Thursday, January 26, 2012

Buntu

Dah lama tak update apa-apa....
Tak tahu nak cerita apa.....
Kalau tekanan melanda tahap tak terkira PSI.....saya memang lebih suka berdiam diri....
Ada rasa sedih, kecewa, tertekan dan rendah diri....
Saya perlu kan perkara-perkara yang boleh menaikkan balik kekuatan hati....
Ya, masalah tak akan selesai....tapi saya tak selamanya mampu bertahan dengan tersenyum....
Ada ketika, saya akan 'down'....
Perlukan masa untuk kembali 'cool', seolah-olah tiada masalah melanda....
Ohh....

Thursday, January 19, 2012

Takziah Buat Temanku

Last 2 days, got 2 news serentak. Teman sekuliah dan sepejabat yang lama, Miss Juliana bt Zakaria telah kehilangan ayahanda tersayang akibat lung infection. Admitted to ICU first. Then bila dia mesej cakap yang dia teringat kan aku bila dia tengah ternanti-nanti 'what gonna happen after this' masa ayah dia kat ICU tu, aku pun teringat balik kisah aku. Hurmm....sumpah aku tak reti nak cakap atau nasihat atau keluarkan statement apa-apa pada orang yang tengah hadapi situasi ni. Sebab aku pun speechless. Aku dulu pun tak suka sangat orang nasihat lebih-lebih sebab hati tengah sensitif. Cuma mampu doakan yang terbaik untuk mereka. 
Then lepas tu, dapat plak info yang beritahu suami kepada teman seuniversiti dan seusrah ku Zifa, telah kembali ke rahmatullah setelah 2 minggu dalam keadaan kritikal akibat kemalangan. Yang paling menambahkan lagi simpati dan kesedihan, hari tu adalah baru genap sebulan mereka bergelar suami isteri. Sempat bercinta secara sah selama 17 hari je kot. Memang pasangan yang ideal. Semua nya bermula selepas sah bergelar suami isteri, tapi takdir Allah, pinjaman itu amat sekejap. Tapi kagum because my friend ni kabarnya sangat tabah dan positif. Ye lah, happened already, tak bole nak pilih untuk dihidupkan kembali apa yang telah pergi, so hidup mesti diteruskan.

Doaku buat mereka, semoga dikuatkan hati agar lebih tabah dan kuat menghadapi kehidupan yang mendatang. Doaku buat kedua allahyarham, semoga ditempatkan dikalangan hamba Allah yang soleh dan diampunkan segala dosa-dosa seorang hamba. Amin.

Teman, seteruk mana pun ujian mendatang, ini bukan lah titik noktah untuk kehidupan mu. Ujian adalah landasan untuk kita kembali bermuhasabah dan lebih mendekatkan kita pada Allah. Selagi kita masih dipinjamkan usia dan kesihatan yang baik, perlu teruskan perjuangan untuk meraih sebanyak mungkin kebajikan untuk dijadikan bekalan buat berhadapan dengan Allah SWT kelak. Hanya masa yang dapat merawat semua kelukaan. Sesungguhnya ungkapan sabar itu mudah, tapi melaksanakan dan menghayati sabar itu bukan senang. Tapi, pasti boleh!

Sesungguhnya apa yang kita miliki sekarang SEMUA nya hanyalah pinjaman termasuklah batang tubuh kita sendiri.

Perihal Anak

Kisah di suatu petang bertempat di meja makan keluarga.

Ayah   : Alyaa nak minum air apa? Soya ke susu?
Anak   : Alyaa nak soya dengan susu.
Ayah   : Eh, mana boleh minum 2-2. Kena pilih satu je, soya ke susu?
Anak   : Nak soya dengan susu. (Sambil ketuk-ketuk cawan kat meja)
Ayah   : Alyaa kena pilih satu je. Alyaa nak minum susu ke atau Alyaa nak soya? Tak boleh minum dua sekali.
Anak   : Alyaa nak satu je. Alyaa nak satu soya dengan satu susu.


Ayah dan mama terdiam dan tersenyum. Adeh, pandai bebenor si anak bermain kata. Jangan tak tahu, budak kecik pun kreatif berfikir. Hehehe.


Monday, January 16, 2012

Jemukah Pandang Muka Suami?

Saya dan suami bekerja di bawah satu bumbung. Hampir setiap hari kami akan dating bersama bila lunch hour. Ada orang bertanya...

Orang : Ko ni tak jemu ke asyik keluar ngan husband hari-hari? 
Me : Naper plak?
Orang : Ye lah, hari-hari ngadap muka husband. Dah lah kat rumah ngadap muka dia, tido pun ngadap muka dia, nih nak makan lunch pun mesti ngan dia...tak jemu ka?
Me : Hurmm....tak jemu pun. Kalau boleh nak kerja pun ngendeng sebelah-sebelah....
Orang : Haishh...tak paham aku.

Terfikir sejenak. Kalau ikut logik boleh gak nak timbul rasa jemu sebab asyik dengan orang yang sama je kan. Tapi alhamdulillah, so far tak pernah rasa macam tu dan harapnya tak akan rasa macam tu. Kalau boleh nak 24jam ngadap muka suami. 

Dengan suami, segalanya aku boleh dapat. Tak kira apa jua mood ku, suami adalah orang yang paling terbaik untuk kongsi. Dengan suami boleh gaduh, boleh jiwang, boleh gelak ketawa, boleh nangis-nangis meleleh hingus, boleh tumbuk-tumbuk, boleh belai-belai, boleh habiskan duit, boleh tambahkan duit dan segalanya boleh....sebab dia adalah segalanya. Ecece.... 

Cukuplah sebulan pengalaman ku tak dapat berhubung dengan suami....hanya sekadar dapat melihat diri suami yang kaku di sebalik bilik kaca. Panggilan ku langsung tak berjawab. Tiada senyuman untuk ku. Terlalu rindu pada suara suami tapi tak mampu untuk mendengarinya dari mulut suami. Hanya mampu putarkan video-video rakaman suara beliau. Hanya baju beliau pengganti untuk dipeluk dikala tidur malam. Cukuplah.....Aku tak nak terpisah dengan suami langsung kalau boleh.


So, jangan ada rasa jemu pada suami ya....jangan ada rasa jemu pada orang yang kita sayang...sebab orang tu semua pinjaman sekejap je untuk kita. Hargai semua yang kita ada sebelum kita kehilangan terus...... Prof Dr Muhaya kata, bila dah ada suami, patut kena sentiasa bersyukur sebab ada gak orang nak kat kita. Peace!

**Saya Nak jadi Isteri Solehah**

Hadapi Dengan Senyuman

Hadapi Dengan Senyuman (DEWA)
Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan

Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah .
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini

Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

I LOVE this song! 
Whatever happened, already happened.
Hadapi je sebab tak boleh nak patah balik pun.

Apa pun terjadi, seberat mana pun terjadi, ini bukan titik noktah terakhir. Hilang kekayaan dunia, masih ada masa untuk dibina semula. Hilang orang tersayang, insyaAllah masih ada peluang bertemu kembali tanpa perpisahan kedua di syurga selagi diri kita dan mereka mentauhidkan Allah.

Whatever happened here, dunia sahaja. Bukan ending lagi. Ending hanyalah bila kita dipanggil dan dijemput kembali oleh Pencipta. Jangan patah semangat. Teruskan perjalanan menuju ke pengakhiran abadi...di sana, segala penat lelah kita akan diganjarkan dengan sebaik-baik ganjaran....asalkan kita percaya, yakin dan berusaha untuk mendapatkan ganjaran terbaik itu....

Marilah, menjadi muslim dan muslimah yang mendapat rahmat Allah....sesungguhnya, nak masuk syurga bukan dari amalan semata....tetapi bergantung pada rahmat Allah....tapi bukan bermakna tak payah buat amalan kebajikan....sebab nak dapat rahmat Allah tu kena lah bodek-bodek lebih dengan memperbanyakkan amalan yang diterima....

Selagi masih hidup dan bernafas di dunia ini, kita akan lalui pelbagai bentuk ujian yang kadang kala kita rasa macam tak logik jek yang ujian sebegini untuk kita....so, pabila setiap kali didatangkan ujian (my senior cakap ujian tu sekadar Allah nak jentik hati kita jek) kita amik peluang ni untuk lebih gandakan pahala. Sebab, setiap kesusahan pasti diiring dengan kesenangan....dan kalau boleh kita mahukan kesenangan yang tak terungkap dek kata-kata, tak ternilai dek wang ringgit dan tak terbayang dek mata....di syurga nanti.

Renungan buat diri sendiri dan semua :)

Wednesday, January 11, 2012

Mengenali Lelaki Yang Baik Sebagai Calon Suami

Terbaca artikel bertajuk "Perlu Arif Tabiat Lelaki" dari blog Fatimah Syarha. Aku sangat tertarik dan amat bersetuju dengan pandangan yang dilemparkan. Jom baca sama-sama....


Perlu Arif Tabiat Lelaki

            Qani’ah Syumaila membuka diarinya…

Ketika bergelar mahasiswa, saya menjadikan perpustakaan sebagai rumah kedua. Seronok mengisi masa dengan membaca. Buku Islam dan Cinta, karangan Abdullah Nasih Ulwan menemani petang saya pada hari itu.
Tiba-tiba, ada sebuah SMS masuk.

Saudari,
Awak kelihatan sangat solehah. Sudikah awak membimbing diri saya yang jahil ini. Saya mahu berubah. Saya ikhlas dahagakan petunjuk.  Classmate.

“Membimbing atau mengajak bercinta?” hati saya mempersoal. 

Jika ikhlas mencari petunjuk, dia sepatutnya berjumpa ustaz, bukan berjumpa saya. Berjumpa saya hanya menyebabkan ruang  maksiat terbuka luas.

            Sekalipun dia mengajak saya bernikah agar saya dapat mengubahnya, saya tidak boleh jahil tabiat lelaki. Lelaki lazimnya tidak suka sekiranya seorang isteri mengubah dirinya. Sekiranya peluang membuat perubahan itu ada tapi tidak boleh terlalu dipercaya. Peluangnya tipis sahaja.

Tatkala lelaki memegang darjat suami, keegoan mudah merasuk diri. Sukar mengikut kehendak orang lain apatah lagi kehendak isteri. Mengubah tabiat lelaki sangatlah payah. Apatah lagi, sekiranya cara hidupnya terbiasa dengan alpa dan dosa sejak muda.

Perlukah saya memperjudikan masa depan dengan menikahi lelaki yang tidak mampu membimbing diri sendiri? Adakah dia mempunyai modal untuk membimbing keluarganya nanti?

“Orang minta bimbingan saja. Kenapa fikir jauh sampai soal nikah?” syaitan mengejek saya. 

“Jika aku berani memulakan, kena fikir kesudahan. Nikah dengan lelaki sebegini atau membiarkan anggota badan berzina. Baik abaikan sahaja.” Saya patahkan hujah syaitan.

Seorang rakan menuju ke arah saya kemudian duduk di sebelah.
“Ramai kawan-kawan kita suka gandingkan nama awak dengan Presiden. Boleh saya tahu hal sebenarnya?” dia mengorek rahsia.

“Itu gosip sahaja. Kami tiada apa-apa,” jawab saya.

Saya menyembunyikan rahsia bahawa memang benar Presiden pernah menghantar surat risikan kepada saya. Cuma, istikharah dan musyawarah saya dengan ibubapa belum mengatakan dialah orangnya. First thing first.

Alhamdulillah. Saya sebenarnya sudah lama minat pada Presiden,” dia meluahkan.

Saya tidak pelik mendengarnya. Wanita yang baik mudah tertarik kepada lelaki yang baik. Itu fitrah. Wanita yang jahat mudah tertarik kepada lelaki yang jahat. Begitulah sebaliknya. Saya tadahkan telinga mendengar bicara hatinya.

Katanya, yang ini lain. Rasa tertarik itu pada kesolehannya. Pada akhlaknya. Pada kesamaan visi dan misi dalam dakwah. Masing-masing tahu ada batasan. Dilemanya, hati mendesak untuk memberi perhatian. Hati mendesak untuk menunjukkan sikap memahami. Hati mendesak untuk saling berpesan-pesan atas kebenaran dan kesabaran. 

“Awak ikut desakan hati?” saya bertanya.
“Saya meminta dia menjaga, memperhatikan atau menasihati saya agar istiqamah,” katanya.
            “Lalu, apa yang terjadi?”saya berkata.
            Dia meluahkan lagi,

Setiap hari…

 Kalau tidak bertemu, rasa ada suatu yang hilang. Perlu segera diintai-intaikan.
            Ada kerisauan tentang dirinya. Ada keinginan kuat untuk tahu kondisinya.
            Andai bertemu, berpandangan, atau SMS muncul pula rasa bersalah, gelisah, menyesal dan takut membuat Allah murka. Kenapa ya?

            “Kerana hati awak masih hidup mengenal mana dosa dan mana pahala,” jawab saya.
“Lepas saya mengungkap cinta kerana Allah, dia seakan menjauhkan diri. Salahkah saya?” dia bertanya.
“Tanyalah hati. Bimbang, ungkapan cinta Yang Esa tapi pengisian leka dari-Nya,” jawab saya.


Saya berkongsi pendapat dengannya. Dalam hubungan yang tidak halal, cinta yang fitrah amatlah senang bertukar menjadi fitnah. Sukar mengenali mana cinta dan mana nafsu kerana topengnya handal, sukar dikenali. Orang yang biasa mendidik hati mampu mengenalinya.

Saya tidak mahu terlalu mudah mengungkap cinta. Siapa yang bakal menerima ungkapan cinta mestilah lelaki high class bukan lelaki sembarangan. Perlu ada matlamat. Perlu lihat kesudahan. Menghampiri syurga atau menghampiri neraka?

            Saya berpesan supaya tidak perlu bertindak bodoh mengucapkan “Good bye” kepada dunia andai kehilangan cinta manusia. Patah tumbuh hilang berganti. Yang penting, Allah setia mencintai.

            Selepas rakan saya itu beredar, saya jadi tertanya-tanya. Kenapa wanita kaya, cantik, bijak, menarik dan solehah sepertinya tidak mendapat tempat di hati Presiden? Kenapa Presiden lebih sanggup cuba mendapatkan saya? Saya cuma seorang gadis yang sangat sederhana.

            Saya semakin arif tabiat lelaki. Secara semulajadinya, lelaki sukakan cabaran. Yang mudah menyerah diri, mudah pula disakiti. Yang sukar didapati, semakin bersungguh dia mencari. Maka, saya perlu terus menghunus duri. Agar cinta ini terpelihara untuk seorang suami yang diredhai Ilahi.

            Saya mesti terus belajar tabiat lelaki. Bukan untuk menyaingi atau mengalahkan mereka. Saya cuma tidak mahu diperdaya. Saya melihat betapa ramai wanita telah dipermainkan. Mereka gagal mempertahankan diri. Mereka gagal keluar dari kebergantungan kepada permainan cinta sandiwara lelaki.

Saya tahu saya tidak mampu mengubah tabiat lelaki. Tapi saya mampu membantunya menjadi lelaki sejati. Bukan dengan cara melayan dan membimbingnya menjadi model lelaki idaman. Lelaki pasti mengambil kesempatan di atas sebuah kelembutan. 

Caranya, saya mesti menghunus duri. Awas, jangan dekat! Jika mahu, dapatkan secara terhormat. Biar lelaki tahu, wanita itu untuk diselamat bukan diperalat.

Malah, setelah nanti saya telahpun bergelar isteri, saya tidak boleh berhenti untuk belajar tabiat lelaki. Lelaki suka berjanji dan cepat berubah hati. Saya melihat realiti masyarakat. Biar betapa baguspun seorang isteri melayani suaminya, masih ada lelaki yang gagal setia malah sesuka-hati memperdaya isterinya. Apatah lagi jika isterinya banyak kelemahan, ramai lelaki lebih suka menghukum daripada mendidik sehikmahnya.

Saya yakin, ada suatu rahsia yang menggerakkan tindakan lelaki. Saya mesti arif rahsia ini. What you see is what you get. Saya mesti bijak menyelaraskan ‘sudut pandang’ terhadap sesuatu isu sensitif yang melingkari alam rumah tangga sejak mula. Perlu juga ada jaminan undang-undang untuk mempersiapkan diri pada sebarang kemungkinan. Bukan kerana tidak percaya tapi kerana tabiat lelaki cepat berubah.
  
Kalau tak salah, ini adalah petikan daripada buku terbaru Fatimah Syarha iaitu CINTA HIGH CLASS. Rasa maca wajib untuk aku dapatkan buku ni selepas baca beberapa lagi sedutan daripada novel tu. Very nice and inspired! 
Aku mula kenal dan minat dengan karya Fatimah Syarha masa zaman sekolah dulu apabila terbaca novel Seindah Mawar Berduri....superb! Pastu baca gak buku husband dia, Denyut Kasih Medik by Dr Farhan Hadi. Best gak. Thanks to my adik yang beli novel ni. Bila baca buku ni baru tau penulis ni adalah husband kepada Fatimah Syarha. Isk isk...kagum. Sekarang on the way nak habiskan novel Sebarkan Cinta-Mu. Memang daku sangat meminati karya beliau. Orangnya pun sangat memberikan inspirasi ala-ala Prof Dr Muhaya. Sejuk je pandang orang-orang macam ni kan. 
Currently reading!
Oh ya, berkisar tentang sedutan karya pasal tabiat lelaki ni. Memang patut lah kita kenal dan faham golongan lelaki sebelum kita decide nak pilih mereka sebagai soul mate. Bukan lah maksudku faham kan personal orang tu, memang susah lah. Orang dah kawin puluh tahun pun masih dalam ongoing process untuk kenal pasangan, ni apatah lagi yang belum kahwin. Tapi at least fahamkan tabiat mereka secara general. Bila baca kisah ni, teringat zaman muda-muda dulu. Dilema gak tapi tak der lah dilema sangat kalau kita berserah dan yakin dengan Allah SWT. Heee....

Mari Mengenali Jenis Make-up Brush

Kepada yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia kecantikan seperti daku, benda yang paling utama kena ada adalah brush collection yang terbaik. Just nak share pasal koleksi berus yang aku guna sekarang iaitu Mary Kay Brush Collection. Aku rasa ini adalah koleksi terbaik untuk mereka-meraka yang nak berjinak-jinak dengan dunia make up. Selain lengkap semua jenis berus yang basic ada, bekas dia juga sangat best dan praktikal. Sesuai untuk travel.

Tapi sebelum tu, jom review dulu kegunaan setiap berus yang ada. Just for the basic yaa...

A Powder Brush is a full, fluffy brush designed to evenly distribute powder to the face. Sweep brush across pressed powder or dip into loose powder; tap gently to remove excess and apply to the face from forehead to chin using long, light strokes.


 
A Cheek Brush is used to accentuate bone structure or add a healthy blush to cheeks. Use the tip of this soft, angled brush to apply color to the apples of the cheeks and stroke upward along cheekbones, stopping just below the temples, then blend. This brush is also a great tool to use for applying bronzer. Apply across the bridge of your nose, temples, cheekbones and shoulders for a gorgeous, healthy looking glow.


 
An Eye Definer Brush has bristles that are tapered and rounded at the end to shape and define eyes and blend color evenly. Sweep color softly across the eyelid and then lightly above the crease for a natural, yet polished look.


 
An Eye Crease Brush has long, thin, pointed bristles and is used with midtone and darker shades of eye color to add depth to eyes. Begin by placing the brush at the outer corner of the eye and then sweep inward following the natural crease. This brush can also be used to create a smoky eye look. Using the brush tip, sweep softly along lower lashes from the outer corner inward.


 
An Eyeliner Brush is used to line eyes and enhance sparse brows with eye color. This flat, angled, short-bristle brush makes it easy to apply a thin line of color along top and bottom lashes. It's also a great tool to use for blending your eyebrow pencil.


 
Use an Eyebrow Brush to brush brows in the opposite direction from which they grow to remove any excess foundation. Gently brush back, following their natural shape and direction, as a finishing touch to your makeup application. 



Paling cool aku suka adalah berus untuk mata tu...memang superb. Memudahkan kerja. Ekeke.... Didatangkan dengan bekas yang menarik seperti gambar di bawah. Banyak compartment kat dalam tu, boleh lah nak taruk macam-macam alatan lagi. Siap dengan harga lagi ada. Hahaha...berpatutan seh! Mesti cuba~


 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template