Wednesday, August 1, 2012

Wahai Yang Bergelar Boss….kita hanya merancang

Hari Ahad lepas, anak aku start demam. Berlanjutan sampai hari seterusnya. So aku pun sms bitau manager aku yang aku nak amik emergency leave. Anak aku tak sihat. Besoknya aku sambung lagi dengan annual leave. Kebetulan aku dapat mc sebab aku pun tak sihat…tak cukup rehat dan stress…so penyakit pun datang.

Hari Selasa tu, (hari yang aku dapat mc tu) sekali lagi aku bawa jumpa doctor sebab anak aku tak kebah gak selepas 3 hari amik antibiotic. Mana tahu kot antibiotic tu tak berkesan ke haper kan…. Then, doctor tu pun macam malas nak susah kan hati, dia suh je kitaorang refer hospital untuk admit or buat test seterusnya lah (blood test, urine bagai)…. Sebagai mak ayah, mesti lah kita rasa tak sedap kan bila doctor suruh refer hospital.

Tapi syukur lah, doctor pakar kat hospital tu kata, tak perlu admit or buat further test bagai lagi. Dia cuma suruh tukar antibiotic baru je yang lebih kuat sket. See…terror gak prediction aku yang antibiotic pertama tak sesuai….hehehe.

Tapi, yang nak dijadikan cerita ni…dalam aku dok kalut-kalut setel hal anak. Boss plak asyik calling suh masuk ofis sebab ada urgent matter. Errmm…pernahkan ada kerja yang tak urgent kat department aku tu? Hahaha. So sebagai hamba Allah yang lemah, makan gaji jek, atau lebih dikenali sebagai kuli…..aku pun cakap ok je lah.

Lepas setel pasal anak, dalam kol 4pm camtu, aku pun masuk opis. Dah janji ngan husband dia akan datang amik after Maghrib. Bukak posa sorang-sorang lah aku nampaknya. Takpe, masih boleh terima.

Tapi, bila nampak je muka aku, pakcik sorang ni, bukan boss tp pangkat lebih tinggi dari aku laa….kira specialist laa kat tempat aku tu….dia maki aku tak hengat. Bla bla bla macam peluru sesat. Aku pun tak paham sangat setiap butir kata dia sebab dia cakap pelat New Delhi…..hahaha….tapi yang aku paham….dia marah aku cuti tak plan, dia marah aku cuti tak bagi tau orang lain awal-awal, dia marah aku cuti tak cari orang untuk back up kerja aku….bla bla bla……isk. Aku diam je lah. Bukan aku plan pun suh anak aku demam so that aku boleh cuti kannn…..

Tapi dalam hati, menangis kot. Bos-bos lain pun sama jek…siap GM aku perli lagi….suh aku gi bukak posa kat spital…. Senior Manager dan Manager aku yang asyik push aku datang opis pun bila nampak aku buat tatau jek. Kot ler nak tanya, anak dah sihat ke haper…at least boleh lah buat kan aku sejuk sket kann….

Tapi nampaknya memang aku bekerja dengan boss-boss yang tak berhati perut. Aku hanya mampu berdoa agar suatu hari nanti, mereka akan rasa apa yang aku rasa di saat itu. Sama rata cukup….amin.

Company aku kerja sekarang memang dah kurang sense of humanity. Ramai kerja sebab nak jaga poket masing-masing je….sob sob sob. Dah banyak kali jadi fire incident pun tak serik-serik lagi ke?

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template