Wednesday, March 14, 2012

Melaka Visit

Last weekend, actually dah 2 minggu berlalu, husbandku ada meeting di Melaka. Meeting tu hari Jumaat tapi dia nak pergi Khamis malam sebab tak nak rush pagi-pagi buta. Mulanya aku tak ada niat nak ikut. Tapi entah naper, lepas balik kerja hari Khamis tu, rasa macam tergedik-gedik nak ikut. Lagipun kalau husband tak ada kat rumah, aku rasa dunia serba kekok sebab.....eheh.....aku duduk ngan mertua ;)

Dari office, kami sampai rumah dalam pukul 6 petang dan husband kata nak bertolak sebelum magrib. Punyalah kelam kabut berkemas dengan baju anak lagi. Plan nak gi sehari semalam jek, tapi saja bawa baju spare sebab apa saja kemungkinan boleh berlaku. Dan memang betul sangkaan kami, total jadi 2 hari 2 malam jugak sebab singgah bermalam kat rumah nenek husband kat Brisu.

Renaissance Hotel, Melaka. Photo from Renaissance web

Kat Melaka kami menginap kat Renaissance Hotel. Mula nya plan nak jalan-jalan sekitar bandaraya bersejarah tu, tapi end up macam malas nak act ala-ala pelancong neh. So kami hanya pergi Mahkota Parade je, shopping tanda mata untuk diri masing-masing, then balik kampung. Bosan kan..... 

Aku rasa, lain kali kalau nak gi cuti-cuti Malaysia, kami nih kena amik package kot. Kalau nak harap jalan-jalan sendiri memang malas sebab malas nak beratur, malas nak gi tempat orang ramai, malas nak buang karan, malas nak panas-panas....dan memang dasar pemalas. Adeh. Teringin gak nak menyusuri Jonker Street sambil pekena asam laksa, or naik beca pusing-pusing Dataran Pahlawan, tapi macam kesian kat anak je sebab nanti mesti dia penat dalam cuaca panas-panas tu. Kalo berdua je honeymoon lain lah kan. Hehehe....so layan gambar lah plak k.
Hotel lobby...abaikan pakcik ternganga tu ye

Lobby yang luas.

Ruang dekat lif ke bilik.

Entering the room.

Romantik kan.
Queen bed je yang tinggal.

Budak kecik ni yang rasmi dulu.

Layan tv kat sofa.

Flat screen tv.

Toiletries provided.

Buku kena bawa...sebab budak ini suka belajar.

Tengah ajak si gajah putih mewarna...and si gajah putih tertinggal kat hotel tu...sob sob.
The Restaurant.

Buffet dia ala-ala stall gitu.

Mama kasi rendam kaki je, tak leh mandi. hehe

Layanzzz

Pose tepi kolam.

Naper budak ni buat hidung kembang ntah?!
View of Melaka town dari bilik hotel.

Kami happy!

Layan cupcake.

Lunch at Nandos

Kaku nyer pakcik ni bergambar....hahaha

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template