Friday, July 27, 2012

Nak Tukar Kerja

Alkisah pada satu hari, aku mendapat tawaran daripada satu projek yang aku involved dari awal masa planning stage untuk meneruskan sebagai project team untuk kerja-kerja control pulak. Macam best dan kebetulan aku tengah stress dengan kerja sekarang yang….hurmm…susah nak describe. Senang cerita, kerja aku sekarang ni ramai sangat orang kejar….terutama dari project team, so serabut.


Maka dengan penuh konfidensi, aku terus jumpa GM cakap nak tukar department. Agak drama apabila mendengar jawapan GM aku yang separa mengugut tentang ‘pengorbanan’ beliau setahun yang lalu…erkk…aku tak rasa itu satu pengorbanan pun untuk aku…sebab aku rasa itu adalah tanggungjawab kau seperti diarahkan pihak atasan…dan tanggungjawab pihak atasan terhadap aku atas apa yang terjadi…. Tapi tak kisah lah GM aku tu nak anggap itu adalah pengorbanan besar beliau, tapi aku tetap tak rasa dia terkorban. Hahaha. So walaupun ayat sentap dia bagi, tapi aku selamba nak teruskan jugak hasrat nak pindah.

Selepas urusan dengan HR dan bosses kat tempat sekarang selesai, aku pergi mengadap bos tempat baru. Dia nak interview sket-sket. Demand gak bos baru ni walaupun department dia crucial masalah manpower tak cukup. 

Apa yang aku dapat selepas beberapa minit mengadap bos tempat baru itu adalah:

  • ·         Bos baru tu pompuan…baru 2 bulan kat situ. Muda lagi.
  • ·         Dia sangat workaholic.
  • ·         Aku kena jadi macam dia kalau nak duduk situ….datang kerja awal dan balik lewat… Lewat bagi dia bukan kol 6-7 petang ok. Dia hari-hari balik after 9pm.
  • ·         Dia nak staff yang hebat yang boleh challenge apa sahaja alasan atau justifikasi dari pihak projek atau management jika mereka tak puas hati dengan apa yang kami providekan. Kata mudah, kena jadi ganas dalam meeting/presentation!
  • ·         Dia tak suka orang yang tak angkat handphone bila ada call dari ofis even pada hari minggu atau cuti raya.
  • ·         Dia tak suka staff bagi alasan kalau dia suruh datang kerja weekend.
  • ·         Bulan puasa company bagi kelonggaran balik kerja kol 4ptg, tp dia lagi hebat dari management sebab buat undang-undang sendiri kena gak balik lewat after 5pm.
  • ·         Dia tak suka staff yang bercuti dan bertraining kerap…erk…adakah kerap di sini maksudnya lebih dari sekali?
  • ·         Dia tak suka orang amik mc/emergency leaves.
  • ·         Dia tak kasi aku join projek, tapi kena stay kat line department dulu sampai dia puas hati dengan tahap aku baru dia lepas gi projek.
  • ·         Dia ada cakap pada aku yang ada antara staff dia sekarang yang tak meet dia nyer requirement tapi dia tak boleh buang kerja mereka sebab dia tak cukup manpower. Agaknya kalau manpower dah penuh, habis laa kawan-kawan aku tu kena buang kot.
  • ·         Dia kerek!
  • ·         Dia tak suka staff yang suami bekerja kat tempat yang sama (macam aku) sebab nanti payah nak stay sampai lewat malam. Kang husband kena tunggu sama. So dia suh tanya husband aku sanggup tak tunggu aku kerja sampai malam.

Kesimpulan yang dapat aku buat selepas tak sampai 30 minit sesi bersembang dengan pompuan ni….hahaha….cancel terus hasrat nak bertukar. Balik ke opis aku, terus aku email dia cakap yang aku tak jadi nak transfer ke sana sebab aku tak boleh nak meet expectation dia. Kalau gaji bayar lebih tak per gak…nih hari2 balik lewat, tp gaji bayar utk 8 jam je sehari.



Esoknya aku terserempak ngan GM aku yang tiba-tiba je aku rasa dia comel dan manusia yang baik hati. Hahaha…..bodek sket sebab aku nak cakap kat dia yang aku tak jadi pindah. Nak setia dengan dia….pastu dia gelak kat aku sebab dia kata, dia memang tahu keadaan bos pompuan kat sana itu….adeh.

Bersyukur lah dengan apa yang ada!

Tapi wonder gak…macam mana bos pompuan tu bermesra dan berkasih sayang dengan anak-anak beliau kalau hari-hari sampai ofis kol 7am, balik kol 9pm….weekend pun kerap datang keje….isk isk isk….mujur laki dia duduk Johor dan dia dok KL. Tuh kalau laki cari bini baru pun belum tentu dia sedar. Hahahaha.

1 comments:

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template