Thursday, September 6, 2012

Tragedi 5 September…



Semalam atau dalam maksud utagha nya kemarin…..telah berlaku satu kejadian yang tak akan ku lupa sampai bila-bila. Uhuk.

Pagi tu husband ada procedure lagi untuk proses mencantikkan muka beliau. Kena masuk day care unit pukul 7.30 pagi. Struggle gak nak make sure kitaorang boleh sampai KL awal pagi sebab sejak bulan puasa aritu, kitaorang asik sampai ofis kol 9am jekk…haha. Tapi Alhamdulillah managed to send him on time and saya pun kebetulan ada meeting awal pagi start jam 8. Dengan nak cari tempat yang tak pernah sampai lagi, tak masuk sesat terlepas simpang, salah u-turn bagai….and akhirnya dapat gak sampai kat Icon Tower, Jln Tun Razak before 8am.

Meeting berlangsung sampai kol 12.30pm and husband pun dah selamat buat prosedur untuk plastic surgery beliau (dah masuk kali ke 4 daaa…). Petang nyer opis saya buat engagement raya kat Crowne Plaza hotel tapi saya skip lah sebab nak hantar husband balik rumah. Tak sampai hati plak nak biar dia naik teksi balik sendiri dengan muka dan tangan penuh berbalut.

Balik rumah, terus tidur sebab pagi tadi kan dah bangun awal. Bila petang, bangun je terus lapar gila. Maklumlah breakfast tak langsung, tengah hari je sempat gigit-gigit sikit tapi bukan heavy lunch. So bila dah lapar, plan nak gi makan lepas amik anak kat day care dia.

Kami decide nak makan kat Texas Steakhouse, BTHO. Depan rumah jek. Baru buka awal bulan puasa aritu. So ni kira 1st time nak try food dia. Tapi gambar tak ada plak sebab kerja snap-snap ni semua husband yang buat and gambar ada dalam tepon dia.

Saya order Chicken Boxing Chop kot nama nya, and my husband order grilled fish. Pastu saja tambah Garlic Bread and Mushroom Soup. Air 3 gelas. Total tak sampai pun RM50 rasanya sebab tengok husband pegang note RM50 sekeping jek masa membayar. So kira ok lah tak mahal sangat kannn…

Rasa pun ok laa, western ala Melayu. Tapi saya suka mushroom soup dia. Sedap. Dan paling best suasana nya sangat lah penuh ke’cowboy’an nya….gempak lah design dia. Sambil makan leh tengok orang jogging kat tasik dan leh pandang rumah sendiri. Hahaha…

Ok, tragedi nya berlaku masa kitaorang dah habis makan dan nak balik. Kebetulan masa tu dah petang so orang pun tak ramai. Yang ada pun pekerja restoran tu ngan budak-budak muda dok melepak kat situ. Masa jalan keluar dari restoran, aku cuba elak dari lalu jalan yang dekat ngan meja budak-budak tu.Kebetulan jalan tu untuk troli nyer lorong, yang rata dan curam macam gelongsor tu. Tadi masa datang aku dah lalu situ dan terasa kasut ku tak bagus cengkaman nya sebab macam licin jek.

Tapi tengok husband ngan anak dah lalu ikut situ sebab lebih dekat. Dia pun tunjuk aku suh lalu situ jek. Aku pun ikut je lah. Tak jadi lalu jalan jauh. Cuba control step slow-slow sebab dah tahu kasut licin nak lalu laluan troli tu. Tapi, kalu dah nak jatuh tu kann…tiba-tiba je aku rasa macam main gelungsur. Gedebush jatuh tergelungsur….terlentang kat situ. Mak aiii…terkejut sampai aku tatau nak buat apa. Rilek kejap then bangun cepat-cepat. Terus tarik tangan anak and jalan menonong masuk dalam kereta. Sehabis baik aku try berlagak macam nothing happen. Jalan pun control straight walaupun aku rasa macam dah nak herot langkah. Yang husband aku tercengang dok tanya-tanya ok ke tak? Sakit ke tak? Siap dok tepuk-tepuk bontot aku kot-kot sakit. Ayyoooo kita dah lah malu, jom laa balik tanya kat rumah. Boleh tak masuk keta cecepat and terus drive cecepat. Maluuuu tau kat budak-budak tu…. Anak aku pun mulut dok bising cakap mama jatuh…sambil buat gaya macam mana aku jatuh. Hadoi laa….

Aku perasan laa yang budak-budak tadi tengah gempak borak boleh terdiam sunyi sepi masa aku jatuh tu. Pastu dengar ada cakap eh akak tu licin kot. Hahaha…malu nya. Mujur bukan anak aku yang jatuh. Dan mujur aku dah mak orang kan…kalo anak dara lagi, for sure sumpah tak nak lalu lagi area tu selamanya. Hahaha….jatuh saham.

Bila dah masuk kereta, baru terasa dada ku sakit. Agaknya sebab terkejut kot. Jantung nak tarik nafas rasa ketat jek…bontot ke, pinggang ke haper tak sakit. Mujur tak jatuh terduduk kan, kalau tak bahaya gak untuk sistem peranakan orang pompuan nih. Pastu perasan ada darah sket kat jari kaki…agaknya tergesel simen or tar kat situ kot. Alhamdulillah syukur tak ada rasa sakit badan or terseliuh kat mana-mana. Kalau tak jenuh gak ler nak mencari tukang urut. Hahahaha…mengong betol lah.

Dan yang pasti, kejadian ni tak membuatkan aku serik untuk makan di situ lagi.

1 comments:

  1. Suna pakai heels ka?lawak lak alyaa leh p canang2 gitu kata mama jatuh...ekekeke :D budak bkn tau apa.. hati2 yerp! :D

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template