Tuesday, April 24, 2012

Takziah Buat Maksu dan Keluarga

Semalam, selepas lebih 2 minggu kena tahan di hospital, maksu aku telah selamat melahirkan anak yang beliau kandung...ketika usia kandungan baru mencecah 21 minggu. Dan sudah tentu, bayi itu tak dapat diselamatkan. Premature birth. Tapi, menurut kata mak, baby tu dah cukup semua sifat. Rambut pun dah mula tumbuh macam bulu terung. Jari pun dah lengkap, panjang-panjang jarinya. Masa dikafankan, si ayah siap boleh kiam kan tangan si anak kecil itu. Baby boy. Memang maksu ngan husband ternanti-nanti seorang anak lelaki. 

Maksu aku alami masalah incompetent cervix. Nak tahu detail boleh lah Google. Tapi, serba sedikit yang aku tahu, masalah rahim yang tak kuat untuk tampung baby membesar. Actually masa 1st pregnancy beliau 7 tahun yang lalu, berlaku gak masalah ni tapi masa tu dah 6 ke 7 bulan pregnant. So, sempat lah tahan kat wad untuk bed rest sampai bersalin. Tapi, kali ni, masa 19 weeks, pintu rahim dah terbuka 2cm. Selepas 2 minggu kat hospital, dah tak dapat nak selamat. Patutnya, masalah begini boleh ditangani dengan mengikat pintu rahim atau kaedah cervical cerclage, tapi kes maksu aku dah terlambat untuk buat begitu. Doktor dah tak boleh buat. Maybe sebab takut kena baby ke haper, wallahualam. 

Maksu aku masih ditahan di wad, dan upacara pengkebumian dah selamat semalam jugak. Mak kata, paksu aku banyak menangis...maksu pulak nampak tenang....hurmm..ujian untuk mereka, selepas sekian lama menantikan kehadiran anak ke2. Kalau lah doktor yang dia refer sepanjang pregnancy dia nih lebih teliti, ambil berat pasal previous history pregnancy maksu aku, mungkin dia boleh ikat awal-awal. Tapi, doktor zaman sekarang, payah dah nak jumpa yang bekerja betul-betul untuk tolong orang. Banyak yang semata-mata nak amik lepas je.....asalkan gaji jalan, cukup lah....wallahualam. Tak semua doktor lah macam ni, tapi sangat susah lah nak jumpa doktor yang berminat nak dengar luahan pesakit nih betul-betul, setakat tanya sikit-sikit terus buat conclusion. Bagi je ubat tahan sakit dengan antibiotik. Kalau pesakit question lebih-lebih, naik angin pulak nanti. (Based on pengalaman aku dengan banyak jenis doktor dah, mostly yang middle age (30-45yr)).

Semoga maksu dan family tabah dan semoga rezeki lepas ni lebih banyak dan lebih diberkati dalam hidup. Semoga dapat pregnant balik cepat-cepat...amin.

6 comments:

  1. Doctor kt mana tuh?HTF ka?bikin takut nk beranak kt situ... ingat yg ke2 ni nk bersalin kt HTF... ramai ckp servis da makin ok...aduhaiii... mebi xdak rezeki n allah swt da tetapkan gitu... sama2 la kita berdoa...

    ReplyDelete
  2. Bukan doktor hospital, tp doktor kat klinik kesihatan yg dia dok p jumpa setiap bulan appointment tu...tak tahu lah jumpa doktor ke atau sekadar MA jekk

    ReplyDelete
  3. Kalau doktor yg kami selalu jumpa tu, bukan HTF lah. Doktor kat KL kat klinik2 panel nih...

    ReplyDelete
  4. Ouh... fairuz rasanya ada kt KK Kangar...dia baru transfer p situ...kalu xslp la...mebi org len... kami pun xbes check up kt KK Kangar tuh... huk3... skrg check up kt PMC shj tp plan nk deliver kt HTF... hehhe :P

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. maksu kami kat arau, bukan kangar...dia nak plan nak beranak kmc, tp kat sana tak ada incubator, so dia kena balik ke htf...htf rasanya ok tp masalah padat sbb orang ramai drpd tempat lah kot...

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template