Thursday, September 6, 2012

Ermm...wanginya mulut dia~

Firman Allah yang bermaksud: "Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan memberi peringatan yang baik dan berhujahlah dengan mereka melalui kata-kata yang baik." (Surah al-Nahl, ayat 125)

Islam itu indah. Agama yang lembut dan penuh kasih sayang. Hinggakan kepada bab menegur orang lain pun sepatutnya dipenuhi dengan adab dan hikmah.

"Adik dapat hadiah birthday daripada kakak. Berupa coklat mahal (mungkin Godiva atau Patchi)....pastu adik dok komplen depan public yang dia was-was nak makan coklat tu sebab tak ada ada label halal. Ok, as kakak, this will be very 1st and the last ever kakak nak kasi hadiah kat adik lagi. Lepas ni, no more! 

Why?? 

Kakak dah dimalukan depan khalayak atas kesalahan atau kecuaian atau ketidak-hati-hati nya. Kalau ye pun rasa was-was, tak payah lah nak mention pada semua orang yang hadiah daripada kakak saya ni saya tak berani makan sebab tak tau halal ke dak...dush! 

Apa kakak terfikir? Hurmm....teruk sangat ke aku ni? Nak bagi orang makan benda tak halal? Lagipun apa yang aku bagi tu common semua orang kat Malaysia ni makan....dan coklat tu mahal laa bagi aku yang tak berapa berada ni...hurmm...malu nya...."

Kan lagi cantik kalau buang je terus coklat tu, then bila ada masa yang sesuai, cakap pada kakak tu sendiri sambil-sambil tgk tv ke,"Kakak, haritukan adik ada terbaca kat internet pasal coklat jenama ni tak ada halal Jakim, ada halal Australia jek...lain kali jgn makan tau. Kita kena lebih hati-hati lepas ni ye kak." :)

Cerita lain:

Kawan sepejabat tengah dok belek-belek kain pasang yang cantik. Ada kawan yang lain yang jualkan. Teringat plak nak tanyakan sorang lagi kawan baik kot-kot dia pun teringin nak beli sebab kain tu memang cantik. Niat yang baik untuk sekadar bertanya in case berminat (tanda ingatan lah tu) telah ter'smash' bila kawan itu memberikan jawapan lebih kurang macam ni laa...."daripada dok beli kain nak buat baju dunia cantik-cantik tu, baik teringat nak beli kain kapan. Dush. Mujur laa kawan dia nih memang dah maklum yang mulut sorang ni laser macam ni, kalau tak, dah lama makan hati! 

Why nak makan hati??

Sebab kawan ni terpikir...teruk sangat ke aku ni. Nampak aku ni tak ingat mati langsung ke? Dah kena sakit cinta dunia takut mati ke aku ni? Jahil sangat ke aku ni? Ye lah, dia memang orang terbaik. Aku ni, sapa lahhh.....tak macam dia yang hebat. Lain kali tak payah lah ingat nak tanya dia lagi. Orang hebat ni mesti tak pandang benda-benda hina dunia macam ni.

.......
.......
.......

Teman, tak semua orang terima dan belajar ilmu sama seperti awak. Tak semua orang punya hati kering dan kuat lagi kental seperti awak. Tak semua nampak kematian tu adalah indah dan melazatkan untuk menghadap Maha Pencinta. Tak semua rasa tertinggal semalam solat tahajud tu satu kerugian yang besar..... Sebab?! Level iman seseorang tak sama. Kalau semua orang level iman sama tinggi, maka tak wujudlah terlalu banyak pencanggahan pendapat dan hujah berkaitan perkara furu' even perkara besar. Even Imam besar berEmpat pun lain-lain pendapat masing-masing pasal aurat, pasal perkara batalkan wuduk etc....

Tak semua orang sanggup pakai purdah walaupun benda tu terbaik. Tak semua orang sanggup puasa sunat setiap Isnin Khamis tak pernah miss walaupun itu terbaik. Tak semua orang sanggup tinggalkan insan tersayang untuk pergi berperang bunuh orang Israel. Isk isk....berapa banyak tak sanggup daaa....

Yang penting, macam mana baik pun niat kita, tapi untuk menyampaikan nya kena lah dengan hikmah. Kalau nak ajak non-muslim berminat dengan Islam, jangan dok cerita lagi kat dia pasal balasan neraka siksa kubur semua tu....cerita yang indah-indah dulu. Kalau nak ajak kawan baik tutup aurat dengan sempurna depan ajnabi, jangan laa dok hadiah tudung kat dia depan-depan kawan lain.....tu akan memalukan dia. Asal yang ada niat nak jadi baik, silap hari bulan buatkan dia rasa lagi sakit hati dan terus lupakan hasrat. Kena pandai tarik rambut dalam tepung.

Kalau mak kita jenis tak pakai tudung pun, tak kan senang-senang kita nak pi kata kat dia, 
"Mak ni ahli neraka sebab tak pakai tudung! Malukan saya je jalan ngan mak sebab saya tudung labuh, tapi mak tak pakai tudung."

Sesuai kaaa???!!!

Ok, peace no war because I ada banyak lagi keserabutan duniawi dalam kepala ni untuk difikirkan.

Wallahu'alam.

3 comments:

  1. Setuju! sapakah yg mulut 'wangi' sgt mulut dia tuh??huhu

    ReplyDelete
  2. Sesiapa pun boleh bermulut wangi...ehehehe...hati2!

    ReplyDelete
  3. Ish, aku nak click like, tapi tak de option nk click

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template