Wednesday, August 1, 2012

SOHO. Kenapa banyak sangat?

Tempat tidur kat atas.
Aku perasan sekarang nih banyak sangat pemaju-pemaju perumahan berlumba-lumba nak bina dan jual unit SOHO or Small Office/Home Office. Kat mana ada iklan nak jual rumah baru, mesti ada unit SOHO. Banyak unit plak tu. Mostly kat urban area lah macam kat KL nih. Perkara ini membuatkan aku terfikir…

SOHO kan most of the concept dia satu bilik je….kalau boleh, dalam satu ruang je semua benda boleh buat kat situ. Tengok tv, tidur, masak and lepaskan hajat dalam satu ruang je. Hahaha.
Dengan kepesatan pertumbuhan SOHO ni, adakah kerajaan Malaysia menggalakkan rakyatnya….

Tidak berkahwin atau tidak mempunya family? Ye lah, jual rumah satu bilik je, sah-sah untuk orang bujang tak ada family atau pasangan tak ada anak je kan. Rumah kan mahal, tak kan orang nak beli 2-3 bijik plak kalau dah ada anak ramai kelak?

Menggalakkan gaya hidup nafsi-nafsi….ye lah semua benda boleh buat kat rumah or bilik je…home office lah kann…so hidup secara individualistic je lah dalam rumah masing-masing.

Dulu kan pernah timbul isu, rumah flat kecik sangat, so bagi yang berkeluarga besar, anak-anak tidur campur laki perempuan, menggalakkan sumbang mahram. Ada gak remaja yang rasa padat duduk dalam rumah kecik, lari dan berpeleseran kat luar untuk elakkan keserabutan kat dalam rumah. Tak nak amik pengajaran kah?

Kalau tak silap aku, dulu masa kecik macam pernah dengar…..kat Kelantan, MB dia kata kalau nak buat rumah (perumahan kot), syarat minima adalah kena ada 3 bilik…satu bilik ibu ayah, satu bilik anak lelaki dan satu bilik anak perempuan. Kan molek kalau follow gini….

Tapi tu lah, harga rumah mahal sangat. Kalau kat KL nak yang 3 bilik…mau RM juta gak tu…haishh…pihak berwajib kena lah buat sesuatu kot…sebelum negara semakin parah. Life balance dah tak ada…oh akhir zaman.

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template