Tuesday, July 17, 2012

Sepetang Di Tasik

Petang semalam, sempat singgah kat tasik depan rumah. Konon nak start buat aktiviti rehlah secara sihat. Berjalan pusing tasik. Tapi tak sempat pusing habis pun, sebab hari dah nak malam. Alang-alang dah singgah tasik, kitaorang sempat jengah dan amik gambar rumah yang sedang dalam proses pembinaan. InsyAllah hujung tahun ni kot siap.

Enjoy the photos yok...
Nih end lot, tapi rumah kitaorang kat tengah-tengah. 4 tingkat ni actually untuk 3 different owners. Huhu...

Umah nih facing tasik tempat orang riadah. Berbukit sket tanah dia. Cool.

Encik Arip beraksi macho.

Encik Arip menggigit perut si anak.

View dari depan rumah. Nanti leh lepak balkoni sambil minum petang. Heh!

Mengadap BTHO.

Excited plak tengok progress rumah dah banyak. Tapi dalam hati risau gak bila memikirkan banyak perkara. Dan takut juga untuk excited, kang terkecewa. So, marilah bersederhana dalam semua aspek. Semoga Allah limpahkan rezeki untuk kami duduk rumah sendiri dengan selesa, aman, damai...di limpahi sakinah, mawaddah dan rahmah. Amin.

Semoga kami sekeluarga dipanjangkan umur, dipanjangkan jodoh, dimurahkan rezeki dan sihat walafiat untuk terus menikmati nikmat Allah di dunia ini....

Terfikir gak, kalau Allah dah jemput pulang one of us...hurmm...mesti tak sanggup nak tinggal kat rumah yang selama ni dok berangan bersama kan. Ya Allah, hanya Engkau yang tahu terbaik untuk kami. Semoga kami diberi kesempatan untuk menghuni di sini sebagai syurga dunia untuk kami sekeluarga sebelum dijemput ke syurga hakiki. Amin.

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template