Thursday, July 19, 2012

Samarinda Ameera


Habis sudah cerita ini. Aku sekadar ikut kat tonton.com.my je sebab nak tengok kat tv lewat-lewat malam tu memang minta mahap ler. Eheks.

1st aku decide nak tengok cerita ni lepas Rita Rudaini asik dok tweet promo cerita ni. So macam nak layan sebab ada Rita. Dia cantik so aku suka nak tengok cerita yang dia berlakon. Then bila start tengok, rasa macam nak continue lah..mesti akan addict nak tahu apa akan jadi seterusnya begitu begini kan.

And bila dah tengok sampai habis, ending dia memang sedih. Dan majoriti aku tengok kat blog, ramai yang tak puas hati laa dengan ending dia. Siap maki hamun polis tak pandai buat kerja. Hahaha...kerana cerita ini, habis busuk nama polis. Padahal polis yang 2 orang dalam episod last tu sakadar berlakon as per script. 

Bagi aku ending macam mana tu, up to dia nyer pengarah/penerbit/penulis skrip lah kan. And overall aku suka lah pelakon-pelakon cerita ni. Pandai derang berlakon. Kiranya pihak berkenaan pilih pelakon memang berdasarkan bakat sama ada derang boleh bawa ke idak.....

Rita memang dapat bawa watak Ameera yang muka pasrah jek kena maki hamun or orang buat macam-macam kat dia. Tapi dalam diam-diam sabar dia tu, naik gak tangan gi lempang muka madu dia 2 kali. Hahaha...



Shamsul pun bawa watak Amir yang gila tekanan dalam situasi tu. Mimik muka dia memang serabut. Nak kena jaga hati banyak gila pihak. Hahaha...

Watak Zila pun menjadi...psiko dan ada waktu kesian gak. Watak Pn Suraya pun idup. Jasmin Hamid memang terror bab watak mak mertua or mak tiri jahat nih....hahaha... Dan aku suka montaj intro dia....terumbang ambing dalam air tu...nice lah!

Ok, citer dah habis. Terpikir gak, kalo Fasha Sanda pegang watak Ameera tu, camner ek?

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template