Saturday, November 24, 2012

Oh My Wedding Ring!

 Teringat kenangan nak gi beli cincin nikah masa bergelar tunangan orang. Bakal mak mertua ngan bakal suami ajak gi beli cincin. Kami pergi kat Habib Ampang. Segan nak mampuih time tu.... Bila bakal mak mertua suruh pilih cincin mana yang berkenan, aku tunduk jaa....cakap kat dia...makcik lah pilihkan. Saya tak pandai pilih. Padahal segan tahap dewa. Seyes aku pandang je barang-barang dalam kedai tu. Tak penah weii masuk kedai besaq camtu. Selalu ikut mak aku pi kedai mas cina kat pekan Kangaq tu ja...habis canggih pun Emas Sri Pinang kat Giant Aloq Staq. Hahaha.... Pastu, depa je lah yang dok belek. Aku tunduk je. Diam jek. Then, encik tunang pun tunjuk satu design ni. Dia kata nak tengok yang tu. Orang jual tu pun amik kan. Suh aku cuba. Ketaq tangan aku nak cuba bila dia sebut harga. Gila ka hapa cincin putih kosong mcm tu pun mahai nak mampoih. Cuba je lah...tapi ketat. Orang tu kata boleh besarkan. Then, encik tunang kata ok, nak yang tu. Pengsan! Harga dah separuh nilai hantaran pak aku letak aritu. Wallaweyyy.....riuh sekampung kalau mak-mak menakan aku tau ni....hahaha. Siap encik tunang bayaq ngan kad kedit, top up plak ngan cash...terlebih credit limit ke haper tatau la....aku diam jek. Ikut je apa depa nak buat. Pemalu kan aku...hahaha.

Bila dah setel, aku ngan bakal mak mertua tunggu kat depan kedai sementara tunggu encik tunang amik kan kereta. Sekali ada sekoq burung bedebah pi bedil tahi dia habis berteraboq atas pala aku....kambengggg....bukan setakat tudung, tapi habis baju aku sekali terkena bedilan tu. Seyes aku nak pengsan. Cepat-cepat cari paip ayaq kat tepi kedai, cuci apa yang patut. Then naik kereta balik ke rumah kawan baik aku yang sudi tumpangkan aku. Memang keji burung tu. Malu tahap gaban tak yah habaq laa...aarrgghhhh.....kenangan sungguh la.

Bila dah balik umah masing-masing, baru laa aku berani nak tanya encik tunang. Tu pun thru sms. Segann.... Tanya dia awat beli cincin mahai sangat. Gila ka hapa...haha....dia kata don't worry. Dan design yang dia pilih tu tu nama nya 'solitaire'. Dia dah study pasal jenis-jenis cincin berlian ni. Design yang tu paling legend. So dia memang dah decide nak beli yang macam tu. Maka aku pun dapatlah ilmu baru pasal cincin berlian. Hahaha....memang kampung kan aku. Encik tunang yang lelaki tu plak lagi tahu pasal barang kemas ni. Kih kih kih....

Pastu masa malam nikah, aku paling tak sabaq nak pakai cincin tu. Seyes teruja nak pakai cincin tu lebih dari berdebar nak menikah. Hahaha. Cincin tu laaa perkara pertama yang mengiringi peng'halal'an ikatan suci antara aku dan suami. Dan kerana menyarungkan cincin itu lah aku dapat rasa sentuhan pertama si suami. Then dapat salam tangan dia, cium tangan dia...oh...sweet nyer.

Tapi, sekarang mana cincin tu? Aku tak ingat mana aku letak. Dok cari kat tempat yang memang selalu aku letak, tapi tak ada. Dah 2 bulan aku tidak nampak akan cincin itu. Sedihhhhhhhhh.......rasa bersalah lagi berdosa pada suami ku.....nak beli baru ganti, tapi tak mampu....huwaaaaa.... Doakan lah aku dapat berjumpa kembali cincin kesayangan ku itu...uhuk.....




2 comments:

  1. Hahahah...cerita best... 'solitare' mahai woiiii... canggei la husbandmu~! hehe :) kami xpi beli pun sume da tersedia mak mertua yg da bli sesiap...ukuq pakai cincin tunang ja...hehe..kami pun da xpakai jgk cincin nikah skrg sbb susah buat keja terutamanya nk kendong anak kecik...tkt tersadung berlian tuh haa... luka pulak dak kecik tuh... huhuhu...so lbh suka tanpa sbrg barang kemas...sonang buat keja umah...maklum ler skrg full-time housewife...hihi

    ReplyDelete
  2. wah..solitaire lagi. fuh23. baik cari dengan lebey bersungguh suna. bukan sbb harga kat kedai tu.. tp "harga" masa g hunting & kena taik burung, & yg paling penting sbb itu ialah cincin tanda suna ialah isteri encik ariff yg sah...

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template