Thursday, November 22, 2012

Luahan 5 minit...zassss

Oh saya sangat busy...kerja pejabat seakan tiada ruang untuk bernafas...saya cuba yang terbaik untuk puaskan hati clients....semoga berjaya....saya puas hati bila clients suka dengan kerja saya....dan projek mereka boleh terbang tinggi...tapi saya perlukan lebih masa untuk berikan yang terbaik.

Busy sampaikan saya kena buat kerja di rumah...oh...itu sepatutnya tak patut dilakukan...tapi daripada saya kena pergi kerja masa cuti, baik saya buat kerja sikit-sikit kat rumah. At least sambil renung nombor-nombor, saya masih boleh join anak saya menyanyi lagu Barney-I Love You!

Rumah baru pun dalam fasa terakhir. Khabarnya kunci boleh dapat bulan depan. Alamak, tentu lepas ni perlukan masa khusus untuk mendekorasi rumah. So far sekadar sempat mencari sebut harga kabinet dapur dari 3 buah syarikat. Cukup lah 3....pilih saja yang ada. Juga sedang menantikan hasil lakaran encik Kent untuk tema dekorasi rumah....lebih senang kita sub saja pada mereka yang expert untuk tujuan dekorasi.

Oh, cepatlah bulan Disember....semoga bulan Disember dapat membantu mengurangkan beban kerja pejabat. Bulan Disember jugak nak fokus rumah baru. Bulan Disember juga mahu berkursus. Bulan Disember juga mahu cuti-cuti honeymoon sempena ulang tahun pernikahan. Bulan Disember juga mahu temani anak hadapi minggu orientasi sempena bakal ke sekolah baru. Wah...banyak nya aktiviti. Wah....tiada rehat juga nampaknya.

Dan bulan Januari.....semoga ada pembaharuan...boss dah bagi hint...selepas ini saya pula merasa berada di pihak clients....semoga ini adalah jalan terbaik untuk saya...Ya Allah, bantulah saya memilih jalan terbaik dalam semua urusan saya....Amin....semoga Encik Besar itu insaf dari sifat aniaya orang yang tak pandai 'kiss his ass'.....oh no, apa saya cakap ni...

Ok sekian luahan untuk 5 minit ini....mari sambung buat kerja.

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template