Wednesday, March 21, 2012

Pengajaran Kes Culik Siti Fatihah Mahadi

Adik Siti Fatihah Mahadi

Selepas kisah kematian Dirang yang pernuh tragis, negara kita sekali lagi dikejutkan dengan berita penculikan adik Siti Nur Fatihah Mahadi, 15 tahun. Kemudian dapat pula kabar yang seorang lagi mangsa culik, adik Nazatul Fadiana, 14 tahun yang berjaya ditemui di Bangkok selepas hilang kira-kira 2 bulan. Haishhh...kecut laa perut mendengarkan semua cerita ni. Keselamatan semua orang adalah sangat-sangat tergugat di negara yang dikatakan aman sejahtera ini.

Tapi, pagi ni, bila terdengar desas-desus yang mengatakan adik Fatihah 'terculik' atau merancang 'menculik' diri sendiri demi untuk ikut kekasih hati, seriously buatkan aku terkejut beruk. Benarkah? Tapi kenapa masih tak dilepaskan kalau sendiri yang lari? Kalau tak betul, busuk lah nama budak nih.

Perkara pertama yang terlintas kat fikiran aku adalah wajah mak dia, Puan Normala yang menangis teresak-esak kat dalam tv3 masa berita pasal kehilangan anak dia disiarkan. Kesian gila kot. Hati seorang mak mesti dah susah hati tahap cipan tanduk bila anak dara hilang. Makan tak lalu, entah boleh tidur ke tidak memikirkan nasib si anak, tapi tup tup ada plak orang telefon cakap anak dia selamat dengan orang yang culik tu. Haishh...pelik tol kisah ni. Boleh main-main ke bawa lari anak orang ni? Lagi menyirap darah si omak ngan ayah dia kan bila ada orang call cakap macam ni tapi tak nak bitau kat mana lokasi nya. Kesian kesian.

Sedih gila tengok muka mak ngan ayah dia kan.

Apa-apa pun marilah sama-sama berdoa agar adik Fatihah selamat kembali ke pangkuan keluarga beliau.

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template