Wednesday, August 1, 2012

Bila Dah Tak Ada Malu



Masa tengah scan barang untuk masuk ke ofis pagi tadi, nampak seorang wanita cantik berkebaya, menampakkan lentuk badan yang masih terjaga rapi walaupun dari raut wajah sudah dapat mengagak usia sudah melewati 35 tahun ke atas. Tudung di kepala pun cantik ala-ala tudung Dato Siti. Ditangan beliau ada sebungkus McDonald burger. Hehe. Aku dan semua yang ternampak mesti dapat mengagak bahawa wanita itu tidak berpuasa hari ini kerana dia datang bulan. Oooo…dia tengah datang period arini. Hehehe…

Last year plak, ramai umat tak puasa akan makan tengah hari kat surau yang ada ceramah time break tengah hari di dalam bulan Ramadhan. Isk isk…sah-sah lah orang yang puasa akan gi lepak surau untuk dengar ceramah atau tido…tapi mesti akan rasa tak selesa bila ada kelompok-kelompok bulat dok makan ramai-ramai. Bau sambal udang derang pun dah boleh mengganggu mood orang puasa….isk isk…macam tak hormat plak. Tapi mujur tahun ni dah tak nampak orang makan kat surau.

Teringat masa aku kecik-kecik dulu, kalau bulan puasa dan kena pulak time tak boleh puasa, mak aku ajar supaya makan sembunyi-sembunyi dalam bilik jek. Jangan bagi siapa pun tahu yang kita tak puasa harini. Reason? Malu! Mak aku tahu tak pe sebab dia yang nak supply aku makanan nanti. Hahaha.

Walaupun bukan nya dosa pun kalau kita tak malu, tapi bagi aku, malu itu kunci yang penting perlu ada pada semua orang. Malu itu separuh dari iman. Walaupun benda remeh, kena belajar pupuk sifat malu itu. Kalau kita tak malu untuk mulakan sesuatu yang remeh seperti jerit nak panggil nama kawan kuat2, gelak kuat2 kat public, potong Q, bawa kereta macam cipan baru dapat lesen….maka lama kelamaan…..makin kurang sifat malu dalam diri kita. Bila dah tak ada malu, sama lah dengan orang yang tak menghayati agama sebab dia bebas untuk buat apa sahaja yang dia suka…. 

Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amr Al Anshary Al Badry radhiallahuanhu dia berkata: Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya ungkapan yang telah dikenal orang-orang dari ucapan nabi-nabi terdahulu adalah:  Jika engkau tidak malu perbuatlah apa yang engkau suka.
(Riwayat Bukhori)

Tapi jangan lah pulak malu teramat sampai kan malu tak bertempat. Kalau tak tahu, jangan malu untuk ambil tahu. Surah al Ahzab ayat 53:  ….“God does not feel embrassed to tell you the truth”…. Dalam ayat tu describe molek cara nak beradab sopan bila mengunjungi tetamu….so nampak kan, betapa penting sifat malu dan adab sopan. Bila ada nya malu, maka automatic adab sopan tu datang sendiri.

Sifat malu hanya membawa ke arah perkara yang baik sahaja.

Aku pun kena belajar untuk menjaga malu…hehehe.

1 comments:

  1. Haha...gilers... siap tapau McD secara terbuka awai2 pagi... huhuhuhu..rasanya cam ilang 'kecantikkan' sbb kureng rasa malu... kohhkoff... kita kkdg nk p bli kat anak pun cam sgt segannn... pnh p bli kfc kt aisya kul 3ptg... nk masuk kfc pnyala segan... kena heret cik kak aisya agar org tau nk tapau kfc utk anak...haha!

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template