak ada concept pilihan untuk suh ID tu plan...adehh...susah nya nak buat pilihan. So far tak leh buat banyak benda sangat untuk rumah ni sebab UDA bengong. Konon buat majlis penyerahan kunci tapi kuncinya tak dapat-dapat. Kena tunggu bank release last payment bagai...bila tanya bank, katanya dah setel semua....bila tanya UDA asik cakap kena cek dengan HQ and will call back...tapi haram. Dah lah air tak masuk lagi, tak ada meter air tapi dah suh owner cek defect within 2 weeks time. Memang sengal kan developer cap bumiputera nih. Bab makan rasuah laju lah kot...opsss...

Gantt Chart nak masuk umah

Punya lah semangat, aku siap buat Gantt Chart untuk masuk umah. Hahaha..project engineer sangattt!! Husband pun gelak bila aku bagi schedule ni kat dia. At least dah boleh plan apa benda patut siap dulu sebelum satu-satu benda tu nak dilaksana. Rupanya bukan senang weh...sebab sangat banyak melibatkan sub-contractor so memang susah laa nak commit ngan plan aku ni. Hahaha...

Within this week aku dengar 2 kisah tragis pasal kematian budak kecik. Sorang ni happened to my  beloved junior...anak umur setahun lebey meninggal tercekik anggur kat rumah pengasuh. Anak baru sorang k....memang sadis...tak dapat ku bayangkan perasaan parents dia. Sob sob. Pada hari yang sama, satu kes budak 3 tahun mati lemas dalam kereta sebab mak dia terlupa. TERLUPA ok, bukan sengaja. Maksudnya mak dia memang tak sedar anak dia ada dalam kereta. Bila datang masa nak balik kerja, tengok anak dah keras. Ramai jugak yang maki hamun salahkan mak budak tu. Tapi aku tak rasa ada mak yang sanggup buat cam tu kat anak dia kalau dia sedar. Jangan lah terlalu salahkan mak dia. Dah lah kawan tu hilang anak dengan cara menyayat hati, pastu kena maki hamun plak, Benda nak jadi. Dah sampai ajal dak tu, kalo bukan ngan mak dia pun, dia tetap dah sampai waktu. Tengok gambar dak tu, alahai, mcm anak aku je size nya...takpe, budak-budak suci ni dah selamat ke syurga. Kita ni belum tentu lagi.....dan kita juga belum tahu lagi Allah nak uji macam mana.... Bak kata bapa arwah budak tu, 'kalau bukan sekarang, lambat laun Allah nak ambik juga budak tu".......redha sangat kan...besar ganjaran pahala lah untuk mak ayah yang bole redha ngan kematian anak dengan baik insyaAllah. Semoga both parents ni diberi kekuatan dan ketabahan. 

Ok, hari ni gak ada MF3...macam ala-ala expo untuk perabot kat KL Convec. Tempat yang bagus untuk dilawati dan dihabiskan duit....hahaha....insyaAllah nak jugak gi jengah sana. Ok selamat berpuasa!!

Thursday, July 4, 2013

Mesir:::Allah, peliharalah kami umat Islam semua

Presiden Morsi kena guling sedangkan dia dipilih oleh rakyat menerusi proses pilihanraya yang sah. Sebab dia membawa Islam sebenar, dia tidak diterima, dia digulingkan. Allah, makin dekat dengan akhirul zaman, makin sesak dada umah Islam. Peliharalah umat Islam sekalian Ya Allah. Semoga iman kita semakin utuh. Semoga kita makin berani untuk tegakkan kebenaran dan semoga kita tidak takut untuk mati syahid mempertahankan akidah. Yang kekal bahagia hanya syurga. Jom tingkatkan kesedaran dan iman. 

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah Salawatu Alai Wasalam, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".

H.R. Muslim

Lihatlah persekitaran....umat Islam Rohingnya di Myanmar dibunuh oleh Buddha. Islam Sunni di Syria dibunuh oleh puak Syiah dan disokong oleh negara Syiah yang lain, pemimpin yang menegakkan Islam di Mesir digulingkan, rakyat Palestine dah lama ditindas Israel.....

Hanya mampu berdoa dan tumpang merasa kesakitan sedara-sedara yang terlibat. Banyak gambar-gambar di Facebook yang menunjukkan penderitaan mereka, kadang-kadang sampai tak sanggup nak tengok...tapi itu lah hakikat yang sedang merebak.

Kiamat dah dekat!

Dia outstation lagi

Hurmm....boring nya rasa bila dia pergi outstation lagi dan lagi....
Semoga dia pergi dengan selamat, beraktiviti dengan selamat, dan pulang ke rumah dengan selamat. 

Kali ni dia pergi beraktiviti dalam hutan...Pahang. Haish risau plak bila memikirkan abang emas sorang tu nak masuk hutan...haha...kalo bini dia ni lain lah sebab memang orang kampung sejati. Setakat masuk hutan belukar redah pokok rotan berduri atau tumbangkan pokok pisang dengan tangan je dah biasa...haha..

Semoga dia tak menjerit kalau kena gigit pacat...tapi aku kalau dengan binatang pacat memang alergi. Nampak pacat mengeliat je aku dah boleh jerit sekampung. Teringat plak masa ikut mak pergi morning walk kat kawasan dusun Sungai Batu Pahat. Ada pacat naik kaki aku, gegak gumpita jadinya kawasan tu sampai mak aku cakap selagi aku tak diam, dia tak nak tolong buangkan pacat. Hahaha...

Dia balik Sabtu ni insyaAllah. Ahad dah plan nak gi usha barang rumah. Next week pun dah penuh dengan pelbagai aktiviti. Kerja, meeting/review sessions, training, kunci rumah baru, site visit dengan contractor, start puasa, balik kampung...aduss....enggak cukup masa...perlu lebih energy....help help.

Rindu orang dalam hutan jugak~~

Monday, July 1, 2013

Bilik Beradu Idaman

Putih dan romantik dan moden

Coklat dan klasik dan simple



Cantik kan 2 gambar di atas. Di snap semasa berjalan-jalan di Harvey Norman. Kalau ada budget antara RM15-20k boleh lah beli terus suruh dia hantar balik rumah. Masalahnya, tak ada budget sebanyak itu....hahaha....

Sekarang tengah dalam mood nak cari design, tema dan style untuk rumah sendiri.....buntu...susah nak decide...adeh.....

Jalan-jalan IKEA

Meja belajar

Rak buku

Dapur kayu

Dapur kayu lagi

Dapur moden

Dapur moden kaler merah

Dapur moden merah lagi

Dapur kayu putih


Gambar-gambar di atas adalah hasil dari lensa kamera phone ku. Tetiba teringin nak berjalan ke IKEA. Sekadar nak cuci mata dan cari idea. Tak pandai laa...tak reti laa nak cari idea...adeh...semua benda nak kena tengok...acik pening! Hasilnya selepas balik dari IKEA....aku masih tak tau nak pilih dan tentukan...huhu.



***Pemaju sudah hantar surat untuk majlis penyerahan kunci....suka suka...tapi....kena bayar a few things yang mencecah 5k jugak sebelum dapat kunci, so sedikit tak best rasa di hati...dah lah service charge yang kena bayar monthly tu naik 2x ganda.....vengong....bayar service charge rumah je dah sama ngan bayar sewa sebijik rumah teres satu tingkat kot....sakit jantung.

Tanda Hati

Walaupun dah bertahun jadi pasangan bercinta....Encik Ayep tak pernah lupa belikan saya tanda hati setiap kali beliau ke mana-mana (luar kawasan)......walaupun kecik, mesti ada....
The latest one....bear kecik.....huhu
Sweet lah Encik Ayep....
I like!

Ahli Baru...

After 5 and half years having Encik Merah with me....now I welcomed Encik Biru to my life.
Encik Ayep yang banyak pengaruhi untuk memilih Encik Biru. Walaupun Encik Biru ini best, tapi Encik Ayep tetap the best!
Sayang Encik  Biru....tak besar, tak kecik, just nice for our family....anak baru sorang....tak perlukan lagi yang bersaiz besar....

Dan Encik Merah pula sudah dimilik tuan baru....sayang memang sayang...tapi...kesian dia kalau terus ditinggalkan tak digunakan....so lebih baik bagi kepada tuan baru untuk menyayangi beliau. Sesungguhnya Encik Merah sangat banyak kenangan.....suka duka memori diri....sebab...saya ni suka luah emosi rasa dan sebagainya masa tengah drive sorang-sorang....so...hurmm....lepas ni luah emosi pada Encik Biru pulakk.... 

Kepada Encik Merah, sila simpan rahsia saya yer bila bersama tuan baru...hahahaha....




Encik Arep suka bon*** seksi

Friday, June 21, 2013

Deposit Api dan Air



Semalam dapat surat dari developer. Dia dah minta duit untuk deposit air dan letrik. Deposit letrik RM1000 + RM10......dan deposit air Syabas RM100.....so total RM1110...

Oh mak aiii..mahai nya. Pengsan.
Bila nak dapat kunci pun tatau.

Sunday, May 26, 2013

Sunyi

Dia pergi outstation lagi. Saya sedih dan tak suka setiap kali dia tak ada di rumah. Saya tak suka ditinggalkan di rumah ini. Walaupun dah hampir 3 tahun menginap di sini, saya masih tak serasi. Saya nak dia cepat balik sini. Temankan saya. Setiap kali sebelum dia pergi, saya mesti rasa tak best. Saya risau. Saya sunyi. Saya rasa nak ikut. Saya tak suka ditinggalkan walaupun sekejap. 

Luckily, bebek dah besar. Dah boleh jadi teman mama berborak bila mama sunyi. Dah boleh pujuk mama dan pegang tangan mama bila mama mengangis kerinduan. Tapi bebek jugak seperti mama. Dia pun cakap asyik rindukan ayah. Dia asyik tanya macam mana dia nak peluk ayah malam ni. Adeh. Bebek buatkan mama lagi rindu ayah.


Bila dia tak ada disisi, saya rasa cacat. Saya rasa tak ada semangat. Kalau terpaksa drive sorang, saya rasa sedih. Saya menangis rindukan dia. Kenapa racun dia sangat kuat. Bila tiada depan mata, saya jadi ketagih dan hampir gila.


Tapi, bila dia ada, saya sering saja buatkan dia tertekan dan geram dan pening lalat melayan kerenah saya. Dia, fahamilah saya, saya dengan bebek tahap mengada nya sama sahaja. Kerana kami dulu pernah bersatu dalam badan yang satu. Dia, saya kini dalam fasa....'teman' baik bakal menjengah. Bila time begini, saya rasa saya gila dan tak waras mengawal emosi. Fahami saya....maafkan kekurangan saya.


Dia...cepatlah pulang. Saya dan bebek sudah rindu sama dia. Sangat!


Sekian.

Monday, May 6, 2013

Abang Arif....I Love You!



I Love You

I miss your touch, the smile on you face and the sound of your voice so sweet
I love as the day ends, to lie in each others arms, to kiss you and to feel your heart beat

I love to feel you in my arms as you sleep so peaceful and sweet
The warmth of your body, the smell of your perfume and to feel your heart beat

To see you in the night, in the light of the moon for you are so beautiful
Your love, your warmth, your laughter, your touch fills my heart so full

My one desire is to love you so much that you never have doubt
The love that I feel for you is so overpowering that at times I want to shout

I want to shout out that I love you and I adore you
I want the world to hear me praise and love for you

I wish that I could lift you to the stars above
I know that you were sent by God to me with love

I adore you not only for only your beauty but for what you have shared with me, your love
You are a beautiful person whose inner beauty is like that of an angle from above

I praise you as my husband, a husband more perfect than any other
I praise you for you kindness & love that you share with our children as their father

I look at you and see a special person, one of a kind
God has blessed us all and me especially with a husband so fine

Together we have stood for each other
I can only love you and never another

Please know that I love you for all that you are and all that you give
I promise to love you, hold you, adore you and praise you for as long as I live

I love you



By Dazy


Thursday, April 25, 2013

UNDI PRU 13



Dah lama bebenor aku tak hupdate blog. Banyak jer cerita berlaku tapi maleh bebenor weh….

Next week nak mengundi. Weeee
Aku insyaAllah akan balik kampong untuk mengundi. Balik sehari semalam jek….sebab aku balik ngan anak je. Husband undi kat sini jek. Semangat tak i?

Update life sekarang:
Kerja dah makin ok sebab boss dan kawan2 ok….dan cabaran dia pun best…hopefully leh berkekalan laa tahap best ini…..
Rumah baru tak leh masuk lagi. Asal aku call developer tanya jer, mesti dia akan kata lagi 2 bulan kot kak….dalam proses nak dapatkan segala macam approval. So dah dekat nak tengah tahun, mood nak pindah pun dah ke laut.

Memandangkan tarikh nak pindah tatau bila dan masih samar, aku ngan husband decide untuk alih perasaan excited kitaorang kepada benda lain plak. Yess…..kita tukar kereta baru lah. Hahaha….paw arr sikit duit utk masuk umah tu buat bayar muka keta baru….

So now tengah tunggu update pasal my new car loan….dan juga tunggu update kalo-kalo ada buyer untuk kereta lama ku….

Sebut bab undi ni kan…hurm…kalo dah jenis pengikut tegar lagi totok tu….memang tak akan berubah lah. Sanggup pekakkan telinga dan rabunkan mata daripada mengkaji dan melihat dan membaca cerita-cerita terbaru untuk buat comparison. Kalo boleh info maklumat hanya semata-mata dari tv3suku dan utusan meloya jek….selain dari tu tak boleh percaya dan kalau boleh nak sekat sapa-sapa saja yang dok sebarkan berita selain dari sumber yang 2 tadi….

Wallahualam.
Aku nak undi berdasarkan apa aku percaya, apa aku rasa, apa aku lihat, apa aku dengar, apa aku faham…..

Jom turun undi!!

Wednesday, February 20, 2013

Near miss...hampir eksiden!

Pagi tadi, anak aku beria nangis cakap mama jangan lah pergi kerja hari ni. Duduk lah rumah...sambil mandi pun dia nangis ulang-ulang ayat yang sama. Tak pernah plak dia tak kasi aku gi kerja. Selalu dia nangis cakap tak nak pergi sekolah jek, nak duduk rumah dengan nenek.

Hurm, lepas hantar dia sekolah, aku drive sengsorang nak gi spital sebab nak temankan husband nak buat operation telinga. Jem hamat lah jalan masa tu. Aku guna jalan kontra cheras-kajang menghala ke KL.

Tengah duduk diam-diam akibat stuck dalam jammed, tetiba ada kereta gila dari arah bertentangan memotong dan tak lepas dan telah masuk ke lorong kereta kami yang nak ke KL ni dan telah menghentam kereta depan aku sampaikan segala cermin serpihan berterbangan atas wind screen kereta aku. Aku hanya melihat tanpa berkelip dan terjerit dan mengucap melihat kereta gila itu terus meluncur laju untuk menghentam kereta aku pulak......face to face maaaa......

Alhamdulillah driver cina tu dapat pusingkan stereng dia untuk kembali ke jalan asal dan terus blah tanpa rasa bersalah. Seyes aku terkejut dan ketaq dan sangap kat situ. Mujur jammed dan stuck so masih ada masa untuk tarik nafas urut dada di situ. Kereta depan aku tu memang serebeh laa sebelah....mujur kereta dia kuat chasis nya so driver tak kena penyek. Tapi aku rasa pintu dia mesti tak leh bukak akibat kesan hentaman itu. Cermin sisi terpelanting atas kereta aku daaa.....kesian driver pompuan bertudung kuning tu...sengsorang...mesti dia terkejut tergamam tatau lah ter apa lagi.....mujur keta dia masih boleh gerak....so bila trafik dah bergerak ke depan, dia pun terpaksa bergerak seperti tiada apa berlaku. Jahat sungguhlah driver gila yang suka ati jer memotong masuk lane orang. Sumpah seranah laa untuk dia.

Dan aku terfikir, kalau dia hentam aku berdepan tadi, memang arwah laa....tak dapat lah nak gi amik anak sekolah petang ni, tak dapatlah nak tunggu husband sedar bila keluar operation theatre nanti. Habis lah.....masuk syurga ke neraka nih.....astagfirullah.....senang jek kalau ajal dah sampai. Duduk diam-diam dalam kereta tak bergerak pun boleh kena hentam dengan orang gila....

Alhamdulillah umur masih panjang. Malaikat berjaya pusingkan tayar kereta gila tu dari naik atas kereta aku. Teringat plak, dulu malaikat gak laa peluk husband aku masa keliling beliau adalah api yang panas dari gas asli perut bumi....Allahuakbar....

Mari tingkatkan doa!!

Lakaran ilustrasi yang tak comel dari aku....haha..laluan kontra tu hanya dipisahkan oleh kon polis jek (bentuk segitiga).

Re-constructive lagi....

Hari ini, 20 Feb, husband aku sekali lagi kena masuk bilik operasi....untuk satu lagi siri pembedahan membaiki parut beliau. After 2 years, doktor dah nak mula series of re-constructive untuk muka beliau. Hari ini, doktor nak release or cut his ears. Cuping telinga yang tumbuh semula tu dah tak adar rupa cuping...cuping dah masuk dan melekat dalam isi leher...ko boleh bayang tak??? Tak nak share gambar sebab...ermm....kalau aku jd tuan punya badan pun aku tak nak orang tengok kot. So doktor nak potong untuk asingkan balik cuping dengan leher....dua-dua belah plak tu.....horror kan dengar?? Apatah lagi perasaan husband ku yang melaluinya. Kali ini dia kena admit kat spital untuk beberapa hari supaya doktor dapat monitor lukanya.

Semoga operasi berjalan lancar dan selamat dan cantik......doktor kata, lepas ni masih ada beberapa lagi series of operation.....tatau sampai bila.....

Sampai bila?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sampai bila?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sampai bila?
.
.
.
.
.
.
.
Tatau lah!

Sehingga sekarang, kesan trauma masih ada. Kami masih dipandang pelik atau jelik (tatau lah apa rasa di hati orang2 yang pandang tu) apabila berada di public area. Suami ku masih menerima layanan kelas kedua daripada orang-orang yang tak sensitif. Selalu terjadi bila bersama sales girl dan waitress......contoh; nak beli kasut sukan lelaki. Husband aku tanya itu ini, tapi si penjual akan menjawab dan memandang pada aku seolah aku yang tanya...naper? Takut sangat ke nak pandang muka husband aku?

Bila kat restoran plak, husband aku yg angkat tangan minta waiter/waitress antar bill, tp most of the time derang akan letak bill depan aku....hoih, tak kan setiap kali makan aku kena bayar? Kenapa takut sangat nak bg bill pada orang yang minta tu sebab dia pakai topeng??

Seyes aku rasa tak selesa.....bila situasi ini sering terjadi....janganlah kita melayan orang yang tak sama dengan kita dengan layanan yang berbeza. Please laaa....

Emo plak tiba-tiba....adeh.....

Cepatlah keluar abangku sayang dari bilik bedah itu.....miss u already!!

Monday, February 18, 2013

Amah Dera Baby Lagi

Kesian, sedih dan takut bila baca kisah baby Mohamed Hareez, 4 bulan yang dilambung-lambung seperti menebar roti canai oleh bibik dia yang sengal. Hari ni plak baca paper kata baby tu kena tahan kat spital sebab keadaan yang lemah. Hurmmm....tak dapat bayang perasaan ibu beliau.....semoga baby itu selamat.

The baby and her mom...credited to Sinar Harian

Itulah risiko bila bagi orang lain jaga anak kita. Hurm...semua benda ada risiko. Jaga anak sendiri pun ada risiko gak. Kerja kat plantar minyak bley risiko terbakar, bawa kereta gi beli beras pun leh jadi eksiden.....even ada gak bapak sendiri terlanggar anak sendiri dengan kereta sendiri di depan rumah sendiri.....dan ada jugak kes mak tengah dukung anak bawa pi angkat kain di jemuran tiba-tiba buah durian jatuh dari pokok timpa kepala anak dia yang dalam dukungan mak dia....meninggal terus.

Semua benda ada risiko. Banyakkan lah berdoa agar apa yang terbentang depan kita adalah selamat dan pilihan terbaik. Jangan plak kita hentam terus....haaaa padan muka sapa suh amik maid lagi.....sebab, bahagian kita tak tau lagi camna.....

Jagalah diri dan keluarga masing-masing dan berdoalah. Hanya Allah yang tahu apa nak jadi kat kita atau keluarga kita sat lagi.....

Wallahualam....

...psss....ada gak few of my friends yang dapat maid baik...alhamdulillah...rezeki...keberkatan...semua tu rahsia Allah....atas amalan kita gak. Pray hard mammalova!!

Tertipu dengan blogger penipu?

Ahaha...terbaca kat blog...ramai tengah kecoh pasal blogger bvlgarigirl tu sebenarnya adalah kisah dongeng....hurm...lawak-lawak sebab aku pernah tegar mempercayai cerita beliau. Tapi dulu laa...

Masa aku kerja kat Kertih dulu, rajin gak lah aku baca setiap update kisah percintaan dia yang sengit....dan pernah gak aku terkagum dengan kecantikan beliau walaupun sekadar tunjuk gambar sipi-sipi.

Tapi sejak pindah keje KL, dalam 2 tahun lebih ni aku dah tak ingat pasal blog tu. Aku pun tak pernah follow blog tu tapi sebab dalam pc ofis lama aku dulu dah memang ada link ke blog beliau. Then bila aku pindah opis dan tukar pc lain, link tu pun hilang, maka aku pun terlupa terus kisah beliau.

Tup tup keluar cerita sebenar yang dia tipu jek....tak tahu lah apa lagi kisah hanget beliau dalam 2 tahun yang aku ketinggalan ni. Tapi kiranya....lawak lah jugak sebab aku pernah terperdaya.

Nak tipu pasal jalan cerita chenta beliau tu lantak lah dia...sebab...sama jek macam kita baca novel....memang sah-sah cerita yang kita baca tu adalah rekaan penulis.....tapi dari segi etika awek tu...hurm...dia claim yang cerita itu diri beliau dan gambar orang lain dijadikan gambar beliau...itu adalah jelik.

Alhamdulillah aku ter'stop' dari terus terpedaya agak lama dahulu. Keh keh keh....

Caya sama itu orang pun ada lor.....

Thursday, February 14, 2013

Cuti-cuti bersama keluarga

Ini cerita lama...tapi nak story gak. Last 2 weeks, masa cuti Maulidur Rasul, aku ngan husband saja amik cuti panjang untuk habiskan masa jalan-jalan. Kitaorang saja tak nak kacau time cuti raya Cina sebab clash dengan cuti sekolah, so sure orang adalah sangat ramai kat mana-mana pun compared to cuti maulidur rasul kan. Kitaorang plan nak drive balik kampung then singgah cuti-cuti kat Penang, then gi Langkawi plak. Hamboi berjalan sungguh!

Kitaorang overnight satu malam je kat Penang. Sempat lah naik Bukit Bendera dan pusing Queensbay Mall...eh tak pusing pun, singgah makan je. Banyak habis masa kat hotel je sebab memang nak berehat. Kitaorang stay kat Hard Rock Hotel....hehe....tak sangka plak masa stay kat sini boleh plak serempak opis mate dan family encik bos...hurmm....kecik nya dunia.

Overall, aku suka hotel ni. Berbaloi dengan nilai yang dilaburkan. Swimming pool pun best untuk layankan si anak bermain air. Cuma timing nak mandi tu, kalo tengah hangat-hangat matahari terik, ada lah pemandangan tak comel bilamana minah saleh tengah berjemur...uhuk. Then dia ada kawasan pantai kepada sesiapa yang nak main pantai...tapi kitaorang tak pergi pantai sebab ada sorang budak tu alergik pasir. Dia kata geli nak pijak pasir dan akan nangis bila pasir masuk kasut...haish...memang tak leh bawa jalan pantai budak ni.

Persekitaran hotel pun sangat ok sebab tepi pantai, ada banyak gerai-gerai cenderamata, kedai makan......kiranya boleh lah feeling pelancong kalau berjalan di sepanjang jalan berhampiran. Haha.

Dalam bilik...ini jer gambar yang selamat untuk diblogkan...haha

Walkway ke bilik.

Gambar-gambar lagenda rock sedunia...datang sini terus kenal artis rock...haha.
Bukan cuti sekolah pun ramai orang bah....

Mama nengok jek, ayah yang wajib layan anak dalam pool.

Enjoying the pool.
Gambar depan hotel.

Lepas semalam kat Penang, kami pun balik Perlis. Esok nya ke Langkawi pulak. Pengalaman horror nak gi Langkawi ni bila part beli tiket dan menunggu feri di Kuala Perlis. Bila lah nak berubah. Tahun lepas aku pergi pun sama jugak situasi nya. Sabaq je lah. Tak mau cerita tapi memang seksa wey.

Kami pergi satu family. Mak ngan ayah dan adik dan ipar pun ikut. Reasonnya, aritu mak aku kata lama dia tak tidoq hotel, so aku pun terus plan nak ajak dia gi tidoq hotel. Tapi tak kan lah hotel Sri Malaysia Kangar atau Alor Star plak kan....ajak tidoq kat Penang derang tak mau...so aku ajak pi Langkawi. Hehe...sonok-sonok.

Tapi kami memang plan tak nak pusing pulau. Just nak tido hotel dan shopping aja. Tapi daku tersalah pilih hotel laa...tak best langsung.....seyes nyesal dan tak mau tidoq kat hotel tu lagi dah. Aku book Awana Porto Malai ataupun dah tukar nama kepada Resort World. Amik 3 bilik sebab ada 3 family......tapi...hurmmm bilik memang tak jaga. Kesimpulan dia, teruk lah hotel tu. Tak cantik dan dah lama kot. Lepas ni kena labur lebih sket untuk dapat hotel atau resort lagi best. Kesian mak ngan ayah ku.....huhu. Nyesal tak amik Meritus Pelangi. Next time ok.

Dalam tak plan nak pusing pulau tu, sempat jugak merasa island hopping. Naik bot laju gi Tasik Dayang Bunting. Tapi kami skip tak join semua aktiviti dia sebab masa tak banyak. Pergi sehari semalam jek. Plan nak gi shopping lah kononnya...end up kitaorang spend setengah jam jekkk kat Ismail Group Pekan Kuah. Cett.....then selebihnya sambung shopping kat Jetty Point sementara tunggu feri. Hahaha...oklah, selamat duit kan. Aku tak sempat nak beli apa yang aku idam....so ada alasan nak pergi lagi nanti. Hoyeh.

Hotel area. Sini je kot tempat yang cantik kat hotel ni.

Swimming pool dia tak best!! Tapi tak ramai orang time ni.

Tokwan layan cucu.....ayah sibuk amik gambor.....

Balik dari cuti-cuti ni, kami 3 beranak demam hokey. Start ngan husband aku dulu, then anak then mama. Sabar je la....agaknya tak tahan cuaca panas kot...banyak sangat berjemur. Haha....bajet.
 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template