Monday, April 30, 2012

Happy Labour Day 2012

Kepada semua yang bergelar pekerja/staf tak kira lah buruh atau tidak.....



Happy Labour Day




&




Selamat Hari Buruh




dan




Selamat Bercuti....











*****P/S: Company aku siap bagi kad gituu....


Korang ada tak??






- Posted using BlogPress from my iPhone

Coffee Lover or Coffee Addictor?

Aku suka minum kopi. Adeh, susah nak skip benda ni bila plan nak diet. Masa pregnant dulu pun aku minum kopi...tapi tak kerap laa...sebab masa tu kat Kertih mana ada kedai kopi segera yang canggih. Tapi aku suka minum kopi kampung...cap Songkok ke, cap Aik Chong ke, cap Keretapi ke, cap Hang Tuah ke...apa-apa je lah.

Sekarang bila dah kerja kat KL, mak aii...makin melampau tabiat minum kopi neh. Ingat tak aku pernah tulis pasal promotion San Francisco Coffee? And this April, sepanjang sebulan, ada promo beli satu kopi, percuma satu kopi...dengan penggunaan CIMB credit card. So lagi lah laju aku ngan husband dok angkut kopi tu sorang secawan. Sambil tu, dapat penuhkan cop kat kupon untuk dapatkan kopi free.... 

Sekali hambik engkau, dah 2 kupon penuh cop...mak ai, sama dengan dah 20 cawan kopi kami minum.....tu belum kira yang dapat free....sebab kopi free tak boleh dapat cop....


Dah masuk kad ke 3
Dan aku rasa....nih dah tahap boleh mati keracunan kopi...isk isk....kena belajar kurangkan pengunaan kopi sebegini sebab tak baik untuk kesihatan. Lebih baik beralih kepada kopi kampung yang lebih 'light' kandungan nya. Hehe...

Tapi, dalam hati, berangan nak beli Coffee Espresso Machine tu kat rumah baru nanti....hahaha...siap dah kumpul duit untuk peruntukan menatang tu...yang canggih mahai wooo...setakat Dolce Gusto NESCAFE tu tak main arrr.....at least Coffee Bean nyer Espresso Machine yang comel tu ke....gugugugugu...bila laa aku nak insap neh.....

Dolce Gusto by NESCAFE

Dolce Gusto lagi...yg besaq sket.

Coffee Bean and Tea Leaf (CBTL) nyer Espresso Machine

Perisa kopi untuk CBTL


Nak jugakk...masuk frame...hik hik hik



Anakku dan Unta

Mari mengira unta....eh, ada yang jatuh terpeleot

OK, semua unta dah tegak...boleh mengira dengan tenang.

Banyak tak unta si manis ku? Hehe...

Asalnya ada sekor je, atok dia beli masa balik haji last year. Pastu, unta tu rosak selepas beberapa kali main. Unta tu bole berjalan dan ada lagu...Ya Taibaa...Ya Taiba....(sila sambung nyanyi sampai habis sendiri k).

Pastu, si atuk pun kesian kat cucu sebab unta dah rosak. So atuk berpesan kepada rakan-rakan sekeliling beliau, kepada sesiapa yang ada pergi ke tanah suci Mekah atau kawasan sekitar, untuk umrah atau haji, please tolong belikan unta mainan untuk dia.
Sekali hambik kau, ramai plak kawan-kawan atuk yang tolong belikan unta untuk si manis. Hahaha...siap boleh main race antara unta. Maka, secara tak langsung, anak aku dah jadi si pengembala unta mainan....hehe...kan best kalau dapat bawa dia jumpa unta betul. Mesti dia teruja kann.... 

Ada gak unta yang bunyi lafaz talbiah... Labbaikallaahumma labbaik....etc etc..... Seronok dengar, semakin teruja rasa hati nak gi Mekah...semoga Allah mudahkan....amin.

Jom, bawa unta naik kuda.

Unta menunggang kuda...nih idea si manis lah.

Semua ada 6 ekor unta...yeay....



**P/S: Sila abaikan keserabutan background gambar yer...biasalah rumah dah jadi lapangan mainan budak kecik.

Saturday, April 28, 2012

My Mom....Jom Balik Kampung Lagi

Mak bagitau, minggu depan dia nak kena operate. Dia kata, ok ja kalau aku tak balik. Ayah ngan adik lelaki aku ada nak jaga dia lepas operate. Aku pikir...ader ke plak....kejam kot kalau aku tak balik tanpa alasan munasabah....or bunyi ganu nyer...'dop saboh lasung'....huhuhu. Masa aku beranak ritu, mak laa yang jaga aku. Siap sapu ubat ngan pakaikan pad kat aku lagi...walaupun dah tua bangka...isk isk.....sayang mak, sampai bila2 tak terbalas jasa mak kat anak-anak.

Alhamdulillah, semalam sebelum balik kerja, aku apply cuti untuk minggu depan, dan boss terus approved. Mudah tol kerja online ni kalau semua orang ada depan pc jek...hihihih. Terkejut gakk bos approved tanpa banyak soal sebab dia baru jer anugerahkan aku 2-3 projek baru yang kena siapkan cepat.

Husband pun amik cuti. Dia nak ikut balik gak walaupun dia ada kerja nak setel. Sampaikan bos bagi ugutan, kalau kerja tak siap, tak bole cuti....tapi bila dia bitau bos pasal kes kami, bos dia pun ok...and dia berjaya setel kerja yang dia patut deliver next week by semalam gak....dan siap promise ngan bos dia untuk make sure dia akan sokmo update kerja kat rumah nanti...hai mudah nau bila dunia di hujung jari neh...

So, insyaAllah hari Selasa pagi nanti, kami akan bertolak balik Perlis dengan kereta. Lama tak pernah drive balik kampung. Kali ni husband nak drive sebab dia kata senang ada kereta sendiri nak ulang alik dari rumah ke hospital nanti masa mak masih kat wad. 

Mak kata, dia takut tapi sekrang tengah berlagak tak takut....siap boleh pesan, nanti masa kat spital, sebelum masuk OT, jangan cakap langsung pasal topik operation dia. Cakap pasal persiapan kenduri kahwin adik aku tak per....atau pun pergi lah duduk jauh-jauh dari dia....hahaha...cian mak, mesti takut tahap cipan. InsyaAllah tak ada apa-apa. 

So now, mari survey hotel murah-murah kat sekitar hospital tu untuk kami menumpang tidur especially untuk anak aku yang masih kecik. Budak kecik tak sesuai duduk kat environment hospital lama-lama.....semoga semuanya selamat dan dipermudahkan...amin!

Wednesday, April 25, 2012

Beli Rumah Lagi...

Hurmm....sekarang aku kena cari rumah untuk dibeli. Aku tahu penting ada rumah ni. Aset. Tapi, aku memang tak berminat nak beli kat KL. Mahal...dapat rumah kecik sekangkang semut. Pastu, sini bukan tempat kelahiran aku. Aku tak mau dan tak berharap dan tak pernah bermimpi untuk habiskan usia hayat tua (andai panjang umur) kat KL....aku tak suka KL.

Tapii......

Aku macam kena gak cari rumah kat sini. 
Aku kalau boleh tak mau beli lagi sebab...husband aku dah beli rumah untuk kami duduk.
Aku nak jadi typical perempuan yang biasa-biasa, mengharap pada suami je untuk sediakan kemudahan asas semua tu. Aku tak berminat nak tambah harta dunia sangat. Aku tak suka buat hutang banyak-banyak. 

Tapii....

Selagi aku tak ada rumah sendiri, aku akan terus dihantui persoalan dan pertanyaan itu dan ini. Aku rimas. So aku terpaksa jugak cari dan usaha beli rumah kat KL...arrgghhhh...benci tapi terpaksa....

Sob sob sob....

Sesiapa yang ada cadangan kat mana lokasi rumah yang sesuai kat KL/Selangor, yang lokasi sesuai untuk disewa....harga bawah RM350k....boleh lah bitau aku k.....

Sob sob sob....

Tuesday, April 24, 2012

Takziah Buat Maksu dan Keluarga

Semalam, selepas lebih 2 minggu kena tahan di hospital, maksu aku telah selamat melahirkan anak yang beliau kandung...ketika usia kandungan baru mencecah 21 minggu. Dan sudah tentu, bayi itu tak dapat diselamatkan. Premature birth. Tapi, menurut kata mak, baby tu dah cukup semua sifat. Rambut pun dah mula tumbuh macam bulu terung. Jari pun dah lengkap, panjang-panjang jarinya. Masa dikafankan, si ayah siap boleh kiam kan tangan si anak kecil itu. Baby boy. Memang maksu ngan husband ternanti-nanti seorang anak lelaki. 

Maksu aku alami masalah incompetent cervix. Nak tahu detail boleh lah Google. Tapi, serba sedikit yang aku tahu, masalah rahim yang tak kuat untuk tampung baby membesar. Actually masa 1st pregnancy beliau 7 tahun yang lalu, berlaku gak masalah ni tapi masa tu dah 6 ke 7 bulan pregnant. So, sempat lah tahan kat wad untuk bed rest sampai bersalin. Tapi, kali ni, masa 19 weeks, pintu rahim dah terbuka 2cm. Selepas 2 minggu kat hospital, dah tak dapat nak selamat. Patutnya, masalah begini boleh ditangani dengan mengikat pintu rahim atau kaedah cervical cerclage, tapi kes maksu aku dah terlambat untuk buat begitu. Doktor dah tak boleh buat. Maybe sebab takut kena baby ke haper, wallahualam. 

Maksu aku masih ditahan di wad, dan upacara pengkebumian dah selamat semalam jugak. Mak kata, paksu aku banyak menangis...maksu pulak nampak tenang....hurmm..ujian untuk mereka, selepas sekian lama menantikan kehadiran anak ke2. Kalau lah doktor yang dia refer sepanjang pregnancy dia nih lebih teliti, ambil berat pasal previous history pregnancy maksu aku, mungkin dia boleh ikat awal-awal. Tapi, doktor zaman sekarang, payah dah nak jumpa yang bekerja betul-betul untuk tolong orang. Banyak yang semata-mata nak amik lepas je.....asalkan gaji jalan, cukup lah....wallahualam. Tak semua doktor lah macam ni, tapi sangat susah lah nak jumpa doktor yang berminat nak dengar luahan pesakit nih betul-betul, setakat tanya sikit-sikit terus buat conclusion. Bagi je ubat tahan sakit dengan antibiotik. Kalau pesakit question lebih-lebih, naik angin pulak nanti. (Based on pengalaman aku dengan banyak jenis doktor dah, mostly yang middle age (30-45yr)).

Semoga maksu dan family tabah dan semoga rezeki lepas ni lebih banyak dan lebih diberkati dalam hidup. Semoga dapat pregnant balik cepat-cepat...amin.

Tuesday, April 17, 2012

Kereta Malaysia...Proton Baru

Preve merahhh

Interior....
Semalam bersamaan 16 April 2012 adalah pelancaran kereta baru Proton Preve. Aku tak ada plan nak beli or tukar kereta lagi so far. Saja try cari review-review orang kat internet pasal Preve nih. Ramai yang memuji dan ada jugak yang mengeji. Tapi perasan yang mengeji dah makin kurang dari yang memuji. 

Aku tak tengok pun pelancaran ni. Tapi dari review orang lain, katanya lebih superb kereta ni. Tengok spec pun, nampak semuanya bagus lah. Tak kan kat brochure nak letak yang tak bagus plak kan. Hahaha.

Bagi aku, kereta Malaysia ke, kereta import tersohor ke, yang mana bagus adalah berdasarkan budjet masing-masing dan cara pemanduan dan maintenance. Kereta import tersohor pun kalau sokmo masuk lubang, hancus gakkk. Kereta murah kecik pun, kalau bawa macam orang baru dapat lesen P and dapat plak kereta baru (kereta baru kan tak leh tekan more than 100km/h), sure tahan lama sket jangka hayat kereta tu. Iyer dak?

Dan berdasarkan pengalaman peribadi, Proton dah ada banyak peningkatan. Aku dibesarkan dalam keluarga yang pakai Proton jek. Bapa aku dulu pakai Proton Saga. Since 1990 sampai sekarang masih bertahan. Enjin hapa tak penah tukar hokey. Cuma baru-baru nih jek air-cond dia dah buat problem. Nih air-cond asal tau. Kira ok lah after 22 tahun kannnnnn..... Tapi kereta ni dah tak best bawa macam dulu selepas adik aku eksiden langgar pokok, langgar tiang letrik then masuk longkang beberapa tahun lepas. 

Then, bapa aku beli plak Gen2. Yang ni silap besar sebab bapa aku beli masa 1st keluaran. Memang ada a few problems lah. Power window tok sah cerita lah.. Command problems utk batch ni. Siap batch tu kena panggil balik sebab pasang tank minyak kecik, tapi bapa aku tak pergi pun. Hahaha....and alhamdulillah sampai sekarang masih berbakti. Perlis-KL anytime jek. Nih sekarang tengah nak psiko bapa aku suh beli mpv plak sebab ahli keluarga dah bertambah. Hahaha...

Dan aku plak, selepas mendapat tawaran kerja, terus cari kereta nak beli. Masa tu aku dok teringin Myvi tapi tak jadi beli sebab cousin aku dan ramai sangat orang dah pakai Myvi. Sengal. Last-last tinggal nak pilih antara 2 iaitu Proton Waja atau Toyota Vios. Masa tu, ini je lah paling mahal aku boleh beli. Heeee..... Akhirnya aku pilih Proton Waja sebab murah sket dari Vios dan hasil selepas solat istikharah. Jangan buat main, nak beli kereta pun kena istikharah k.

Dan kini, hampir 5 tahun kereta Waja itu berbakti pada aku. So far aku masih berpuas hati dengan performance dan prestasi kereta itu. Power window tak pernah rosak lagi. Lagipun dengar kata Proton dah bagi waranty 10 tahun untuk power window kan. Bagi aku, kereta proton best part handling. Nak layan selekoh tengah laju sedappp.... Aku penah bawa Vios masa join Defensive Driving selama 3 hari. Memang masa untuk lenjan betol-betol lah siap buat drift bagai. Dan terbukti Vios tak stabil laa....kalau laju goyang.  Agaknya body dia ringan kot. Hahaha. Yang paling best aku try buat drift bagai adalah Honda Civic. Memang sedap!

Dan Waja aku plak, berat dowh. Kalau nak press minyak nak potong ciluk-ciluk tu tak payah lah. Lambat wal lembab. Dah lah auto. Enjin capacity 1.6 jerk. Tapi bila dah laju, handling memang best. Gen2 pun handling best gak. Syiookk ja layan selekoh tajam. Aku memang suka bawa kereta laju tapi sekarang dah insaf sket-sket. Dan lagi satu, aku rasa braking system Proton macam tak mengacam sangat. Aku paling kerap kena tukar brake pad. Lepas baru tukar pun, aku tetap rasa brake dia tak cukup mencengkam. Mak mertua aku penah kata yang brake kereta aku tak best, tak macam Honda Accord or Mercedes dia...wakakaka...memang lah tak sama kann....

Lepas ni teringin nak tukar kereta yang lagi sedap dari segala segi. Hehe...tapi tak tahu lah bila. Kereta lagi besar, lagi banyak lah plak hutang. Ermm....hutang di sana, hutang di sini.....tak boleh blah.Kan best kalau hidup tak ada hutang neh.....

Monday, April 16, 2012

Isu Semasa April 2012

Minggu lepas dan merangkap hujung minggu hari Sabtu dan Ahad baru ni,, banyak benar kisah berlaku. Dan aku  pun dah lama tak update kat sini. Asik terjah baca update dari kawan-kawan jek. Diri sendiri jugak malas nak hadap. Kah kah  kah….sungguh tak patut!
Meh nak buat quick update secara random di sini.

Alhamdulillah, hubby dah selamat sampai ke rumah dari Away Day company beliau. Seronok dengar cerita dari mulut dia yang bersemangat bercerita pasal dinner malam last yang berkonsepkan retro. Habis pakat bergaya afro bagai. Dan my hubby pun amik peluang melaram dengan kemeje kotak-kotak, lipat lengan baju sampai ke atas siku…..dan sangat colorful mencucuk mata. 

Sehari lepas tu, dia ada plak sesi interview nak test kelayakan untuk naik grade. Result pun dah keluar. So far so good. Walaupun belum mencapai tahap kelayakan untuk naik pangkat, tapi kami sekeluarga sangat bersyukur dan happy dengan life sekarang. Yang penting, semoga Allah redha!

Then, last week jugak, kami balik Perlis. Yeaaaa haaaaa! 5 hari kat kampong serentak ngan sambutan Pertabalan Agung kita yang ke 14. Patriotisme tetap ada walaupun  tak berkesempatan nak tengok siaran pertabalan  kat tv. Hehehe. Sepanjang kat kampong, setiap detik dan saat dihabiskan dengan sebaiknya bersama keluarga. Melawat sanak sedara. Bawa mak shopping baju raya dan langsir raya kat Jakel. Juga shopping cuci mata dan cuci poket kat Padang Besaq. Tapi agak sedih sebab tak sempat nak bersama  meraikan kenduri besar paksu sempena naik rumah baru….gilak bapak besar rumah tok aku  kali nih…..kenduri house warming pun sakan  macam kenduri kahwin…siap ada kambing golek dan pelanduk golek. Tak pelah, kami sekadar meraikan dari jauh sebab hari kenduri tu kami dah balik KL….sob sob sob. Agaknya kalau arwah wan masih ada, mesti dia pun happy dapat pindah rumah banglo besaq….hurmmm tiba-tiba rindu kat arwah wan aku….alFatihah.

Google image.
Then, last Saturday, hubby ajak gi PC Fair. Mujur permohonan untuk gi PC Fair diluluskan. Maka kami tiga beranak pun siap awal-awal untuk sampai KLCC seawal yang boleh konon-kononnya nak elakkan orang ramai. Sekali bila dah sampai, PC Fair tak start lagi. Dia start open tu public pukol 11 pagi. Cis cis…..gila ramai manusia berkeliaran dok tunggu nak masuk KL Convection Center tu. Tak guna gak datang awal. Still kena tempuh  launtan manusia yang ramai. Disebabkan pram baby tak bole di bawa masuk, maka kami hanya melakukan  marathon secara laju di sepanjang booth pameran. Tak larat nak dukung dak kecik tu lama-lama plus orang sangat ramai buatkan anak aku takut nak berjalan sendiri. Adeh laa…abih lenguh tangan aku dibuatnya. Hasilnya, hubby dapat cover phone yang dia suka. Dan aku? Dapat penat. Kah kah kah. Tapi mujur ada orang belanja lunch sedap kat Chakri Palace, KLCC. So penat pun terubat.

And, hari Ahadnya, kami sekadar menghadiri kenduri kahwin kawan husband merangkap anak kawan mak bapak husband ku. Grand gak….buat kat Dewan Merak Kayangan gitew…. Dan daku sangat senang hati melihat wajah  kegembiraan terpancar pada muka husband sebab dapat berkumpul balik dengan kawan-kawan lama beliau  merangkap hosmet beliau di unibersiti dolu-dolu.Dan aku pun tumpang sekaki ler. Husband aku suka amat bercerita pasal kawan-kawan dia pada aku. So sedikit sebanyak aku  pun kenal lah mereka-mereka ini. Bagus gak dapat husband yang suka bercerita pasal kawan-kawan dia neh. At least aku dapat paham serba sikit pasal social life dia before kami kahwin dulu. Hehe…I tak korek his past story tapi dia yang suka bercerita….amat dialu-alukan lah . Heeheehee…

Ok, habis part diri aku. Now back to tajuk sebenar. Hahahaha…ni baru  nak cakap pasal isu semasa. Sepanjang minggu yang terbabit, banyak gak isu semasa yang gempak. Starting ngan  isu kemenangan Aaron Aziz dalam ABPH2011. Hurrmm….bagi aku, selagi orang luar tu berlakon untuk filem negara ini, tak kisah lah dia layak menang ke tak. Lain lah kalau  tiba-tiba artis negara luar yang berlakon cerita luar yang menang anugarah tu. Itu memang pelik. Dan pengundi pun adalah orang negara ini yang menonton cerita negara ini. Should be no problemo lah kot.
Google image.

Nih pun aku google jek.


Pastu isu perceraian Rita Rudaini. 2-2 pihak ada cerita masing-masing dan kita tak payah lah nak jadi judges tak bertauliah plak nak cakap orang itu begitu begini. Marilah doakan yang terbaik untuk mereka meneruskan hari-hari mendatang dengan lebih cemerlang. Apa pun, back to basic, kahwin tanpa restu dari awal nih, memang akan banyak dugaan. Wallahualam.

Google image.

Isu gempa bumi yang melanda Sumatera pun gempak gak. Buatkan semua orang cuak dan takut dan bersedia dengan ancaman tsunami. Alhamdulillah tragedi tsunami 2006 tak berulang. Tapi, tetap kena ingat, kalau Allah nak turunkan bala, anytime je bole. Nak nak pulak kat tempat yang sangat jelas budaya dan akhlak yang rosak. Minta dijauhkan. Tapi risau gak ngan keadaan negara yang makin dahsyat akhlak dan  moral nih. Gay dan cinta sejenis makin meningkat. Kat Fesbuk Malaysia nyer group pun ada beribu-ribu yang like…gilakk arrr…tak takut ke balasan Allah? Tak ingat ke kisah kaum Nabi Lut? Allahu Akbar!
Google image.

Then isu PTPTN yang ada pihak minta dimansuhkan.  Hurmm…aku  rasa benda ni kena sit down and discuss cara professional lah kot baru akan  ada hasil. Berdemo tak menjanjikan result yang positif 100%. Dan, kepada pihak yang berhutang, nak tak nak, hutang tetap kena bayar. Walaupun aku tak amik PTPTN, tapi husband aku ada amik loan nih walaupun tak full. Sama gak ngan kita beli kereta, nak tak nak, kena bayar sampai habis….tak bole tolak balik kereta tu kat bank bila rasa tak mo guna…..4% gak interest lebih kurang….kih kih kih. 

Google image.

Then, last kot untuk aku tulis pasal isu semasa adalah tentang perkahwinan Natasha Hudson dengan suami beliau Charleed Khaza. Dan beliau juga telah berhijrah dengan penampilan baru yang bertudung. Alhamdulillah. Semoga segalanya peroleh keberkatan. Amin.

Sumber: Rotikaya

Tuesday, April 3, 2012

Hari Selasa, 3 Mac 2012

Malam tadi, sebelum tidur, saya semangat sental muka dan letak segala krim-krim malam yang ada untuk pastikan muka saya nampak lebih berseri esok! Padahal malam-malam lain saya rasa malas kot nak tempek2 muka bagai.

Pagi tadi, saya pilih baju yang paling cantik (yang telah bergosok) dan tempek muka lebih sikit agar lebih berseri. Hati saya sangat teruja. Saya rasa sangat happy. Saya nak nampak paling lawa hari ni.

Bila kat opis, kawan-kawan tegur baju saya cantik. Muka plak berseri-seri. Yiippiieee...saya suka! Saya happy. Lepas solat Zohor, saya touch up balik muka. Saya rasa nak senyum sampai ke telinga. Saya excited. Saya buat solat hajat agar kerukunan dan kesejahteraan yang dirasai ini berkekalan dan terus dirahmati.

Sekarang, sudah hampir petang. Saya berdebar-debar. Macam perasaan pengantin perempuan yang berdebar menanti pengantin lelaki datang dengan rombongan. Hahahaha.....

Sebab saya jadi begini pada hari ini, Selasa 3 Mac 2012 adalah kerana....





suami saya balik hari ni selepas 3 hari 2 malam outstation di Melaka.



Hehehehe....gediks kan :)

Monday, April 2, 2012

Ingin Lebih Baik Dalam Berkomunikasi

Satu benda yang sedang melanda diriku, adalah percakapan yang semakin kasar dan kurang sopan. EErrkkk... Terperasan gak, mulut aku nih mudah ajer menuturkan kata-kata tak baik untuk pendengaran dan rasa tak puas hati serta komen negative terhadap apa yang berlaku sekeliling. Terutama masa drive lah dengan masa tak puas hati dengan boss.  Haiishhh...petanda yang aku makin keras hati kan. Astagfirullahal'adzim.

Sangat jeles kalau dengar cara orang lain yang bercakap penuh hikmah, lemah lembut dan terus melekat kat hati. Sangat suka dengar cara komunikasi Prof Muhaya, Ustazah Bahiyah, Ustazah Hasni dan semua ustazah yang berhati mulia lah... Lembut je...dan kalau kita cakap berdepan dengan orang yang berlemah lembut ni, secara automatik, kita pun akan cakap dengan tone yang baik. See, betapa berkomunikasi dengan lemah lembut ni, sangat mempengaruhi kan. 


Ohh....kadang-kadang, sambil sembang dengan mak aku pun boleh terkeluar bahasa ganas....and tiba-tiba oopsss...malu kat mak....dah lah my lovely mother tu memang 24jam bahasa dia lemah lembut...haishhh...awat laa tak bole tiru cara mak sendiri...kagum ngan dia yang sangat berlemah lembut dan berhikmah memberi nasihat sampaikan orang buli pun dia boleh senyum je lagi....adeh!

Tak tahu kenapa, bila baca terjemahan surah Taha ayat 4 nih, terus rasa yang aku ni dah jauh tersasar. Dah tak lembut macam dulu. Kesian my hubby sebab isteri dia makin kasar dan dah kurang lemah lembut seperti masa dolu-dolu.....masa diri bagaikan ustazah. Hahaha..... Oh, aku nak ubah balik!


Tapi bukan bermakna di sini berkomunikasi secara lemah lembut tu adalah melunakkan suara seperti perempuan gedik plak. Tapi lebih kepada isi bahasa yang lebih bersopan, berisi dan menginsafkan, tiada perkara yang lagha.....nih isi tak banyak, tapi gelak jer lebih...melawak pun over...ohh tiidakk!

Prof Muhaya kata, kalau nak bercakap secara hikmah, kena didik diri untuk berada dalam environment yang berhikmah gak. Kalau bergaul 24 jam dengan kawan-kawan yang gelak besar, cakap kosong, kita pun sama lah jugak. Tapi kalau selalu dengar ceramah, dengar nasihat-nasihat ilmiah dari orang berhikmah, mulut sentiasa basah dengan mengingati Allah, lemah lembut dalam beribadah especially solat, insyaAllah semua kelembutan dan kesopanan tu akan terjadi dengan sendiri.

Ohh....mari berubah ke arah yang lebih berhikmah dan di sukai ramai.
Lemah lembut itu antara sifat dalam Asmaul Husna.....mari amalkan!

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template