Wednesday, May 9, 2012

His Progress....So Far

Dah setahun 5 bulan husband aku nyer kes. So far, parut dia masih tak banyak beza. Makin gelap. Dulu derang kata, within 2 years derang akan buat yang terbaik. Tapi, tinggal lagi setengah tahun jek, tak banyak pun doktor buat. Kami pun tak pasti apa perancangan doktor pakar plastik surgeri dia tu....entah-entah dia pun tak sempat plan untuk husband aku sebab asyik dok sibuk buat pembedahan besarkan boop, kempiskan perut, kecikkan peha,mancungkan hidung, besarkan bibir pompuan-pompuan yang tak reti-reti nak puas hati dengan diri sendiri. Hahahaha.... Tapi seyes, tiap kali gi klinik doktor ni untuk appointment, memang ada jer patient-patient seperti yang tersenarai di atas dok tunggu turn gak nak jumpa dia. Plastik betol!

Husband aku dah berpakat dengan ahli fisio dia untuk push doktor tu agar cepat sket buat sesuatu untuk husband aku. Bukan apa, kang lama sangat, takut insuran tak mo cover dah...dah lah setiap kali nak buat apa-apa procedure, kena bertekak sampai tegang urat leher dulu dengan orang insuran neh...sampai kena campur tangan orang corporate HR laaa....haishhh....susah tol. 

And, insyaAllah next week ada satu lagi reconstructive surgery untuk husband aku. Aku pun tak pasti apa doktor tu nak buat, tapi dengar-dengar macam nak ambik lemak kat perut husband aku then inject kat muka dia agar lebih sekata, gebu dan mulus gitu....kalo nak tahu lebih detail sila Google 'fat grafting' or 'fat injection' yer. Actually, kalau ikutkan aku, aku nak minta doktor tu buat banyak benda lagi...baiki telinga, baiki dagu, baiki bibir...hurmmm....tapi tak tahu lah kan apa plan doktor tu. Harapan aku, at least, husband tak rasa rendah diri untuk tampil di khalayak ramai tanpa bertopeng, dan tidak ada lagi orang memandang pelik ke arah dia...kesian tau...orang ramai nak berurusan ngan dia pun banyak yang macam tak konfiden jek ngan dia...aleh-aleh aku gak kena take over. Adeh.... 



**Mode: tengah rindu husband yang sedang dalam lawatan rasmi ke jajahan di Malaysia Barat sana......

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template