Tuesday, July 17, 2012

Tak Sangka...I Boleh Buat Hantaran!

Hehehe...tajuk macam tak boleh blah kan. Suka ati I lah kan.... Bila lagi nak vangga. Erkk..wek wek.

Awal bulan ritu adik i selamat menunangkan diri dengan seorang awek pilihan hati beliau. Alhamdulillah semua dah selamat. Pihak lelaki datang dengan rombongan adik beradik sanak saudara bersama 5+1 dulang hantaran, dan pihak perempuan pun menerima kedatangan rombongan dengan sambutan makan-makan yang  best, serta dibalasi dengan 7 dulang hantaran. Kenapa ada plus 1 tu adalah sebab tiba-tiba ada plak sedara nak sumbang satu barang last minute.

Yang i nak story kat sini adalah, i berjaya mendeko hantaran untuk adik i sendiri. Cewah. Actually banyak barang yang guna semula barang-barang yang memang sedia ada kat rumah. Contohnya bakul hantaran i dulu, tapi dibalut semula dengan kain dan reben baru. Maka berubah lah wajah nya.

Amatur je lah. Kira meet my own spec je lah. Bukan untuk komersial. Memang jauh laa untuk dibuat benchmark dengan komersial standard, but i'm satisfied. Huhu... Jimat pun sangat jimat! Tu yang penting. Hehehe....


Bakul buah.

Coklatss

Cuppies.

Gula & Garam

Kain pasang

Semua

Tumpang letak gambar...my birthday cake. Hehe..Red Velvet!

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template