Friday, February 24, 2012

Pagi Jumaat

Petang semalam abang dah sebut banyak kali, hari ni nak gi awal kerja sebab dia ada meeting awal pagi. Kalau nak sampai awal untuk sempat prepare apa-apa....kena make sure keluar rumah pukul 6.30am.

Pagi tadi terbangun dengar bunyi jam. Danggg....dah pukul 6.15am. Cis cis cis...lambattt! Terus melompat macam beruang terpijak duri. Auuchhh....mandi macam tak mandi jek. Kelam kabut habis, then kuar rumah 6.45am. Aku capai jek tudung makcik. Gila macam makcik je hari ni gi kerja. Hantar anak lagi. 

Then, tengok meter minyak dah kat bawah. Lampu ikon pam minyak pun dah menyala. Alaaaa...deng! Kena segera isi minyak. Dalam melalui jalan yang penuh kereta, mencelah ke tepi untuk singgah kedai minyak. Kelam kabut isi minyak, sekali tersimbah kereta daaa....aduhai.....spend lagi masa nak cari air dan simbah-simbah area cat yang kena minyak petrol tu. 

Then teruskan perjalanan....jem! jem! jem! Normally pasti akan amik masa 2 jam untuk harungi jem kalau keluar rumah lambat macam ni. Mujur sempat rembat roti ngan air kat kedai Mesra, so sempat breakfast ala kadar dalam kereta. 

Sepanjang perjalanan, sapa-sapa yang cuba cari pasal seperti nak sondol atau mencelah overtake jalan aku, memang kena arr... Ahaha. Bila lalu Smart tunnel, sangat lega sebab belum tahap jem berebut dari 4 lane ke 2 lane....so tak sampai setengah jam dalam tu. 

Bila dah sampai parking. Lega. Baru kol 8.15am. By luck, dapat sampai awal. Semalam keluar time yang sama, sampai kol 9 kot. So my hubby sempat lah amik masa bernafas panjang untuk set up projektor meeting beliau...Dan kami berdua seperti memakai parfume perisa petrol.....agaknya tempias masa petrol tumpah kat stesen minyak tadi kot.
Haruu....

Tiba-tiba teringan rib eye steak kat TGIF.....yeaa esok weekend!

Wednesday, February 15, 2012

Marathon Minum Kopi

Saya dan hubby adalah penggemar kopi. Kopi sangat wangi dan nyaman. Kat office sekarang adalah sangat mudah untuk mendapatkan pelbagai jenis kopi. Kami jugak kerap berdating di kedai kopi sekitar mall kat sini. Hehehe....sedappp.

Dalam banyak-banyak kedai kopi, saya suka Coffee Bean sebab kopi dia macam sedap lebih sket. Nih ikut tekak saya lah. Dan depend gak pada tukang buat kopi tu. Walaupun sukatan sama, tapi rasa boleh berbeza mengikut cawangan. Tapi sekarang macam akan lebih kerap minum kopi San Francisco jek sebab ada kad kesetiaan.

Kad tu kena kumpul 10 sign untuk dapatkan satu cawan percuma. Satu kopi sama dengan satu sign. 

Muka depan kad.

Muka belakang kad. Dah ada 3 sign.



San Francisco Coffee...Life is Good...
 
Kad ni tak ada tarikh akhir. Sukaaa.... Actually kedai kopi lain pun ada gak buat kad kesetiaan ni. Yang paling glamer kat Starbucks. Tapi saya tak setia sangat dengan kedai kopi hijau sebab jauh sket nak jalan berbanding kedai kopi merah ini. Kedai kopi coklat plak, lokasi dia pun jauh gak macam kedai kopi hijau. Hahaha... 

Apa-apa pun, kopi kampung tetap paling sedap di hati ku.

Journal: Hari Pertama

Ini adalah entry berbentuk jurnal yer. Agak bercorak peribadi yer.

14 Feb 2012; 7.15pm
Selepas salam dan cium tangan awak kat parking C-3-2, KLIA, saya terus set kan GPS untuk cari jalan balik rumah. Saya takut sesat sebab dah senja kan. Then terus pecut balik. GPS tak tunjuk jalan short cut tanpa tol tu, tapi dia bawa saya lalu ikut PLUS. Mujur jalan clear. Saya speed all the way. Maintain 130-140km/j. Saya nak cepat sampai rumah sebab nak kejar Maghrib dan rindu sangat pada anak. 

14 Feb 2012; 8.00pm
Tepat jam 8, saya sampai kat rumah. Kebetulan awak pun sms cakap awak dah masuk dalam kapal terbang. Then bermula lah episod malam di rumah tanpa awak. Anak tercari-cari mana awak. Saya cakap awak kerja. Lambat lagi nak balik. Dia tanya, awak pergi kerja dengan Waja ke? Saya cakap, awak gi kerja naik kapal terbang. Then dia faham lah kot yang awak outstation lagi. Lepas solat, then basuhkan yak yak anak, saya ajak dia minum. Dia nak soya. Kami makan roti sama-sama. Pastu saya bagi dia ubat selsema. Then saya basuh pinggan mangkuk yang setambun dengan kemas-kemas dapur. Pastu, mak ngan abah nak makan nasi. Saya suapkan anak. Then bila dah siapkan beg anak, buang sampah kat luar, isi air panas, saya ajak anak naik. Tapi sebelum tu, saya suruh dia makan ubat batuk. Dia tak nak. Saya paksa jugak. Saya dah mengantuk dan tak larat nak tunggu mood dia nak makan ubat datang. Then dia muntah bila kena paksa makan ubat. Saya basuh badan dia dan bilas baju dia. Kemaskan kawasan muntah dia. Penatnya awak. Kalau awak ada, kita buat sama-sama kan semua kerja ni.

14 Feb 2012; 11.30pm
Saya dah ngantuk amat. Anak masih layan ABC kat youtube. Awak suruh saya stay tunggu tiket promo AirAsia untuk beli tiket murah balik kampung. Saya dah terlelap then awak call cakap baru sampai. Sebelum tu saya dah tertunggu-tunggu sms dari awak. Risau sangat naper lah lama sangat nak sampai ke destinasi. Saya dah start nak fikir bukan-bukan. Awak, saya sangat cepat risau sekarang. Anxiety disorder tu masih ada lagi sket-sket. Saya doa banyak-banyak pada awak. Tapi bila awak dah cakap sampai, saya rasa lega sangat. Lepas cakap tepon ngan awak, saya terus tidur sebab tak sanggup dah nak tunggu tiket AirAsia tu. Asik masuk waiting room jek.

15 Feb 2012; 5.15am
Saya terbangun. Terus tengok laptop untuk cek tiket AirAsia tu. Masih di waiting room. Ceh, mujur saya tak tunggu lagi, kalau tak sampai pagi kot tak keluar-keluar dari waiting room. Then saya try cek guna mobile booking. Dapat masuk tapi rupanya tarikh pilihan kita tu dan destinasi kita nak pergi tu tak ada promo lah. So, tangguh lah dulu. Later saya beli tiket sebab harga sama je.

15 Feb 2012; 6.50am
Saya dah antar anak ke nursery. Nih nak gerak ke office. Penatlah awak. Ulang alik dari atas ke bawah, then ulang lagi angkut beg dan anak ke kereta. Mujur kawasan rumah berpagar, saya tak risau sangat penyamun datang masa tengah sibuk-sibuk angkut bagai ke dalam kereta. Pak guard kebetulan lalu dengan motobasikal dia tu. Dia tegur saya. Hehe. Seperti biasa, jalan jem macam cipan. Tapi kenderaan masih still bergerak. So ok lah. Tapi time gini, teringat sangat kat awak. Selalu kalau saya drive, saya ngantuk, awak boleh tolong urut dan nyanyi lagu pelik-pelik untuk hilangkan ngantuk saya. Saya lapar. Nak cari coklat dalam beg. Alamak, awak tak ada nak tolong bukak kan kulit coklat. Sedih. Rindu nya awak. Terus saya call walaupun tengah drive. Awak baru bangun. Busuk lah awak. 

15 Feb 2012; 8.00 am
Saya parking kat tempat biasa. Tengah-tengah antara lif ke Tower 1 dengan escalator ke mall. Saya nak terus naik office. Saya jalan ke arah lif. Tapi teringin lak nak makan dulu. Kalau awak ada, sure awak ajak makan kan sebab baru pukul 8am. Then saya patah balik ke escalator. Saya terus gi food court level 2. Saya pusing kat situ, tapi tak tahu nak makan apa. Saya teringat awak. Then saya naik lif pergi foodcourt level 4. Pun saya rasa tak tahu nak makan apa. Kalau awak ada, awak selalu suggestkan apa yang saya nak makan kan. Seyes saya tak leh decide. Then saya patah balik gi kedai Mesra je. Saya tapau nasi goreng yang macam awak selalu tapau tu. Saya rindu awat sangat. Selalunya awak akan bayarkan food saya kan. Pastu jumpa Kak Midah, dia tanya naper saya sorang je hari ni. See, orang lain pun selalu nampak kita tak pernah berenggang kan. Saya cakap awak outstation. Sedih lah, nak makan pun tak lalu bila awak tak ada. Saya rindu awak sangat-sangat. Then bila masuk office, ngadap jer kerja-kerja yang ada, terus lupa pasal awak. Ekekeke.


Mari Tingkatkan Sedekah

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 271:
"Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terangan)maka yang demikian adalah baik (keranan menjadi contoh yang baik) dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu, dan Allah akan menghapuskan bagi kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah) Allah maha mengetahui secara mendalam apa yang  kamu lakukan." 

Semalam berjumpa dengan agen yang terlibat dalam investment ku. Alhamdulillah, ada berita baik. Syukur amat walaupun sekecil mana nikmat yang diberi, sebab sebenarnya kita semua ni fakir je kalau tak ada ihsan dari Allah yang Maha Pemurah.

Dalam terfikir-fikir cara nak gandakan saham dan harta dunia, aku terfikir gak, macam mana nak gandakan saham akhirat..... Then terjumpa lah petikan ini. 

Imam as-Sayuthi RHM menjelaskan bahawa sedekah seseorang boleh digandakan ganjarannya seperti berikut:-
  1. Sedekah yang diberi balasan 10 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada orang yang sihat tubuh badannya serta tidak berhajat kepada sedekah.
  2. Sedekah yang diberi balasan 90 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada orang buta dan orang yang terkena musibah (yakni yang perlukan bantuan).
  3. Sedekah yang diberi balasan 900 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada kerabat yang berhajat.
  4. Sedekah yang diberi balasan 100,000 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada ibubapa.
  5. Sedekah yang diberi balasan 900,000 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada orang alim atau faqih. 
 
Sedekah ni sunat. Bukan wajib seperti zakat atau nazar. Jadi up to kita nak buat ke tak. Kadang-kadang terfikir gak, aku ni tak kaya, nak sedekah pun, rasa macam diri sendiri pun layak dapat sedekah. Then, terbaca plak riwayat ini.
 
Segolongan orang miskin di kalangan sahabat telah mendatangi Baginda lalu bertanya: "Ya Rasulullah orang kaya telah menguasai segala pahala kebaikan, mereka sembahyang, puasa seperti yang kami lakukan. Malah mereka mampu pula bersedekah dengan kelebihan harta mereka sedangkan kami tidak boleh?'' Jawab Baginda: Tidakkah Allah telah membuatkan untuk kamu semua itu sesuatu yang kamu boleh sedekahkan. (Riwayat Muslim) 

Ada juga terdengar, sedekah ni pendinding dari api neraka. Sedekah ni, akan menjamin rezeki tak putus dan kalau kita banyak sedekah, rezeki untuk kita pun dipermudahkan.
 
Teringat satu kejadian, 2 minggu lepas, kami sekeluarga bercuti ke Langkawi. Kebetulan sampai kat sana masa tengah peak iaitu cuti Maulidur Rasul dengan Thaipusam, kami tak dapat cari kereta sewa. Dah tanya pada kaunter-kaunter kereta sewa kat sana, memang dah habis. Kecewa. Dah rasa nak emo. Tapi mujur husband dan anak ada untuk tenangkan hati. Lepak kejap kat jeti sambil minum-minum dan berfikir apa plan nak buat kalau tak ada kereta nak gerak selama 3 hari di Langkawi. Tak kan nak duduk dalam hotel je kan. Kalo nak upah teksi, charge ikut jam, pengsan maa.

Dalam masa tu, sempat jugak aku ke toilet. Nak masuk toilet tu kena bayar 30 sen. Ada mak cik jaga toilet yang muka masam sebab sangat ramai orang beratur nak masuk toilet time tu tengah tunggu untuk kutip duit. Teringat lak pesanan sorang tokoh ni, jangan kedekut nak sedekah lebih sket dengan penjaga toilet. Then, terus keluarkan seringgit dan suruh mak cik tu simpan baki. Berdoa jugak dalam hati semoga Allah permudahkan urusan kami yang tengah blank tak tau nak gi mana sebab tak ada kereta.

Then, lepas sejam lebih tersangkut kat jeti tu, habis semua kedai dah masuk. Terpandang lak kaunter pertanyaan yang ada sorang pakcik dan sorang akak cantik seksi. Saja try nasib nak tanya kalau-kalau ada pakej tour Langkawi yang provide transport pada harga yang berpatutan. Then terus dia kata, dia boleh tolong dapatkan kereta sewa. 
 
Then after berurusan dengan kawan pakcik tu, sorang pengusaha kereta sewa gak, kami pun berjaya dapatkan kereta. Walaupun tak dapat sewa Kia Forte seperti yang dijanjikan pada awalnya, tapi dapat Vios pun ok lah. Jimat sket duit sebab Kia Forte tu RM200 sehari. Dia juga offer Avanza, tapi tak mo lah. Kami berdua je dewasa dengan sorang budak comel, tak kan nak naik keta besar. Mujur dia tak offer Serena. Ahahaha....and alhamdulillah, terus rasa nak sujud syukur time tu, tapi tak dapet lah. Dan syukur jugak, kereta Vios itu sangat baik kondisinya. Alhamdulillah.

Hormati Prinsip Orang

Deary me,
Abaikan je orang sekeliling cakap apa,
Ignore je apa orang keliling fikir pasal engkau,
Selagi prinsip dan stand yang engkau pegang tak merosakkan akidah,
Selagi tak melanggar hukum,
Selagi tak menyusahkan diri sendiri dan keluarga,
Engkau yakin jek.

Banyak lagi contoh lain yang engkau boleh teladani,
Mungkin tak berjaya di sini, tapi di sana belum tentu lagi,
Yakin je dengan hati,
Syukur lah dengan segala nikmat yang diberi,
Hargai lah setiap kenikmatan yang ada sebelum di tarik balik,

Bak kata seorang yang hebat, kena lebih berusaha nak tingkatkan 'pencen kubur',
Nak kena lebih berusaha untuk luruskan hati,
Apa yang penting, 
Pandangan Allah terhadap diri ini,
Bukan pandangan orang lain yang selalu 'judge' engko berdasarkan corak kehidupan mereka dan size kasut mereka.

Friday, February 3, 2012

Wedding Again!

Daku terbau dan terhidu majlis kenduri kendara untuk meraikan pengantin.
Daku excited.
Sekarang dalam mode survey-survey semua persiapan untuk wedding.
Majalah pengantin dan sewaktu dengannya dah mula dikumpul.
Website pengantin pun sokmo je ku lawati.
Oh, excitednya....yippie.....
Mari membayangkan kesibukan untuk pengurusan sebuah majlis perkahwinan.

Mari Bercuti

Yess....best sangat. Alhamdulillah. Daku sekarang berada kat rumah mak ngan ayah. YIppie...adik-adik jauh dekat pun ada. YIppie lagi. Nikmat wooo bersama orang-orang tersayang selagi dipinjamkan hayat oleh Allah swt.

Baru pas baca blog kawan ku yang baru kehilangan ayahanda. Sedihnya. Pastu teringat lak satu hari aku pos status kat fesbuk happy sebab dapat cakap tepon ngan mak. Then my very lovely cousin komen yang dia pun rindu gak nak dengar suara mak dia. Tapi mak dia a.k.a my great mak njang dah meninggal. Alamak, sedih nyer. So aku syukur sangat masih dipinjamkan insan-insan tersayang ini. Semoga bole jadi anak solehah. Amin.

Actually aku ngan hubby dalam siri menghabiskan cuti. Start dari cuti hari wilayah, continue with annual leave, then sampai laa cuti Thaipusam...so dapat 7 hari. Memang dah plan awal-awal nak balik Perlis. Tiket pun dah beli lama. Siap dapat yang 0 fare lagi...hanya bayar tax jek. Suke-suke. Ingat nak habiskan cuti seminggu kat kampung, tapi my parents lak nak gi hantar adik kat KLIA sebab adik comel dah nak balik Jordan. Adik aku tu, setahun plan balik Mesia 2 kali...isk isk isk. Tapi tahun depan aku rasa dia tak mo balik Mesia kot sebab dia tengah teruja tengok member and senior dia pi bercuti keliling dunia. Maybe pasni dia pun follow. Haku jeles!

 So, kami dah balik kampung, tapi family plak nak p KL. Adeh. Maka terpaksalah melencong sket rancangan cuti rehat-rehat kami. Maybe nak ke pulau terdekat ke....ekekekeke....melencong. Semoga sagalanya dipermudahkan, insyaAllah.

Enjoy the holidays yok!
 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template