Wednesday, March 28, 2012

Manusia Batu Api @ Fire Stone

Awas! Hati-hati dengan mulut anda dan mulut-mulut sekeliling anda.



Kali ni nak kisahkan pasal seorang manusia kat tempat kerja aku. Dia ni dah hampir setahun bekerja dengan company aku. Kami masuk kerja sama-sama lebih kurang iaitu last April, 2011. Dia adalah seorang lelaki. Dia adalah seorang 'expatriate'. Dia adalah warganegara India. Pengalaman bekerja ni baru 1st time kerja kat Malaysia tapi dah pernah berpuluh tahun kerja kat merata tempat di dunia (dia kata laa). Dia dah tua beruban. Dia berpangkat sebagai 'Specialist' kat tempat aku. 

Tapi,

Awas! Dia ni sangat tak bijak. Kerja boleh dikatakan tak bagus sangat laa sebab kedekut nak share ilmu. Pastu dia plak tak familiar ngan style company aku terutama bab-bab rules and guideline dalam pengedalian projek di sini, tapi belagak dan bajet macam pandai and tak mau bertanya and suka pandai-pandai sendiri yang akhirnya akan menyusahkan orang. Semua manusia yang pernah kerja ngan dia sepanjang kat sini, semua akan komplen benda yang sama dan masing-masing hanya mampu berdoa agar dijauhkan dari dapat projek sama-sama dengan dia lagi.

Dah lah bodoh sombong, dan yang paling tak boleh blah. Mulut dia sungguh celupar. Batu api tahap lahar gunung berapi seh. Mujur semua orang dah tahu perangai dia macam tu, so tak ada lah yang bermasam muka dan amik kesah sangat pasal cerita-cerita yang keluar dari mulut dia. Gila nak lagakan orang.

Style dia kerja, lepas habis kerja dengan si A, dan dia dapat pulak bekerja dengan si B, maka adalah pasti dan wajib dia akan cerita pada si B nih pasal segala keburukan si A. Kemudian, kesah si A dan B akan dijaja pula pada si C dan begitulah seterusnya sampai ke Z. Sekarang nih, kalau lepas dia habis kerja ngan sapa-sapa, pasti kami akan saling share cerita apa kesah terbaru yang dia dok cerita kat orang yang baru pas buat kerja tu. Hahaha. Yang paling tak tahan, geng dia yang juga 'Specialist' dari India juga, yang memang pada zahirnya nampak kamcing dengan dia, (mebi sebab depa ja yang paham bahasa Hindustan masing2) pun kena kutuk ngan dia konon-konon kawan dia tu tak pandai buat kerja. Hahaha.

Latest dia bagitau kat kawan aku yang baru masuk and baru start kerja ngan dia supaya jangan kawan dengan sekian-sekian sebab mulut jahat etc. Kebetulan aku pun baru ja habis projek ngan dia, so dengan aku sekali kena kutuk gak konon-konon tak tahu banyak benda dan malas nak usaha. Cisss...aku memang la dah kerja lama tapi dalam bidang ni baru lagi kot...belum cukup setahun. Sengal!

Sungguh, aku benci laa manusia macam ni. Yang dok sebok nak cerita pasai orang tu jahat, orang ni tak baik tu pasai apa. Dah lah hang tu tua bangka, jantan plak tu. Memang dasar K*L*NG btol lah. Geram sehh....bila laa boss nak tamatkan kontrak orang macam ni. Langsung tak leh pakai.
Memang payah kan nak tengok mulut sendiri...hehehe

Monday, March 26, 2012

New Handbag??

Setiap kali melintas kat mana-mana shopping complex.....mesti nak usha bahagian handbag. Suka amat lah wehhh.... Husband aku pun suka gak laa bagi semangat dengan mencadangkan yang mana bag cantik, yang mana nampak elegen, yang mana nampak makcik sangat etc....oh, syukur my husband jenis yang sangat arif apasal fesyen.... Dan mujur dia tak 'fit' ada six pads tu...kalo tak confirm dia pakai kemeje kecik sendat ala-ala model maskulin tu...ahikss.....

Dah banyak kali dok teringin nak beli handbag, tapi pilih punya pilih, angkat letak, angkat letak.....tak jadi gak beli. Aku memang kedekut untuk diri sendiri. Bukan apa, bila nak beli jer, mesti akan terfikir handbag yang sedia ada. Walaupun tak banyak, tapi aku dah rasa membazir dan sayang pada handbag yang jarang digunakan. So tak jadi beli. Insaf.

Tapi esok-esok bila lalu lagi kawasan handbag, mesti akan singgah lagi untuk usha yang mana cun. Hahaha...tak tahu lah aku nih jenis insaf sekejap-sekejap je ke atau bole insaf lama-lama. Teringin nak tambah koleks designer handbag....tapi.....yang ada sekarang haruslah betul-betul buruk dulu....tapi hati tetap teringin gaks...adeh laa.... 

Sekarang aku hanya bawa satu je handbag sebab dah malas nak tukar-tukar isi dalam dia. Walaupun beli mahal, tapi aku memang guna sampai lunyai. Semua benda nak campak dalam tu...barang mama dan barang anak....tapikan, makin lama guna, makin cantik lah plak...hahaha....bila nak lunyai duhai Speedy ku sayang~













 

Nak beli ke tak ek...nak beli ke tak....adeh~
Nafsu sungguh laaa~
Layan dalam angan-angan je lah!


Kabinet Dapur Ohh... Kabinet Dapur

Ini kisah kejadian kat rumah mak mertua aku. Rumah yang kami diami sekarang tu masih kategori baru....kira baru 2 tahun lebih duduk situ. Alkisahnya adalah mengenai pintu kabinet dapur kering mak mertua aku.

Satu hari, husband telah dengan tak sengaja telah merobohkan pintu kabinet itu. Tak tahu naper bila nak tutup pintu kabinet (soft-close system tau), tiba-tiba je jatuh seketul pintu tu. Cuakkk...takut mak dia marah. And seperti dijangka memang kena bebel lahdengan mak dia kann....hahaha. Tapi, nak dijadikan cerita, stating from that, pintu kabinet itu terus menjatuhkan diri. Dan semua pintu yang lain jatuh masa mak mertua aku yang handle. Hehehe....selepas 3 drawer ngan 2 pintu besar jatuh roboh, memang sah lah kualiti pembuatan yang bermasalah. Bukan salah individu. Padahal mak mertua aku memang dah survey pembuat kabinet yang terbaik kot sebelum hire that service....hurmm.....sedih kot sebab kita dah survey yang terbaik, sanggup bayar mahal-mahal tapi kualiti yang dapat adalah hampas.....

So pengajarannya, lepas ni tak mo amik laa company yang buat kabinet kat umah mertua ku....dan memang kena review semua komen dari orang-orang yang dah penah amik servis buat kitchen kabinet ni kan. 

Tak syiok kan tgk terbongkang mcm ni....habis nampak khazanah kat dalam tu.

Berat Badan Si Anak

Last Friday, aku ngan husband bawa anak gi jumpa pediatrician sebab si anak dah 2x hampir diserang asma. Alhamdulillah, doktor cakap semua nya dalam keadaan ok. Tak perlu ubat-ubat tambahan atau steroid bagai. Apa yang penting, langkah pencegahan iaitu kena buang semua benda yang boleh jadi punca pengumpalan habuk. Sekarang yang susah nak buang adalah bantal kecik sekeliling katil anak aku or bumper untuk elak dia terhantuk dinding or kepala katil masa tidur. Budak kecik kan tidur macam bersilat jek. Adeh...camno ekkk....adakah biarkan je dia berlaga-laga ngan dinding beberapa kali, then lama-lama akan ter'develop' skill tidur tak lasak....masih tengah berfikir....hurmmmm

Ready to eat!

Actually tu bukan isu utama. Masa consultation dengan doktor tu, aku bertanyakan pasal berat badan anak aku yang tak pernah naik sejak setahun dah. Tapi masa timbang kat spital tu, ada skit peningkatan laa...naik hampir sekilo. So berat anak aku yang berumur 2 tahun setengah tu sekarang adalah 11kg. Normal ke ek...sebab ramai anak member yang umur lebih kurang tapi lagi berat jek. Sepupu anak aku yang umur beza setahun lebih muda pun dah berat 11kg gak. Budak tu memang kurus. Tulang rusuk leh nampak k. Sebijik macam badan adik pompuan aku masa kecik-kecik dulu. Tapi alhamdulillah doktor kata anak aku tak masuk kategori underweight. Dia kata sekarang u rasa anak ni kurus sangat sebab ramai budak yang overweight. Errkkk...

Tapi macam tak syiok laa jugak kan sebab keding sangat. Tapi budak ni memang bukan jenis pemakan la. Dia makan ala kadar, dan keluar pun sama banyak. Belum campur aktiviti harian yang tak pernah stop tu. Menyanyi sambil menari gelek-gelek macam tak reti penat. So, aku decide nak tukar susu dia kepada susu yang mahal sket konon-konon lebih banyak kebaikan lah. Selama ni anak aku minum Dutch Lady. Dan sekarang aku dah bagi dia try S26. Actually dulu penah bagi S26 tapi aku stop sebab takut anak jadi gemuk after tengok budak-budak yang minum susu mahal ni banyak yang 'sihat'. Hahaha...so memang dapat anak tak gemuk laa kan kalau dah dari awal tak nak. Ada gak yang suggest pediasure, tapi yang tu memang aku bagi kekadang sebab adalah sangat manis. Tak suka. 

Pastu campur lagi kasi madu ngan appeton.... Dulu dah penah try mealshake shaklee gak tapi dah habis sebalang, still sama jek. Huhuh....scott emulsion pun dah berbotol-botol habis tapi sama gak, so tukar kepada appeton plak. Semoga anak mama terus membesar dengan sihat dan kuat.....

Wednesday, March 21, 2012

Pengajaran Kes Culik Siti Fatihah Mahadi

Adik Siti Fatihah Mahadi

Selepas kisah kematian Dirang yang pernuh tragis, negara kita sekali lagi dikejutkan dengan berita penculikan adik Siti Nur Fatihah Mahadi, 15 tahun. Kemudian dapat pula kabar yang seorang lagi mangsa culik, adik Nazatul Fadiana, 14 tahun yang berjaya ditemui di Bangkok selepas hilang kira-kira 2 bulan. Haishhh...kecut laa perut mendengarkan semua cerita ni. Keselamatan semua orang adalah sangat-sangat tergugat di negara yang dikatakan aman sejahtera ini.

Tapi, pagi ni, bila terdengar desas-desus yang mengatakan adik Fatihah 'terculik' atau merancang 'menculik' diri sendiri demi untuk ikut kekasih hati, seriously buatkan aku terkejut beruk. Benarkah? Tapi kenapa masih tak dilepaskan kalau sendiri yang lari? Kalau tak betul, busuk lah nama budak nih.

Perkara pertama yang terlintas kat fikiran aku adalah wajah mak dia, Puan Normala yang menangis teresak-esak kat dalam tv3 masa berita pasal kehilangan anak dia disiarkan. Kesian gila kot. Hati seorang mak mesti dah susah hati tahap cipan tanduk bila anak dara hilang. Makan tak lalu, entah boleh tidur ke tidak memikirkan nasib si anak, tapi tup tup ada plak orang telefon cakap anak dia selamat dengan orang yang culik tu. Haishh...pelik tol kisah ni. Boleh main-main ke bawa lari anak orang ni? Lagi menyirap darah si omak ngan ayah dia kan bila ada orang call cakap macam ni tapi tak nak bitau kat mana lokasi nya. Kesian kesian.

Sedih gila tengok muka mak ngan ayah dia kan.

Apa-apa pun marilah sama-sama berdoa agar adik Fatihah selamat kembali ke pangkuan keluarga beliau.

Wednesday, March 14, 2012

Tudung Bawal Favourite!

Aku adalah penggemar tudung bawal. Tapi aku still layan tudung yang bukan bawal jugak terutama tudung express. Baru-baru ni ramai yang jual bawal aidijuma.....aku pun beli lah jugak. Masa awal-awal pengenalan murah lagi harga dia....kualiti pun ok la, berpadanan dengan harga. Tapi bila dah lama-lama, harga dah naik, kualiti pun makin kureng. Ada yang aku dapat kain keras, jahit tak habis, kedut yang bila iron memang tak hilang (ala-ala kerenyuk sebab kena iron panas gitew).....so aku pun stop beli. Lagipun, bila aku kira-kira balik, aku dah beli more than 10 pieces. Oh no! Too much! Husband pun dah bersuara bila tengok koleksi gantungan tudung aku dah banyak. Hik hik...

And now, aku suka plak usha tudung bawal yang fesyen sulam atas kepala tu. Dulu fesyen gini datang dari Indonesia. Aku tak minat bunga sulaman indonesia nyer sebab kain dia tak best macam bawal asli kat sini. Then, bila kat Pantai Timur pun dah jual bawal gini....aku pun tercari-cari peluang nak beli gak sehelai dua. Kalau nak beli kat KL ni, mak aiii...mahai. 

Then, bila my lovely friend balik kampung beliau iaitu di Kelate....aku pun pesan. YEaaa....happy sangat bila dia belikan untuk aku~ Rasa macam nak lompat-lompat. Harga pun not bad laa....bawal asli ok! Kualiti kain baik punya.

Contoh 1

Contoh 2

Nih aku nyer....5 helai terus engkau!

Daku Jatuh Cinta Lagi

Ohh....aku jatuh cinta lagi!!
Walaupun dengan orang yang sama, 
tapi dia sentiasa buatkan aku rasa jatuh cinta lagi....dan lagi...dan lagi....

Aku akui, 
Hati ini amat rapuh dan amat mudah untuk terusik andai ujian mendatangi,
Aku cepat melatah,
Aku cepat beremosi,
Aku sering tewas dengan emosi sendiri.

Tapi dia sentiasa setia mendampingi aku,
Walau apa jua keadaanku,
Dia sentiasa tenang,
Dia sentiasa tabah,
Dia sentiasa sabar,
Dia sentiasa mengingatkan,
Dia sentiasa memujuk,
Dia sentiasa menenangkan,
Dia sentiasa tersenyum,
Dia sentiasa memaafkan.....

Setiap kali aku beremosi, dan setiap kali itu jua dia tenang memujuk, 
Aku tewas~
Dan aku jatuh cinta lagi...dan lagi...dan lagi....

Sayang,
I'm sorry for everything.
Hope to be someone who can be 'penawar hati dan penyejuk mata' buat mu,
Hope to be solehah wife for u,
Hope to be everything for u~
Redhai aku sbg isteri mu......

And...dedicate this one for u~

Laskar Pelangi

Mimpi adalah kunci
Untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya

Laskar pelangi

Takkan terikat waktu
Bebaskan mimpimu di angkasa
Warnai bintang di jiwa

Menarilah dan terus tertawa

Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia

Selamanya...


Cinta kepada hidup
Memberikan senyuman abadi
Walau hidup kadang tak adil
Tapi cinta lengkapi kita


Laskar pelangi

Takkan terikat waktu
Jangan berhenti mewarnai
Jutaan mimpi di bumi

Menarilah dan terus tertawa

Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia

Menarilah dan terus tertawa

Walau dunia tak seindah surga
Bersukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia

Selamanya...


Selamanya...


Laskar pelangi

Takkan terikat waktu...

Melaka Visit

Last weekend, actually dah 2 minggu berlalu, husbandku ada meeting di Melaka. Meeting tu hari Jumaat tapi dia nak pergi Khamis malam sebab tak nak rush pagi-pagi buta. Mulanya aku tak ada niat nak ikut. Tapi entah naper, lepas balik kerja hari Khamis tu, rasa macam tergedik-gedik nak ikut. Lagipun kalau husband tak ada kat rumah, aku rasa dunia serba kekok sebab.....eheh.....aku duduk ngan mertua ;)

Dari office, kami sampai rumah dalam pukul 6 petang dan husband kata nak bertolak sebelum magrib. Punyalah kelam kabut berkemas dengan baju anak lagi. Plan nak gi sehari semalam jek, tapi saja bawa baju spare sebab apa saja kemungkinan boleh berlaku. Dan memang betul sangkaan kami, total jadi 2 hari 2 malam jugak sebab singgah bermalam kat rumah nenek husband kat Brisu.

Renaissance Hotel, Melaka. Photo from Renaissance web

Kat Melaka kami menginap kat Renaissance Hotel. Mula nya plan nak jalan-jalan sekitar bandaraya bersejarah tu, tapi end up macam malas nak act ala-ala pelancong neh. So kami hanya pergi Mahkota Parade je, shopping tanda mata untuk diri masing-masing, then balik kampung. Bosan kan..... 

Aku rasa, lain kali kalau nak gi cuti-cuti Malaysia, kami nih kena amik package kot. Kalau nak harap jalan-jalan sendiri memang malas sebab malas nak beratur, malas nak gi tempat orang ramai, malas nak buang karan, malas nak panas-panas....dan memang dasar pemalas. Adeh. Teringin gak nak menyusuri Jonker Street sambil pekena asam laksa, or naik beca pusing-pusing Dataran Pahlawan, tapi macam kesian kat anak je sebab nanti mesti dia penat dalam cuaca panas-panas tu. Kalo berdua je honeymoon lain lah kan. Hehehe....so layan gambar lah plak k.
Hotel lobby...abaikan pakcik ternganga tu ye

Lobby yang luas.

Ruang dekat lif ke bilik.

Entering the room.

Romantik kan.
Queen bed je yang tinggal.

Budak kecik ni yang rasmi dulu.

Layan tv kat sofa.

Flat screen tv.

Toiletries provided.

Buku kena bawa...sebab budak ini suka belajar.

Tengah ajak si gajah putih mewarna...and si gajah putih tertinggal kat hotel tu...sob sob.
The Restaurant.

Buffet dia ala-ala stall gitu.

Mama kasi rendam kaki je, tak leh mandi. hehe

Layanzzz

Pose tepi kolam.

Naper budak ni buat hidung kembang ntah?!
View of Melaka town dari bilik hotel.

Kami happy!

Layan cupcake.

Lunch at Nandos

Kaku nyer pakcik ni bergambar....hahaha

Monday, March 12, 2012

Roti Pong

Korang tahu tak Roti Pong? Roti bulat, ada sebijik kismis kat tengah ngan gula kat atas dia.

Dolu-dolu masa masih kecik, aku suka amat makan roti ni. Kalau nak pi rumah tok kat Arau, mesti singgah kedai runcit kat area umah tok aku untuk beli buah tangan. Roti Pong macam dah wajib beli kalau ada dijual kat kedai tu. Seyes sedap dan aku suka!

Kena plak makan roti tu cecah ngan air teh hangat-hangat. Aduuhh....sedap. Tiba-tiba plak teringin. Mana nak carik ekk? KLCC mcm tak ada jek :(


Sebijik Roti Pong dari Google

From Google

Takziah Buat Che Pah dan Shuk

Malam tadi terbaca email yang mengatakan adik junior masa kat universiti dolu-dolu ditimpa musibah. Ujian yang sangat berat. Anak beliau yang dijangka lahir hujung bulan ni dah meninggal dalam kandungan. Pagi ni baru nak jalani proses induce and lahirkan baby tu. 

Oh Tuhan...tak tahu nak cakap per. Bayangkan lah, anak sulung, dah 9 bulan kandung, mesti dah ada perancangan semua cukup complete. Nama pun dah ada. Tapi, ternyata Allah lebih sayangkan si anak. Sedihnya bila terkenangkan Che Pah akan melalui proses kelahiran dan berpantang sama dengan ibu bersalin yang lain. Tapi anak tak ada. Mesti nanti bila rasa breast bengkak or susu mengalir, tapi baby tak ada nak minum...ohh Tuhan. Sedihnya tak dapat nak bayang. 

Semoga Che Pah dan suami, Shukri tabah dan redha dan kuat untuk hadapi ujian ini. InsyaAllah mereka sudah ada permati hati yang menunggu di syurga....nanti di sana, pasti bertaut kembali keluarga sakinah ini. Semoga selepas ini lebih dimurahkan rezeki dan dilimpahi rahmat. Amin.

Sunday, March 4, 2012

Langkawi Day 3

Hari last kat Langkawi, kami decide nak lepak kat hotel jek. Kami balik naik flight terus ke KL. Masa datang aritu naik bot dari Kuala Perlis sebab singgah umah mak ngan ayah aku dulu. Kami tak shopping sangat sebab tak tahu nak beli apa. Sekadar coklat ngan fridge magnet untuk parents in law kat KL. Nak beli pinggan mangkuk pun rumah tak dak lagi. Sob sob sob....

Perkampungan air.

Santai di balkoni.

Pusing-pusing sekitar resort.

Posing lagi.

Tak der lah dalam sangat air dia.....so tak rasa ombak langgar pun.

Main air lagi.

Aaaarrrgghhhhh!!!

Ada pantai kecik....tapi ombak tak besar sebab lagoon kecik jek.

Berdua menyusuri pantai tak berombak.

Kalau doktor tahu husband aku main panas macam ni, habis laa kena marah.
Ni pasar malam kat Kuah. Sunyi dan tak ada orang. Kesian gak kat peniaga di sini. Harapkan musim cuti je lah ada ramai pelancong kot.

Gambar je lebih, shopping tak pun.

Kesimpulannya, percutian yang tidak dirancang ini memang best sebab dapat rileks betol-betol. Sekadar berpenat lelah masa nak naik kereta kabel jek. Kami memang tak suka gi tempat yang sesak dan memenatkan. Kalau boleh nak banyak spend masa kat hotel je. Tu pasal kena cari hotel yang best dan mendamaikan untuk betul-betul merehatkan diri. Peace!
 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template