Thursday, October 18, 2012

Design for Kid-Friendly Kitchen!





Sekarang saya tengah verangan nak buat kitchen design….memang sedang mengumpul idea dan gambar segala bagai. Seronok kan berangan~

Apa yang saya fikirkan adalah sesuatu yang simple dan mudah terutama maintenance part. Kalau kitchen cantik sangat macam kat gallery perabot tu, tapi susah nak menjaga untuk memastikan kecantikan nya berkekalan…tu namanya tak praktikal kan. Rumah kita of course lah untuk kita duduk sesuka hati, bukan untuk dijadikan bilik pameran. Tapi kalau kitchen semak serabut pala pun, tu namanya sarang tikuis…..keh keh keh.

Saya terfikir nak buat dapur yang kid-friendly. Maksudnya ruang dapur yang mudah untuk di ‘access’ oleh kanak-kanak. Bukan ruang dapur yang tidak mesra kanak-kanak ek..jangan salah paham plak. Bukan apa, kalau boleh saya nak my kids nanti suka masuk dapur terutama part menolong mama mereka buat kerja dapur.

Hahaha…. Saya nyer plan nak anak-anak saya pandai buat kerja dapur. Tak pandai masak tak per, tapi pandai benda basic kat dapur. Contohnya, pandai cuci pinggan mangkuk, susun pinggan mangkuk dan barangan dapur yang lain, kemas dapur setiap kali lepas guna, buang sampah setiap hari etc….. Bab memasak pun nak gak anak-anak ni biasakan diri mereka untuk benda-benda simple lah seperti masak air, masak nasi, bakar roti, serve food etc….hehehe.

Bestkan kalau anak-anak rajin tolong kita kat dapur…hehehe nampak sgt motip aku nak ada penolong…dasar mak pemalas…ekekeke…. Tak der lah, just nak menikmati setiap moment kat rumah tu dengan family bersama-sama….enjoy kot. Hehehe….jom gi usha IKEA nyer kitchen design….yeah!

Ada compartment untuk budak nyer dishes...kiut kan

Hak hak kelakar lah yang ini....

Kena ada stand stool ni untuk senang manjat.

Kiut kannn.....tapi putih sangat...kang nanti comot cepat lak...

Bayangkan ada 4 orang budak kecik camni serentak...hahaha...meriah weh!

Comel kan siap ada special mat untuk duduk2 ngan anak...

Friday, October 12, 2012

Adam dan Hawa





Ok, sekarang aku tengah layan cerita ini. Novel nya telah selamat aku baca, hasil pinjaman sorang adik manis ni. Dan aku rasa macam nak beli lah satu untuk koleksi sendiri. Aku ni jenis kalau cerita tu best, aku akan baca berkali-kali bila rasa dah nak lupa-lupa jalan cerita tu kan. Hehehe.

Ok, berbalik pada cerita ini…nama heroin nya kan Ain Hawani…. Aku suka nama tu dan kebetulan 1st word dia A… and 2nd word is H… Memang plan aku ngan husband nak letak nama anak A.. H… Kat depan sekali ada Nur or Muhammad lah….sama macam aku dan suami. A tu untuk nama husband dan H untuk nama aku…sweet tak kitaorang?! (huhuhu)

So aku pun tulis lah kat fesbuk nyer status…kalo ada next baby girl leh letak Ain Hawani plak…. Dan terus bertubi-tubi orang comment congrats…tahniah…siap ada pm aku dan husband ucap tahniah bagai. Alamakkk….telah berlaku salah faham di sini. Even aku dah delete post tu pun, still sampai hari ni ada yang ucap tahniah. Sengal. Dan of coz yang mengucap kan tahniah tu sah-sah tak layan cerita Adam dan Hawa ni….huhu.

Ok sekian. Nak habaq mai kat sini, aku belum ada isi lagi laa untuk anak ke dua….doakan lah yang terbaik untuk aku dan family ya. Sapa tak nak kan anak ramai….tapi Allah lebih bijak dalam percaturan-Nya.

Monday, October 8, 2012

Dapat Boss Baru

OK, finally after dekat 2 tahun kerja, baru dapat sorang senior manager yang bebetol. Tapi tatau lah betol betol benar atau sementara....tapi kiranya dah ada dedicated boss lah. After 1st meeting, baru lah dapat hidu bau-bau harum untuk perkembangan department aku ni. Seriously, department ni kucar kacir. Tenaga kerja profesional atau yang dah agak laku CV kat luar tu, memang dah ramai cabut. Tinggallah staf cabuk macam aku ni. Tu pun sebab tak tau nak lari mana. GM yang ada skrang adalah sangat sombong dan tak pernah tahu menghargai staf beliau. Tapi bila SM baru masuk, beliau dah ada sebut-sebut pasal nak adakan job description memasing (padahal ni benda wajib kot), nak review apa KPI department (ni pun tak pernah siapa yang tahu), kiranya ada plan untuk meneraju kapal besar sebagai nakhoda sejati. Alhamdulillah. Aku support je la. Mana tahu ada hikmah aku masih stay kat sini walaupun hati dah lama kecewa. Semoga makin berbahagia jiwaku di tempat kerja ini. Kawan-kawan kerja pun kadang-kadang buatkan kita sakit hati je. Kadang-kadang bole gak buatkan kita ketawa....kesimpulannya, tak leh lah percaya sangat. Sebab, kalau ada kesusahan, tetap hang kena tanggung sengsorang. Jangan dok harap laa ada kawan sekerja yang sudi bersusah payah untuk anda. Kalau ada yang minta tolong tu, tolong dengan sekadar ikhlas hati je lah. Jangan harap kalau aku minta tolong apa-apa pasni, dia atau mereka akan tolong balik. Inilah kehidupan. Apa-apa pun, time aku sedih atau stress kat tempat kerja, mesti muka laki ku yang aku dambakan untuk pujuk jiwa ku yang lara....cewahhh.....sayang nya pada kamu wahai suami mithali.....

Ok, dah penat merepek. Kerja tak best pun tapi kerja je lah seikhlas hati sebab nak kan rezeki berkat. Amin.

Monday, October 1, 2012

Bertembung Orang Sombong



Kita boleh kenal orang sombong nih camne. Macam kat ofis aku ni, dalam ramai-ramai rakan sekerja ada lah jugak yang jenis sombong. Ramai jugak yang jenis murah hati. Teramat ramai yang baik hati. Heeee.

Orang sombong selalu nya dia yakin dengan apa yang ada pada diri dia. Dia yakin yang dia tak perlukan orang lain terutama yang lebih kurang dari dia. Normally orang sombong nih tak akan sombong dengan orang yang lebih dari dia atau dengan orang yang dia ada kepentingan. Kalau setakat mulukut di tepian gantang tu, memang dia tak pandang laa.

Naper plak nak cakap pasal orang sombong plak ni. Hurmmm actually dalam bulan ni, 2x aku terkena tempelak orang sombong. Adeh.

Cerita 1:
Opis buat jamuan raya. Ramai-ramai makan so lepas amik makanan, main duduk je lah kat mana-mana kosong. Dapat lah duduk dengan ramai-ramai orang ni. Tak nak orang rasa pelik or kata kita sombong, kita pun bertegur sapa lah dengan orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang untuk memulakan bicara tu, kita saja lah tanya soalan-soalan remeh. “Sedap jugak mee kari ni. Puan Abby Cadabby (bukan nama sebenar) tahu tak caterer mana derang amik?” Sekali yang keluar dari mulut orang sebelah….”I don’t know and I don’t care.” Sambil teruskan perbualan topic lain dengan orang lain. Ciss…nyesal aku ramahkan diri. So makan je diam-diam kasi cepat habis then blah.

Cerita 2:
Dalam toilet ofis. Sama-sama gunakan sinki sebelah menyebelah. Seperti biasa aku yang ramah tak bertempat ni pun mulakan topic bicara. “Big Bird (bukan nama sebanar), bos u skrang dah naik pangkat as Senior Manager ke?” Dia angguk dan iakan. Pastu I tanya lagi. “Hebatnye. Muda lagi dah naik pangkat. Cepat betul. Murah rezeki dia.” Dia terus jawab….”Entah, I tak berminat. And I don’t care.” Terus dia blah camtu.

Hurmm….kesian plak kat diri aku nih. Huhuhu.
 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template