Wednesday, May 9, 2012

Alhamdulillah...selamat sudah.

Alhamdulillah....my mom dah selamat menjalani satu operasi besar untuk membuang fibroid yang sudah bertahun ada dalam diri dia. Hehe...asalnya doktor kata tak ada apa perlu dirisaukan sebab size dia yang kecil dan tidak membesar. Tapi selepas 3 tahun, size dia ada sedikit peningkatan, terus mak aku gi jumpa doktor pakar suruh buang...sendiri serah diri maa....

Hari ni genap seminggu selepas mak operate. Tapi mak dah mula berjalan rata keliling rumah. Siap boleh lepak baring atas lantai depan tv, antar tetamu balik sampai ke luar rumah, makan pun dah berjalan ke dapur....haishh....agaknya dah tak sakit kot. Aku hanya stay kat kampung sampai hari ke 4 ja, pastu dah balik KL. Mula tu plan nak sambung cuti lagi seminggu sebab kesian kat mak, tapi mak ngan ayah ngan adik lelaki aku berkeras suruh aku balik. So aku pun balik lah meneruskan hari-hari biasa di KL...hadap jem setiap pagi dan petang...uhuk....

Sepanjang mak sakit, ayah aku adalah manusia yang paling setia ada untuk mak 24jam. Ayah hanya tinggalkan mak bila dia nak gi makan, mandi dan solat. Memang dari mula sampai sekarang, ayah jaga mak sungguh-sungguh. Bila mak kesakitan, menangis, takut, emo...semua ayah layan dengan sangat baik. Sabarnya ayah. Makan minum mak ayah jaga. Lapkan badan mak pun ayah buat...haishh....aku yang anak pompuan ni plak yang dok tengok saja. Mujur kami dapat bilik single, so ayah memang duduk spital ngan mak dari mula check in sampai discharge. Saat aku paling terharu adalah masa mak ditolak keluar dari bilik OT, masih tak berapa nak sedar sepenuhnya...ayah terus menerus dok cium dahi mak. Sedih time tu tengok muka mak yang sangat pucat dan tak bermaya. Aku tau, ayah pun mesti sedih. Aku terus balik ke hotel yang kami bermalam sebab hospital agak jauh dari rumah untuk berulang alik kerap hari-hari. Tak sempat tunggu mak sedar sebab aku sedih. Tak mo nangis depan ayah....so balik nangis kat bilik depan husband. Keh keh keh.... Bila sampai kat hotel, mak aku yang telefon cakap dia dah sedar. Adeh...hahaha.

Suamiku jugak, aku sangat berterima kasih sebab sudi bersama-sama sangat kesukaran ini. Abang sanggup buat apa saja kan untuk saya...hehehe...even hotel pun abang survey yang terbaik dan keluarkan belanja untuk sepanjang 3 malam kami di Kedah Medical Centre. Hurmm..lesson learn, sorang mak yang sakit, belum tentu anak-anak boleh jaga seperti mak jaga anak masa kecik dulu. Rasa bersalah tak dapat temankan mak lebih lama masa mak sakit. Tapi anak mak ni sokmo doakan mak sihat dan bahagia.....juga sekadar berusaha mendapatkan tempat terbaik dan selesa untuk mak dapatkan rawatan. Hehe...Selamat Hari Ibu untuk mak tersayang dan semua ibu-ibu yang ada di mana-mana sahaja.


0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template