Monday, March 12, 2012

Takziah Buat Che Pah dan Shuk

Malam tadi terbaca email yang mengatakan adik junior masa kat universiti dolu-dolu ditimpa musibah. Ujian yang sangat berat. Anak beliau yang dijangka lahir hujung bulan ni dah meninggal dalam kandungan. Pagi ni baru nak jalani proses induce and lahirkan baby tu. 

Oh Tuhan...tak tahu nak cakap per. Bayangkan lah, anak sulung, dah 9 bulan kandung, mesti dah ada perancangan semua cukup complete. Nama pun dah ada. Tapi, ternyata Allah lebih sayangkan si anak. Sedihnya bila terkenangkan Che Pah akan melalui proses kelahiran dan berpantang sama dengan ibu bersalin yang lain. Tapi anak tak ada. Mesti nanti bila rasa breast bengkak or susu mengalir, tapi baby tak ada nak minum...ohh Tuhan. Sedihnya tak dapat nak bayang. 

Semoga Che Pah dan suami, Shukri tabah dan redha dan kuat untuk hadapi ujian ini. InsyaAllah mereka sudah ada permati hati yang menunggu di syurga....nanti di sana, pasti bertaut kembali keluarga sakinah ini. Semoga selepas ini lebih dimurahkan rezeki dan dilimpahi rahmat. Amin.

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template