Saturday, November 17, 2012

Kasih Ibu versus Kasih Anak

Pagi ini aku dan husband ke klinik berhampiran untuk rutin nebulizer si anak. Dia kena buat nebulizer selama 5 hari, 3xsehari. Memang minggu ni kitaorang jadi pengunjung setia klinik tersebut.

Masa menunggu giliran, datang seorang nenek tua tercungap2 macam sesak nafas ditolak atas kerusi roda. Sempat ku berborak dengan Alyaa.

"Alyaa, tgk nenek tu. Kesian dia sakit. Nanti kalau Alyaa dah besar, mama sakit mcm tu, Alyaa jaga mama ek....tapi doakan lah mama tak sakit ye."

Sambil mengangguk, Alyaa terus menadah tangan berdoa.

"Ya Allah, bagi lah ayah Alyaa sihat".

Erkk...ayah jek? Mama yang cakap ngan awak kot. Apa2 lah.

Then, sampai turn kami. Bila masuk bilik procedure, nampak nenek tu tgh dapatkan bantuan oksigen. Oh rupa-rupanya perempuan yang bersusah payah menolak kerusi roda, mengangkat nenek dan memegangkan topeng bantuan oksigen itu adalah bibik nya. Seorang perempuan yang lebih muda dan bergaya sekadar memerhati bercekak pinggang. Ini si anak nenek tadi.

Terpikir sejenak. Macam aku ni, anak sakit, mak ayah tak kesah susah payah nak berikan yang terbaik. Sambil pegangkan topeng nebulizer, diusap-usap kepala anak. Dicium-cium dahi. Penuh kasih sayang menemani si anak. Tapi, bila turn si ibu pulak, wallahualam.

Belum tentu si anak mampu berbuat seperti layanan ibu terhadap anak. Aku insaf sejenak. Aku tak berada di situasi mereka dan aku tak berani nak judge. Cuma sekadar terkenangkan diri sendiri dan reflek pada diri sendiri.

Ya Allah, janganlah aku diuji dengan ujian sebegini. Aku sayang ibuku. Aku sayang anakku. Tapi kasih sayang-Mu nyata tiada tolak bandingnya. Peliharalah mereka-mereka yang aku sayangi ini dengan penuh rahmat kasih sayang-Mu.

Ya Allah, kurniakanlah kesihatan yang baik untuk ku, ibu dan ayahku, suami dan anak ku. Jauhilah kami dari usia hina. Semoga husnul khotimah milik kami.

Amin.


0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template