Friday, July 27, 2012

Lagi Kejadian Insiden Buat Syarikat ‘Banker Negara’

Awal pagi semalam, 26 Julai 2012….adalah tarikh sejarah buat semua yang terlibat dengan insiden yang berlaku di Labuan Port. Kapal tangki bahan kimia (Methanol) meletup dan terbakar. Tragedi yang melibatkan kehilangan orang, nyawa dan harta benda. 
To the family members yang terlibat, semoga Allah beri kekuatan untuk redha dan terima kejadian ini dengan tabah. Dan semoga dapat meneruskan hari-hari mendatang dengan tenang. InsyaAllah, kepada Mukmin yang kehilangan sekarang, di syurga nanti pasti akan bertemu lagi. Amin.

Sebelum

Selepas

Berita ini nampaknya telah memberi impak pada suamiku. Nampak beliau banyak mengaitkan kejadian ini dengan kisah hidup beliau. Hurmmm…luka berdarah boleh rawat dan sembuh, tapi parut dan trauma…kekal selamanya. 

Tak dapat aku bayangkan, perasaan ahli keluarga yang masih ternanti-nanti berita tentang mangsa-mangsa yang masih hilang. Sudah pasti doa, sujud, zikir semua dipanjatkan pada Yang Maha Kuasa agar masih ada sinar harapan untuk mereka ditemui dalam keadaan selamat. Semoga Allah berikan ketenangan buat hati-hati mereka yang sedah gundah di kala ini. InsyaAllah, sempena berkat bulan Ramadhan ini, suratan yang terbaik pasti Allah kurniakan untuk mereka. 

Kepada pihak syarikat, semoga selepas ini lebih tegas dalam implimentasi sistem keselamtan. Jangan sekadar molek pada dokumentasi, tapi pada bab penguatkuasaan dan implimentasi….dipandang remeh. Apa guna segala sistem, polisi yang ada kalau tak dapat diikut dengan betul. Kepada para pekerja, jika kalian dapati situasi tidak mengizinkan untuk meneruskan kerja yang bahaya (contoh nya cuaca yang berguruh kilat untuk buat kerja mudah terbakar), kalian punyai kuasa untuk berhenti. Pernah dengar Stop Work Policy? 

Banyak yang ku amati, untuk keselamatan diri sendiri di tempat kerja adalah lebih kepada tanggungjawab kita sendiri. Company sekadar sediakan sistem. Kadang-kadang orang atasan pun tak mampu nak ikut sistem kerana produksi lebih utama…masa lebih berharga…dan bla bla bla….. Kalau dah jadi sesuatu, jangan harap company akan jaga kebajikan kita selamanya….sebab….siapa nak tanggung liability yang tak menguntungkan….wallahualam.
Al-fatihah dan takziah buat mereka-mereka yang terlibat.


Cerita lama~

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template