Tuesday, May 29, 2012

Kasih Seorang Anak...

She is my permata hati. Alhamdulillah.

Semoga ALLAH akan bagi mama peluang untuk menjaga & mendidik amanah DIA ini dengan sebaiknya dan selama yang munkin. Amin.


Malam tadi, aku rasa lemah sangat seluruh badan. Tak larat sangat sebab dah banyak guna tenaga untuk macam-macam aktiviti sehari dua sebelum tu. Masa nak tidur tu, aku rasa macam nak nangis je sebab lenguh-lenguh satu badan. Sedang aku bersedih hati...datang si anak dok usap-usap muka mama....

Anak: Mama, jangan sedih. Mama kenapa?
Mama: Mama sakit. Mama rasa macam nak demam laa....

Anak: Jom mama, jom gi klinik. Alyaa nak ikut. (ceh, macam dia bole drive bawa aku gi klinik je kan..)
Mama: Tak per lah, esok mama gi. Mama tak larat. Mama nak tidur.

Anak: Mama nak tok mama ke? (kagum aku anak aku tahu yang aku mmg rasa nak duduk ngan mak aku je bila aku tak sihat)
Mama: angguk je sebab aku dah sebak anak aku concern kat aku....

Anak: Tak pe, Alyaa ada. Alyaa jaga mama. (sambil dia peluk aku)
Mama: Terima kasih Alyaa. Mama sayang Alyaa. Alyaa nak tahu tak, Alyaa ni memang anak yang baik dan bertanggungjawab (sambil peluk2 dia gak).


....pastu aku dah tak sedar dah...rasanya aku tidur terus...and si anak setia tunggu mama dia tidur dulu kot baru dia tidur...

Bangun pagi tadi, alhamdulillah dah tak sakit-sakit badan. Tengok kat sebelah, anak aku sedang tidur dengan aman nya...rasa bahagia sangat dan rasa bersalah sebab aku tidur dulu dari dia semalam...

Semoga Alyaa jadi anak yang solehah yer sayang. Baru umur 2 tahun 8 bulan, si anak dah ada rasa tanggungjawab terhadap mama dia. Alhamdulillah.

2 comments:

  1. mama nak tok mama ke?

    seriously sgt memahami..seriously..
    amin amin amin (doa hg)

    ReplyDelete
  2. وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

    [25:74] baca hari2 utk semua ahli keluarga kita semua :)

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template