Tuesday, September 18, 2012

Alyaa dan Hidung Sumbat



2 minggu lepas, anak aku selsema. Kitaorang hanya berikan ubat selsema dan anti histamine yang dia selalu guna jek. Anak aku ni memang mudah kena selsema dan kemudian leh membawa kepada asma. Dah macam-macam petua aku dah cuba. Bagi madu, bagi susu Pediasure, bagi meal shake (Shaklee), bagi vitamin C, bagi Scott Emulsion, bagi Appetton….erk…banyak kan…tapi sama jek. Tak pe lah, agaknya sebab mak dia memang keturunan alahan alergi sinus bagai, so anak pun dapat kot.

Ok back to cerita asal. After seminggu selsema, hidung dia dah start berdarah. Agaknya sebab panas atau pun bendasing banyak sangat dalam hidung dah mengeras dan asik kena tenyeh jek, so sel darah yang halus mulus dalam hidung pun mudah lah terpecah dan berdarah. After beberapa kali berdarah, lama-lama hidung dia jadi tersumbat dan keras. Siap ada hitam-hitam macam kulat roti tu. Memang comot lah anak ku. Nak cuci or check kat hidung dia, memang dia tak kasi. So kitaorang terus bawa gi klinik. Actually dah kali ke berapa kali ntah laa gi klinik. Selalunya gi Klinik Kita kat Cheras tu, tapi tak dak beza pun. So try bawa ke klinik kat opis aku plak, TTMC. Doktor situ terus suh anak aku refer kat ENT.

Kitaorang decide gi ENT kat PCMC, Dr Yau. Dr terus suruh anak aku buat procedure untuk bersihkan hidung dan sinus pada hari esoknya. Dr kata ada jangkitan sudah kat hidung dia. Kena di pengsankan jugak sebab dia meronta-ronta kalo nak cuci sampai ke belakang hidung. Kesian. Sebelum masuk OT, kena pulak budak tu puasa dulu 6 jam.

Then after seminggu treatment, Alyaa dah getting better. Alhamdulillah. Ingat lepas ni nak try homeopathy plak. Mana tahu kalau-kalau berjaya kurangkan masalah alahan dia tu.

Persalinan nak masuk OT....
Siap pakai cap/hair cover lagi

After keluar OT

Kesian anak mama...horror kan tgk hidung dia

Alhamdulillah hidung dah bersih


1 comments:

  1. Laa pasai pa hidung dia kena surgery lak?ada apa2 problems ka?

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template