Saturday, November 24, 2012

Oh My Wedding Ring!

 Teringat kenangan nak gi beli cincin nikah masa bergelar tunangan orang. Bakal mak mertua ngan bakal suami ajak gi beli cincin. Kami pergi kat Habib Ampang. Segan nak mampuih time tu.... Bila bakal mak mertua suruh pilih cincin mana yang berkenan, aku tunduk jaa....cakap kat dia...makcik lah pilihkan. Saya tak pandai pilih. Padahal segan tahap dewa. Seyes aku pandang je barang-barang dalam kedai tu. Tak penah weii masuk kedai besaq camtu. Selalu ikut mak aku pi kedai mas cina kat pekan Kangaq tu ja...habis canggih pun Emas Sri Pinang kat Giant Aloq Staq. Hahaha.... Pastu, depa je lah yang dok belek. Aku tunduk je. Diam jek. Then, encik tunang pun tunjuk satu design ni. Dia kata nak tengok yang tu. Orang jual tu pun amik kan. Suh aku cuba. Ketaq tangan aku nak cuba bila dia sebut harga. Gila ka hapa cincin putih kosong mcm tu pun mahai nak mampoih. Cuba je lah...tapi ketat. Orang tu kata boleh besarkan. Then, encik tunang kata ok, nak yang tu. Pengsan! Harga dah separuh nilai hantaran pak aku letak aritu. Wallaweyyy.....riuh sekampung kalau mak-mak menakan aku tau ni....hahaha. Siap encik tunang bayaq ngan kad kedit, top up plak ngan cash...terlebih credit limit ke haper tatau la....aku diam jek. Ikut je apa depa nak buat. Pemalu kan aku...hahaha.

Bila dah setel, aku ngan bakal mak mertua tunggu kat depan kedai sementara tunggu encik tunang amik kan kereta. Sekali ada sekoq burung bedebah pi bedil tahi dia habis berteraboq atas pala aku....kambengggg....bukan setakat tudung, tapi habis baju aku sekali terkena bedilan tu. Seyes aku nak pengsan. Cepat-cepat cari paip ayaq kat tepi kedai, cuci apa yang patut. Then naik kereta balik ke rumah kawan baik aku yang sudi tumpangkan aku. Memang keji burung tu. Malu tahap gaban tak yah habaq laa...aarrgghhhh.....kenangan sungguh la.

Bila dah balik umah masing-masing, baru laa aku berani nak tanya encik tunang. Tu pun thru sms. Segann.... Tanya dia awat beli cincin mahai sangat. Gila ka hapa...haha....dia kata don't worry. Dan design yang dia pilih tu tu nama nya 'solitaire'. Dia dah study pasal jenis-jenis cincin berlian ni. Design yang tu paling legend. So dia memang dah decide nak beli yang macam tu. Maka aku pun dapatlah ilmu baru pasal cincin berlian. Hahaha....memang kampung kan aku. Encik tunang yang lelaki tu plak lagi tahu pasal barang kemas ni. Kih kih kih....

Pastu masa malam nikah, aku paling tak sabaq nak pakai cincin tu. Seyes teruja nak pakai cincin tu lebih dari berdebar nak menikah. Hahaha. Cincin tu laaa perkara pertama yang mengiringi peng'halal'an ikatan suci antara aku dan suami. Dan kerana menyarungkan cincin itu lah aku dapat rasa sentuhan pertama si suami. Then dapat salam tangan dia, cium tangan dia...oh...sweet nyer.

Tapi, sekarang mana cincin tu? Aku tak ingat mana aku letak. Dok cari kat tempat yang memang selalu aku letak, tapi tak ada. Dah 2 bulan aku tidak nampak akan cincin itu. Sedihhhhhhhhh.......rasa bersalah lagi berdosa pada suami ku.....nak beli baru ganti, tapi tak mampu....huwaaaaa.... Doakan lah aku dapat berjumpa kembali cincin kesayangan ku itu...uhuk.....




Thursday, November 22, 2012

Luahan 5 minit...zassss

Oh saya sangat busy...kerja pejabat seakan tiada ruang untuk bernafas...saya cuba yang terbaik untuk puaskan hati clients....semoga berjaya....saya puas hati bila clients suka dengan kerja saya....dan projek mereka boleh terbang tinggi...tapi saya perlukan lebih masa untuk berikan yang terbaik.

Busy sampaikan saya kena buat kerja di rumah...oh...itu sepatutnya tak patut dilakukan...tapi daripada saya kena pergi kerja masa cuti, baik saya buat kerja sikit-sikit kat rumah. At least sambil renung nombor-nombor, saya masih boleh join anak saya menyanyi lagu Barney-I Love You!

Rumah baru pun dalam fasa terakhir. Khabarnya kunci boleh dapat bulan depan. Alamak, tentu lepas ni perlukan masa khusus untuk mendekorasi rumah. So far sekadar sempat mencari sebut harga kabinet dapur dari 3 buah syarikat. Cukup lah 3....pilih saja yang ada. Juga sedang menantikan hasil lakaran encik Kent untuk tema dekorasi rumah....lebih senang kita sub saja pada mereka yang expert untuk tujuan dekorasi.

Oh, cepatlah bulan Disember....semoga bulan Disember dapat membantu mengurangkan beban kerja pejabat. Bulan Disember jugak nak fokus rumah baru. Bulan Disember juga mahu berkursus. Bulan Disember juga mahu cuti-cuti honeymoon sempena ulang tahun pernikahan. Bulan Disember juga mahu temani anak hadapi minggu orientasi sempena bakal ke sekolah baru. Wah...banyak nya aktiviti. Wah....tiada rehat juga nampaknya.

Dan bulan Januari.....semoga ada pembaharuan...boss dah bagi hint...selepas ini saya pula merasa berada di pihak clients....semoga ini adalah jalan terbaik untuk saya...Ya Allah, bantulah saya memilih jalan terbaik dalam semua urusan saya....Amin....semoga Encik Besar itu insaf dari sifat aniaya orang yang tak pandai 'kiss his ass'.....oh no, apa saya cakap ni...

Ok sekian luahan untuk 5 minit ini....mari sambung buat kerja.

Saturday, November 17, 2012

Kasih Ibu versus Kasih Anak

Pagi ini aku dan husband ke klinik berhampiran untuk rutin nebulizer si anak. Dia kena buat nebulizer selama 5 hari, 3xsehari. Memang minggu ni kitaorang jadi pengunjung setia klinik tersebut.

Masa menunggu giliran, datang seorang nenek tua tercungap2 macam sesak nafas ditolak atas kerusi roda. Sempat ku berborak dengan Alyaa.

"Alyaa, tgk nenek tu. Kesian dia sakit. Nanti kalau Alyaa dah besar, mama sakit mcm tu, Alyaa jaga mama ek....tapi doakan lah mama tak sakit ye."

Sambil mengangguk, Alyaa terus menadah tangan berdoa.

"Ya Allah, bagi lah ayah Alyaa sihat".

Erkk...ayah jek? Mama yang cakap ngan awak kot. Apa2 lah.

Then, sampai turn kami. Bila masuk bilik procedure, nampak nenek tu tgh dapatkan bantuan oksigen. Oh rupa-rupanya perempuan yang bersusah payah menolak kerusi roda, mengangkat nenek dan memegangkan topeng bantuan oksigen itu adalah bibik nya. Seorang perempuan yang lebih muda dan bergaya sekadar memerhati bercekak pinggang. Ini si anak nenek tadi.

Terpikir sejenak. Macam aku ni, anak sakit, mak ayah tak kesah susah payah nak berikan yang terbaik. Sambil pegangkan topeng nebulizer, diusap-usap kepala anak. Dicium-cium dahi. Penuh kasih sayang menemani si anak. Tapi, bila turn si ibu pulak, wallahualam.

Belum tentu si anak mampu berbuat seperti layanan ibu terhadap anak. Aku insaf sejenak. Aku tak berada di situasi mereka dan aku tak berani nak judge. Cuma sekadar terkenangkan diri sendiri dan reflek pada diri sendiri.

Ya Allah, janganlah aku diuji dengan ujian sebegini. Aku sayang ibuku. Aku sayang anakku. Tapi kasih sayang-Mu nyata tiada tolak bandingnya. Peliharalah mereka-mereka yang aku sayangi ini dengan penuh rahmat kasih sayang-Mu.

Ya Allah, kurniakanlah kesihatan yang baik untuk ku, ibu dan ayahku, suami dan anak ku. Jauhilah kami dari usia hina. Semoga husnul khotimah milik kami.

Amin.


Hancurlah Yahudi Laknatullah!


Sakit hati sedih tersayat-sayat tengok update pasal sedara Islam di Gaza yang tengah rancak diserang Israel Laknatullah.... Tapi kat Malaysia ni pun rancak gak dok naik kan isu Nurul Izzah sampaikan TAN SRI Harussani pun bersuara. Watever! Kalau lah Malaysia ni jadi macam Gaza, agak-agak apa laa kita semua ni tengah buat ekk...masih nak berdebat lagi kaa...dadidu~

Nak boikot sungguh-sungguh pun, kita dah terlalu banyak bergantung pada produk Yahudi Laknatullah ni....so boikot takat yang terdaya je lah...tak kan nak buang habis android google laptop bagai....adeh...facebook....adeh....

Pemuda pemudi Gaza ramai yang syahid mempertahankan Islam.....pemuda pemudi Malaysia ramai yang mati katak (jika yang mati ketika berlumba motor rempit)....isk isk isk....

Jom amal Qunut Nazilah banyak2....setiap masa insyaAllah....semoga semua musuh Islam tak kira lah kat Malaysia ke, Palestine ke mana....sama-sama dihancurkan....

Dan, semoga kita semua mampu berusaha meningkatkan amalan untuk melayakkan diri ke syurga abadi sebab kat sana nanti, tak ada dah perang-perang penindasan rempit-rempit tak puas ati semua ni....the only place utk menikmati kedamaian hakiki.....Allah, pimpinlah kami mejadi ahli syurga-Mu...jauhilah kami dari kemarakan dan seksaan api neraka-Mu....

Amin Ya Rabb.
 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template