Wednesday, May 16, 2012

Tekanan Dengan Perangai Sesetengah Manusia Pelik

Cuba bayangkan, kerja ko buat cost estimation. Sorang bedul ni ada contact ko cakap dia nak buat kapal perang sebijik. Dia nak ko bagi kos keseluruhan siap dengan breakdown nak beli barang banyak mana, nak bayar gaji pekerja berapa, kos transportation berapa etc….dalam  masa 2-3 hari. 

Pastu, ko nih sebagai pekerja yang berdedikasi plus terkejut beruk nak dapat projek yang deadline membunuh tu, contact lah balik si bedul ni, untuk minta specifikasi kapal perang yang dia nak tu dengan lebih detail. Ye lah, berat berapa kilo ko nak, meriam berapa biji ko nak pasang, ko nak kapal perang mainnan ke atau betul-betul nak gi perang. Ko nak letak katil empuk ke atau sekadar pangkin untuk tempat tidur, ko nak toilet ada shower ke atau pakai gayung je ke….bla blab la…sebab nak estimate kos niih of koz ler kena ada detail spec kannnn….pastu bole plak si bedul ni jawab pada ko, dalam email yang turut dipanjangkan kepada orang berpangkat besar dan kecik….ayat dia lebih kurang camni…hurmm…kerja ko kan buat kos, so ko lah patutnya tahu lebih detail pasal scope semua tu….patutnya ko bagi je lah kos kat project team. Tak kan ko tak boleh provide kos yg general untuk sebijik kapal perang….

Hurmm….aku pun tak tau nak jawab macam mana kat manusia macam ni. Kang aku bagi kos kapal perang sedia ada yang zaman Jepun punya design, ko plak nak complain kalau kos tak cukup sebab ko nyer spec dah canggih. Bila dah pekerja bawahan macam aku, inilah nasib yang menimpa. Boss tetap betul. Hadoi….

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template